"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, September 20, 2014

"Menjala" Untuk Sarapan

Sabtu.. hari terakhir cuti sekolah kali ini. Esok dah mula sekolah dah ..huhu.. maka bermulalah tugas mama kembali :)

So, sebab ia sabtu maka dah pujuk-pujuk abah cuci & vacumkan dalam kereta..hihi aritu gi Tanjung Buluh..pasir banyak woo dalam baby alja..hukhuk.. sakit mato.

Jadi sebagai gula-gulanya, mama buatkan roti jala untuk makan dengan kari ayam kentang for breakfast. Aci lah kan... :)


Ni versi roti jala guna kuali biasa je tau. Ai tak ada non stick yu.. dah rosak non stick feature dia huhu.. Janji dia ada rupa jala lah kan.. ok je.. sedap :)


Ni roti jala lengkap dengan kekasih hatinya :) kari ayam kentang yang mabeles.. semalam punya . Heaven giler. Sebab kalau beli.. karinya selalu je tak menepati citarasa.. sampai2 selera mati gitu jek. Bila buat sendiri.. ha.. sedap nyaman kat tekak. Boleh makan banyak mana nak..

Ini pulak satisfaction yang sungguh tak dapat nak dibeli kat mana-mana ceruk dalam dunia ni.. sweetheart yang sangat berselera makan. Bertambah-tambah.. menghirup kari lagi ha..huhu.. sedap sangat la nak ye..

Dan secara ringkasnya.. lengkap sudah acara bersarapan pagi sabtu. Tengahari tak tau lagi apa cerita sebab rasanya mcm nak keluar gi umah MIL hantarkan cuka kurma untuknya. Tak ku dengar dia kata cuka kurma dah habis..huhu.. sori mak..

Roti jala, kari ayam kentang & kopi O untuk pagi sabtu..mabeles kan..


Ini resepi Roti Jala versi sabtu..

Roti Jala
  2 cawan tepung gandum
2 cawan + 5 Sudu Besar air ( * pekat sgt korang adjust lah sket lagi air dia..)
1 biji telur
4 Sudu Besar Minyak Masak
  2 Sudu Besar Susu Pekat Manis- yang ni sendiri pandai2 letak ganti susu segar & gula)
pewarna kuning
sedikit garam
Cara:
Bancuh je semuanya kemudian tapis & ready untuk dijala
 
Versi yang lain kat SINI

Ok lah.. Salam sabtu :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...