"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, February 9, 2012

Tukar Kelas..





Pagi tadi masa mama tengah tunggu Tina kat skolah dia, principal dia datang jumpa mama.. katanya Tina diorang tukarkan ke kelas Blue untuk sementara waktu sebab dia nampaknya lebih sukakan teacher renu & kelas blue..

Patutlah dalam minggu ni mama tengok Tina asyik beratur kat line kelas lain jek.. rupanya tukar kelas. Principal kata ..she look more attach to teacher renu..so Tina dimasukkan ke kelas blue this week untuk tengok macam mana perkembangan dia.

Bila mama sms dengan teacher kelas lama dia pun..teacher tu cakap yang sama. Tina lebih ok sket dok kelas blue..

Takpe lah..mama tak kisah pun. asalkan Tina happy & suka nak ke sekolah. Dan sekarang pun dia lebih gembira setiap kali nak ke sekolah.. malam sebelum tido dah siapkan baju sekolah.. dan setiap kali mama jemput pun dia sangat happy.. babai2 kawan2..

Mungkin kawan2 kat kelas blue lebih masuk dengan dia kot.. budak2 kan.. biasalah..

So, esok mama nak kene jumpa teacher renu.. nak ambil no.phone..dan tanya camner Tina this few days..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...