"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, April 24, 2014

Fevret Sweetheart lagi - Potato Kicap Mama Style..

Dah beberapa hari asyik makan pedas je kan si sweetheart ni. Jadi hari ni mama masak yang kureng sangat-sangat pedasnya untuk dia. Lupa sebenarnya nak tanya pagi tadi.. lunch nak lauk apa.. jadi masak je lah one of her fevret.. dia sure ok punya :)

POTATO KICAP MAMA STYLE

Bahan :



 
 
Bawang besar hiris
Cili padi ( kalau suka ) 
Bawang putih
Ikan bilis
kentang yang dah siap kupas, bersihkan & goreng sampai empuk
Kicap Masin
Kicap Manis
Kicap ABC

Cara :

1. Tumis semua bahan hiris. Mesti sampai wangi dia naik ye
2. Bila dah wangi masukkan kentang yang dah ditoskan minyak
3. Boh kicap masin, kicap manis ( banyak kicap ikut banyak mana kentang la ye.. ) dan jangan lupa boh kicap manis ABC dalam satu atau 2 sudu besar. Cukup.. anda tak perlukan garam, gula & perasa. Saya tak letak. Tapi kalau nak letak boleh je :)
4. Kacaulah sampai sebati semuanya dan boleh matikan api..

Tadaaa...

One of sweetheart fevret. Tak leh jumpa kat kedai makan mana-mana pun..hihi..

Okeh.. menu simple dah siap..senang je kan :)

Selamat Mencuba!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...