"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, April 6, 2014

Hilang Di Sana.. Jumpa Disini???

Alkisah.. off record punya cerita masa di CH..

Masa kami singgah di ladang teh on the way mendaki ke CH tu kan ke mama snap sana sini meriah betul kan. Dan dalam kereta, baru lah terperasan yang penutup lens mama yang paling comel hilang. Puas memikir sebab sangat-sangat pasti dah bukak & letak dalam beg kamera semula. Selepas itu takde keluarkan lagi..hmm pelik.. addeh.. sedih dah masa tu.. Hadiah anniversary cum birthday tu from my lovely hubby..hukhuk..

Ambil masa nak bagitau kat abah.. takut kene marah gitu hihi. Huhu abah rilex jek. Suh cari nanti bila sampai kat apartment..

Sampai je kat apartment, after kami angkat angkut barang-barang semua tu.. mama dok sorang dalam bilik & keluarkan segala mala khazanah dari dalam beg kamera. Belek segala penutup lens yang ada, even bukak pengalas beg tu jugak. Dalam luar 100% check, memang SAH HILANG!

Report la balik kat abah.. takde.. sedih.. :( 
Abah kata takpelah..penutup lens je pun. Lens tu kan ada filter dia. apa nak risau. Susah sangat nanti balik kita beli yang lain penutup tu. Kat kedai ada kot..nanti cari.

Mama pasrah je la. Salah sendiri kot?
Senang hati pas cakap dengan abah. Takpelah hilang penutup, still got my camera with me kan. Apalah sangat penutup tu..pujuk hati sendiri tu okeh..

Balik cari CH, masih menyelongkar backpack & beg kamera lagi. Final check.. and memang takde.. okeh.. i am done there..tak nak cari lagi.

Semalam 5hb April, mama ada keluarkan kamera, penutup tu memang takde kan. Keluarkan lap2 sket so autonya keluarkan semua barang dia. It still not there.. dah hilang la weh!! apa la cari lagi..

Today,
Hoya Carnosa Variegated berbunga sulung, capture dengan hp mcm tak sharp.. so masuk amik camera seperti selalu. Know what?? Mama nampak sesuatu, tak jadi keluar pintu bilik & masuk balik tengok.. Allah.. penutup lens kecil yang hilang tu!! Terus amik & pegang.. yes it is!! 

Hati tiba-tiba sangat gembira macam dapat emas 50 gram. 

Sekarang lens kecik tu dah ada companion semula :)

Mama sms abah, then he replied, beli dengan duit halal..Allah gantikan semula apa yang hilang..

Amin..amin.. alhamdulillah..

Here, mama snap gambar dimana penutup tu pagi ni.. mustahil mama tak perasan kan dia semalam kan??
Rahsia Allah..





Yang tengah itulah dia..
:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...