"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Tuesday, September 9, 2014

Brokoli & Carrot Putih Sos Tiram

This is one of her fevret. Yang terbaru :)

Bukan susah pun nak buat. Senang..sekejap je


Bahan:

Brokoli
Carrot putih
* sayur apa nak masuk pun boleh je cth carrot, kentang, kobis, bunga kobis, capsicum, tomato.. apa sajalah..

Bawang putih
Bawang besar
serbuk lada putih
serbuk lada hitam
kiub pati ayam( 1 buku kiub belah 4)
Sos Tiram

Pekatkan kuah :
bancuh tepung jagung sesudu dengan air suam


Cara:

1. potong-potong brokoli & carrot putih iku citarasa anda. Nak bentuk cecomel pun tak kisah punya kalau anda rajin

2. Celur brokoli anda & kemudian rendam sekejap dengan air peti sejuk. Tapis keringkan

3. Bawang putih & bawang besar dipotong dadu halus dan di tumis sampai wangi.

4. Bila dah wangi, masukkan sdikit serbuk lada putih & serbuk lada hitam dan sedikit kiub ayam. Sedikit sahaja je. 

5. Masukkan sos tiram dan sedikit air dan masukkan carrot putih. Biar carrot masak dengan kuah sos tiram

6. Masukkan brokoli dan kacau rata

7. Rasa dulu kuah, kalau ada yang kurang boleh tambah garam ke gula sket. Kalau dah ok tak perlu dah

8. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacar rata & boleh tutup api

Tadaaa... siap :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...