"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Monday, April 5, 2010

ke Birthday Party - Damia Ayyunie is turning 1

Pagi tadi mama melawat blog Ibu damia dan mama nampak Jemputan ke birthday party Damia Ayyunie. Jemputan terbuka buat semua.. mama ajak abah bawak Tina pergi. Lagipun Tina dah terkurung satu hari kat rumah kan.. so kesian kat dia..

Birthday party dibuat di Restoran Ubi Kayu, Taman Universiti. Tak jauh pun. Tak sampai 5 minit dah leh jumpa..

Layan gambar dulu ye..

Tina keseronokan berada dengan begitu ramai abang2 dan kakak2..





Masa ni baru sekejap sampai..Tina dah buat macam majlis sendiri..dia gi kejar belon

Oleh kerana masa mama datang org belum ramai..maka dapat lah chat sekejap dgn Ibu damia.. wah sungguh seronok. Ibu damia memang peramah dan cantik. Aleesya & Ayyunie sungguh comel..

Mama memahami.. tuan rumah kan.. Ibu & ayah damia memang agak sibuk melayan kanak-kanak sekelian. Mama pun sibuk dok mengejar siTina.. memang tak reti dok diam..hehehe.. excited sungguh dia ada ramai kawan.

comel sangat kan Ayyunie pakai cekak yang ada sesungut tu...

Selepas nyanyi lagu selamat hari jadi.. makan dan tengok kanak-kanak main games..sambil-sambil la mengejar sianak dara yang sibuk kehulu kehilir.. Tina makan tak banyak sebab dia dah makan nasi kat rumah..

Yang kelakarnya.. mama siap dapat RM10 sebab bawah kerusi mama ada benda tersembunyi..hahaha...kunci ayah damia.. tak pasal-pasal dapat RM10..malu ai..

Lepas tu..kami berposing-posing lagi...






hajat dihati nak amik gambar Tina, Aleesya & Ayyunie sama-sama..tapi tak dapat.. Ayyunie dah lari kat bibik..hehehe..dapat lah gambar Aleesya & Ayyunie jek.. pun tak mahu dekat-dekat..

Ada gambar lagi..hehehe...


Mama, Tina, Ibu Damia & Damia Aleesya bergambar bersama... tanda kami telah bertemu dialam nyata..

Terima kasih buat Ibu&ayah Damia.. kami seronok sangat. Tina pun seronok dan kepenatan. Balik je mama bilas badan dia, sabun sket sebab dia asyik lap lantai restoran dengan lutut.. dia mintak susu lepas pakai baju tidur..tak lama Tina terus lena...

Mama harap mama dah berikan Tina pengalaman yang seronok malam ni.. Oh ye.. Happy Belated Birthay Damia Ayyunie..!!

3 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

oh..sha pon pergi ke bday party ayyunie nih..dgrnye mmg happening majlis nih..hehe

Unknown said...

salam...wah cepat betul upload yer...thanks sha coz dapat sama2 memeriahkan majlis birthday ayyunie ni...sorry lah kalau tak sempat nak layan sha sgt...gembira bertemu ngan sha...hope lepas ni kita leh keep in touch ok..pas ni leh gi JUSCO sama2 yer.....

serious tak tahu pun sha yg dapat RM 10 tu...hehehhe...orait lah...tunggu updated drp ayu lak ok...

Sha@Mama TinaAzra said...

Lily - memang happening pun..seronok tengok anak2 gembira..

Ibu Damia - takpe..faham..tuan rumah mestilah bz. takpe.. hopefully that was only the start.. we will cherish it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...