"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Friday, April 8, 2011

Tina, Buku & Learning Wallnya

Mama nak kongsikan aktiviti terbaru Tina di Learning Wall dia ni ha

Lately ni Tina suka sangat dengan sticker. Even few month ago dia buat dek je dengan sticker2 sekelian tapi sekarang ni pantang nampak sticker.. nak melekat sticker saja keje dia

So secara automatiknya, setiap kali keluar ke Tesco, C4, Giant ataupun Jusco.. bukan kita tarik tangan dia pergi kedai buku..dia pulak yang tarik tangan kita masuk kedai buku..sabo ajelah.. alhamdulillah

Bukan senang kami nak nuture semangat sukakan buku nih kat dia. Awal2 dulu kami akan luangkan masa 10-15 minit dalam setiap kedai buku setiap kali keluar jalan-jalan. Masa tu Tina kecik lagi

So sekarang ni dah nampak hasilnya usaha itu..leganya..sejuknya hati tengok dia.



Dan dia pun ada favourite book dia sendiri. Setiap kali masuk kedai buku dia akan pusing semua section..then melekatlah kat childrens book punya section. Mama je belum berkesempatan snap2 gambar dia & ragam dia di kedai buku..nantilah..

Biasalah kanak-kanak, buku bergambar terang & eye catching memang menjadi pilihan. Antara yang selalu Tina pegang adalah : Upin Ipin, Thomas, Toy story, strawberry shortcake.. thats a few of them la

Bagusnya Tina ni, kalau sekali kunjungan ke kedai buku.. dia hanya akan pegang sebuah buku sahaja. Mula-mula akan pegang beberapa buah.. then bila dia bawak kat mama & abah, kami akan aturkan semua yang dia bawak dan suruh dia pilih sendiri..HANYA SEBUAH SAHAJA..

So, end up sekarang ni dia hanya akan pegang sebuah buku yang paling dia suka.

Dan buku2 yang provide sticker menarik akan menjadi keutamaan dia buat masa ni. Orang tengah minat kan.. :)



So, biasanya kat giant kan ada section buku2 cerita yang harganya RM0.99 sebuah tu kan? Perasan tak? ha.. kami akan ambil sebuah sesekali untuk bacakan pada dia

Sebab kami tengah nak pupuk minat membaca pulak. Kami sedang usahakan..insya'Allah. Yang penting kami sama-sama (mama & abah) usaha..bukan salah sorang jek..kene sama-sama ye..lebih mudah anak mengikut..insya'Allah





Ini gambar Learning Wall bahagian bawah yang hampir penuh dengan tampalan sticker






See..banyak kan.

Ada yang dia dah bukak semula dah pun. Bila dia nak tampal sticker baru, sticker yang rosak2 mama ajar dia kopek & buang dalam bakul sampah

Kalau tak memanjang je la asyik terpijak sticker merata ruang tv. Sampai melekat2 kat baju pun ada korang..

Hehe..

Kalau korang ada cadangan lain yang bernas, bagilah..mungkin mama boleh gunakan ke..
SHARING IS CARING kan..
:)

2 comments:

dieya said...

wah.. bagusnya k sha, siap ada learning wall utk tina.. bestnya!
sgt impressed dgn idea k sha ni. kalau anak2 suka "hias" dinding, why not make it workable and make the wall boleh tampal2, instead of ngamuk2 kena beli cat baru kan. boleh encourage perkembangan minda & creativity.
congrats k sha, mama yg sgt bijak!

my mum dulu masa adik kecik2 (lebih kurang besar tina kot) dia belikan sticker yg ada label "kipas", "lampu", "meja" etc so adik tampal2 kat barang2 kat rumah. tapi kekadang nampak messy pulak and rosak perabot. you idea is much better lah! :-D

Sha@Mama TinaAzra said...

Dieya - Thanks Dieya..akak dgn abah dia come across this idea sebab mcm yang dieya cakap tu la..tak mau dia menampal & menconteng merata2. Before kami wujudkan wall ni memang dah ada la bahagian rumah yang kene conteng..but after..dah takde yang baru la..mengecat contengan lama jek belum..hihihi

Automatically Tina memang akan kesini untuk menampal. Tak payah susah2 bagitau lagi.. :)

Kadang2 kan dieya..dia sampai baring2 depan wall ni untuk tengok apa yg dia tampal sebelumnya..sedar2 kadang2 dia dah tidur depan wall ni hihihi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...