"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Friday, February 10, 2012

Oooo.. Dah Tau Dah Kenapa Nangis..






Pagi ni masa hantar Tina sekolah.. mama sempat jumpa Teacher Renu, class teacher Tina yang baru..

Menurut teacher renu, Tina memang ok kat sekolah. Bila menulis.. dia akan selalu tunjuk pada teacher renu.. dan tanya.. "cantik tak?".. Tapi bila dia nampak kawan-kawan dia pakai kasut je.. dia akan mula nangis sebab dia dah set kat kepala dia yang kawan-kawan dia tu nak turun tangga & balik..

Padahal kawan-kawan chinese & indian dia tu cuma nak gi kelas mandarin & kelas tamil jek kat tingkat bawah.. hihi.. lawak la Tina ni..

Apa pun.. senang hati mama dengar Teacher Renu kata Tina ok..tak perlu risau sangat..

So, kalau ikut pandangan Teacher Renu, Tina akan kekal dalam kelas tu lah kot. Sebab dia lebih ok dengan kelas & Teacher Renu. Jadi mama pun mintak lah contact number Teacher Renu supaya senang kalau ada pape nnt.

Mama siyes tak kisah.. asal Tina ok.. itu lebih penting :D

Oh ye.. mama perasan yang Tina sekarang ni dah pandai sebut "want to go toilet mama".. hihi.. comel sangat.

Dan semalam Tina ada bawak balik ABC block.. bila mama tanya siapa bagi? Tina kata Teacher Renu bagi.. tanya lagi.. "should bring to school or not?" Tina kata " No" aik.. mama pulak risau. kang tak bawak..takut lah nak guna kat skolah ke..jadi mama letak je dalam beg dia..

Rupanya ABC block tu memang Teacher Renu kasi dia.. untuk motivate Tina.. ooo... ye la.. ini cara teacher nak tarik perhatian kanak-kanak la kan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...