"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, January 12, 2013

Kuih Nagasari Pisang - Percubaan Pertama

Percubaan pertama membuatnya setelah berkali-kali makan yang mak mentua buat hihi 

Sebenarnya mama tak tau pun kuih nagasari ni guna pisang nipah. Almaklumlah.. mama kenal pisang emas jek gitu. Kebetulan pisang nipah masak ada satu sisih.. tak tau nak buat apa. Nak goreng dah boring..

Kakak ipar cakap boleh buat nagasari.. mama memang fail la kalau nak guna daun pisang. So kakak ipar kata guna loyang jek sudaa.. :)

Hasilnya.. malam ni tadi mama menggodek resepi & bahan.. Inilah hasilnya

Tadaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!




Kita tengok resepi dia ye..

Kuih Nagasari
sumber dari SINI

Bahan-bahan:
180 gm tepung beras
1000 ml santan pekat (mama guna setengah kotak santan & 800ml air)
150 gm gula pasir (mama kurangkan sket)
2 helai daun pandan (disimpul)
Pisang nipah (dibuang kulit dan dibelah 2 memanjang)
Daun pisang secukupnya (dilayur terlebih dahulu) ( ni takde..)
Secubit garam

Cara-cara:
1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan didalam periuk, letakkan diatas api yang sederhana sambil digaul hingga adunan pekat dan masak.
2. Cedokkan sedikit adunan diatas daun pisang yang telah dilayur, kemudian letakkan sekeping hirisan pisang dan tekankan, tutup pisang dengan sedikit lagi adunan, lipat daun pisang seperti melipat kuih belebat, buat sehingga habis dan susunkan didalam periuk pengukus, kukus selama 30 minit, angkat dan bolehlah dihidang.
** Mama tuutp atas loyang dengan daun pisang tau :)
Len kali nak try guna daun pisang pulak lah. Skrg ni kuih tu dalam peti ais.. nyaman je makan sejuk2..hihi

1 comment:

chumut said...

assalamualaikum,
thanks for this idea. last time, sy buat guna daun pisang pon, ta jadi. will try this utk buka puasa harini ^_^v

regards,
chumut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...