"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, February 28, 2015

Kelam Kabut Sabtu : Kek Pisang

Bersilat memasak didapur..terpandang pisang yang MIL kasi.. dah masak semuanya. Penat meng"cekodok", sambil masak tu dok fikir apa nak buat sebenarnya..

Sambil buat sambal tumis cili padi atas dapur.. gugel resepi kek pisang. Kurun dah tak buat kek pisang kat rumah. Mood membuat ke laut hindi.. kihkihkih...

Jom kita try resepi kek pisang dari blog Koleksi Resepi Yus yang katanya diambil dari blog Kak Yatie .. ha ok.. sekarang kita C& P resepi tu kat blog sini pulak :)
Mintak halal ye tuan punya resepi.. :)

***************************************


Bahan-bahan:

- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur gred A
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu kecil ovellete
- 1 cawan pisang dilecek (saya letak 2 cawan)
- 3/4 cawan minyak masak
- 1 sudu kecil esen pisang

Cara Buat:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan ovellete dan pukul lagi.
3. Masukkan pisang lecek dan minyak masak.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat.
5. Akhir sekali, masukkan esen pisang.
6. Pukul lagi hingga rata.
7. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 170'.
8. Bakar selama 45 minit - 1 jam. 

Oops.. mama tambah coklat rice sebelum bakar :)
 
 *********************************************

Bahan senang & semuanya ada. Cepat2 godak saja huhu..

Jom tengok..

Alhamdulillah.. jadi.. seperti yang diharapkan. 
Kulit luar mesti garing rangup okeh.. dirumah ini memang suka yang hangus2..huhu..
Tak hangus nanti ada orang komplen..

Jom kita potong..


Sengaja tinggalkan sikit untuk masuk dalam cup..



Potong dia..
 




Sweetheart yang kurang sihat ni makan 2 biji muffin pisang :)


Alhamdulillah.. 2nd time guna oven baru gitu huhu..
Sesajalah pelbagai resepi..boring lah juga cekodok memanjang kan..
selamat membakar!

Tuesday, February 24, 2015

Asam Pedas Sembilang - Hasil Si Pemancing

Ikan sembilang yang jadi menu ni adalah hasil pancingan kekasih hati yang buat trip memancing kat Sg. Melayu cuti CNY aritu. Takdelah banyak dapat, 2 ekor sedang & 1 ekor kecik. Sedang elok sangat untuk asam pedas..

Tunggu biar lama dalam peti ais nnt tak sedap. Siap siang terus lumur asam jawa & cuci bersih je. Baru masuk peti. Malam balik memancing takde keje nak memasak okeh..


Asam Pedas Sembilang

Bahan :
2@3 ekor ikan sembilang sedang besar
Siang & cuci bersih
Lumur asam jawa
Cuci semula

Bahan untuk blend :
10-20 tangkai cili kering dikisar ( nak pedas lagi boleh tambah okeh)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
10 biji lada hitam ( tumbuk pun boleh, guna serbuk pun boleh)

Bahan lain:
Minyak untuk menumis
Secekak daun kesum
Tomato jika suka
serai jika suka ( saya tak letak..hihi)
2 sudu besar asam jawa bancuh dengan setengah cawan air ( saya tak suka masam sangat..)

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang di blend hingga naik bau, baru masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan sedikit air, biar mendidih. Baru masukkan ikan, air asam jawa dan kacau rata2.

Bila mendidih, masukkan daun kesum, & tomato. Tambah lah air untuk jadi kuahnya ikut suka. Nak pekat letak sikit air, nak cair boh la banyak sket.. saya tak suka pekat..jadi saya buat yang separa cair. Saya masukkan air agak2 tenggelam ikan.

Perasakan dengan garam & gula bagi balance rasa masam, masin & manis

Ala2 ikan dah masak.. boleh matikan api..

siap!



Lawan Asam Pedas Sembilang semalam ialah kangkung goreng belacan versi tanpa cili :)

Segala mala resepi adalah boleh ditambah dikurang ikut suka hati & tekak..
ada orang suka asam pedas yang memang pedas & pekat likat, macam kami suka yang pedas mild tetapi sedikit cair.. terpulang pada selera masing2 ye.. :)

Sepetang Di Taman Rekreasi Sg. Rambah, Pontian

Aktiviti tak well planned. Abang ipar ajak bawak anak-anak memancing kononnya. Jadi kene cari tempat yang senonoh sikit ye sebab anak i is pompuan..huhu..

Taman Rekreasi Sg. Rambah ni pun kami tak pernah sampai. Tak ku tahu pun kat mana letaknya huhu.. alangkah sadisnya..

Padahalnya letak nya kat jalan yang biasa lalu je...hihihi. Malangnya gambar jalan masuk tak ambil.. ai lupa yu.. huhu

Jom ah layan gambar-gambar :)

Diorang ni memancing kononnya.. tapi tak lama dapat memancing, air semakin surut.. aloo.. wrong timing lerr..






Bila air dah surut..apalagi..aktiviti ber photoshoot lah kita kan. Jadikan kenangan indah. Menanti sunset..tapi tak sempat nak sunset lah..dah penat..huhu..



Lepas tu kami ada buat photoshoot istimewa kihkihkih.. tak caya?
Jom tengok..






Pantai Rambah memang punya scenery yang sangat2 cantik. Tak heranlah waktu kami kat sana bercouple2 pengantin buat photoshoot.. Menjelang rembang petang lagi lah cantik.. sungguh..

Ada masa mama nak pegi lagi untuk snap sunset rambah.. tentu oshem kan..

Suka sangat this picture.. 


Will be back soon.. :)

Thursday, February 19, 2015

Qaseh Gold Junior - Ramuan Hebat, Formulasi Hebat

Inikah yang sering anda hadapi?



Anda ada pilihan untuk mennurangkan & mengelakkan itu semua.. 




Bahan-bahan terbaik yang ada didalamnya.. Memudahkan pengambilan







Kenapa QASEH GOLD JUNIOR?


Jadi?
Perlukah ada alasan untuk menolak?

whatsapp 017-2189100

Wednesday, February 11, 2015

1st Attempt : Kuih Seri Muka Jagung

Sebenarnya pagi tadi masa ambil susu pekat yang baru.. nampak jagung dalam tin yang beli masa belanja barang dapur bulan2 yang lepas. Tapi masa tu cuma belek je.. tak teringat apa-apa pun..

Petang tadi, pandang je muka kekasih hati.. tiba-tiba teringatkan kuih seri muka. Terus tanya dengan dia, kalau buat kuih seri muka tapi guna jagung..sedap tak? Kihkihkih.. giler kalau  jawapan dia tu tak sedap.. kekasih hati..kalau namanya kuih..apa pun sedap :)

Tengok-tengok stok pulut ada satu cawan setengah jek.. ah..memang ngam-ngam resepi..Mama berjalan ke blog Arah .. resepinya memang seperti yang ku cari..yeehu..

Ok-ok.. amik resepi dulu..
share atas share tau..turun temurun resepi ni..
Mintak halal tuan punya resepi.. saya share kat sini ye..

Bahagian bawah 1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan 1 1/2 cwn santan sedikit garam dan gula 1 st butter Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit. Bahagian atas 2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) 1/3 cwn gula pasir 1/2 cwn santan pekat 1/3 cwn susu cair 2 sb tepung gandum 1 sb tepung custard sedikit garam dan vanilla sedikit pewarna kuning 2 sb jagung cream Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
 Bahagian bawah
1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
1 1/2 cwn santan
sedikit garam dan gula
1 st butter
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.
~ Kat part sini mama derhaka. Mama tak kukus pulut tu. Mama tanak dulu macam masak nasi. Half cook baru terjun masuk loyang..)

Bahagian atas
2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) ~ Mama pun guna sebiji sahaja
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn santan pekat
1/3 cwn susu cair
2 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
sedikit garam dan vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sb jagung cream  ~ Mama letak 4 sb sebab nak jagung banyak

 
Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.
Sources:- From mamahawa.blogspot.com & originally from Kak Rusnah fotopage


Ye.. macam tu..ok..
Ini rupanya bila mama kuarkan dia dari kukus..

 
Baunya sungguh jagung la sangat :)
Best giler..

So, sejukkan jap kat luar then baru masuk peti pun ok je. Sebab nanti encik kekasih hati mesti tak sabar nak rasa.. hihihi

Pukul 10 malam.. encik kekasih hati berbunyi..
" dah nak dekat tengah malam daaa.. bila nak potong kuih?"
Hihihi..aihhh..saboo la..

Tadaaa... versi dah potong..


Encik kekasih hati ni dia tak suka manis sangat..dia suka layer atas tu lembik-lembik sket. Paling dia suka ala-ala makan guna sudu..huhu.. kalau lembik lagu tu..acano mama nak potosut kan.. uhhh..

Nasib baik yang ni katanya ok.. yeeha..
Makanya.. bersupper kan kuih seri muka jagung lah kami malam tadi hihihi..

Nak simpan sila masuk peti ye.. kang basi rugi tau..penat buat..

Yang nak try.. sila..sila.. sedap sangat

Daaaaa....
Bahagian bawah 1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan 1 1/2 cwn santan sedikit garam dan gula 1 st butter Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit. Bahagian atas 2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) 1/3 cwn gula pasir 1/2 cwn santan pekat 1/3 cwn susu cair 2 sb tepung gandum 1 sb tepung custard sedikit garam dan vanilla sedikit pewarna kuning 2 sb jagung cream Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit. Sources:- From mamahawa.blogspot.com & originally from Kak Rusnah fotopages

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Bahagian bawah 1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan 1 1/2 cwn santan sedikit garam dan gula 1 st butter Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit. Bahagian atas 2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) 1/3 cwn gula pasir 1/2 cwn santan pekat 1/3 cwn susu cair 2 sb tepung gandum 1 sb tepung custard sedikit garam dan vanilla sedikit pewarna kuning 2 sb jagung cream Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit. Sources:- From mamahawa.blogspot.com & originally from Kak Rusnah fotopages

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Tuesday, February 10, 2015

Hijau Dari Laman..

Kene kick start ber laman setelah sekian lama suam2 kuku je. Sampai laman pun semak samun. Kalau tak abah & mak datang.. idok le daku bersihkan. Punya la pemalas beberapa bulan lepas.. so dokte pesan suruh beraktiviti.. kuarkan peluh..

Pagi lepas hantar sweetheart skolah.. tal masuk umah..terus lah ke laman. Kang dah masuk malas pulak nak keluar balik..

Siram pokok.. sambil dengar kicau burung-burung yang ada ..burung2 pun sibuk kuar dari sarang dah.. cari makan :)

Sambil siram pokok boleh nampak orang jogging..berbasikal..

Boleh tengok matahari pagi yang indah.. langit yang cantik..

Dah tak banyak pokok kat laman. Roses yang puluhan pasu dah mati.. hukhuk.. tinggal lah beberapa pasu je. Tu pun baru nak idup balik..

Tengok versi sayur dulu.. 
Sawi..






Peria Katak




Pokok Telang
sampai dah boleh jadi pelindung pandangan hihi..hijau mataku..


Pokok bunga sket.. versi malas nak snap.. ni melur rose & ruellia





Hasil dari laman hari ini


Tu je arini.. jumpa next post ;)

Monday, February 9, 2015

Orang Lain Yang Punya Birthday.. Orang Lain Dapat Hadiah?

Birthday kami tak jauh kan.. dia bulan febuari.. mama bulan mac..
hihihi tapi hari birthday dia mama yang dapat hadiah..
bahagia betul ..hahaha

Bukan satu je tau..
dua sekali..

I know you love me so much,
kihkihkih

He's always here menunaikan semua impian saya tau..
Dia tahu sepasang tangan mama tak mampu menguli tepung dengan baik. Setiap kali berangan nak buat donut je pun.. lepas menguli dua2 tangan bengkak..sakit..
huh.. lembik betul kan..
 so dia belikan ini..



dia tahu mama berangan nak buat roti..
dah tangan tak kuat nak uli tepung.. macam mana?
yang..i really appreciate this..
yeay!! boleh belajar meroti.. 
 
Another one..
my oven dah mintak ampun sangat dah..
tu pun turun dari my mak.. huhu..
so.. there..
sebelum dapat dapur dengan kabinet & oven build in..
dia belikan ini dulu
yeay!!
 
 
I love all this yang..
thanks a lot
hmmm.. bila nak rasmikan oven & bm baru nih?

Sunday, February 8, 2015

Simple Birthday Untuk Abah..

3 Febuari yang lepas, kekasih hati mama & buah hati sweetheart menyambut ulangtahunnya yang ke..tuuuuttt... hahaha..

Simple celebration for him.. birthday treat.. 2 febuari malam..tempat pilihan adalah Pizza Hut Mutiara Mas.. dekat jer.. tak yah gi jejauh.. 

yang diraikan :)
my love..


Dia yang pilih tempat, pilih nak makan apa.. ehh macam birthday dia la pulak ehhh.. hihi



sama boolat :)


So on 3rd Feb tu pagi2 sweetheart dah sibuk nak buat projek kad birthday dia. Mama melayan saja..

ni pilihan dia..


dia tulis sendiri..


nak pegi bagi kad lah tu..dengan tak mandinya hahahaha...

so..


Happy birthday sayang.. we love you forever and ever. Semoga segala impian akan dimakbulkan Allah..
be a great imam for us.. aamiin..

Simple celebration tapi besar ertinya buat kami bertiga :)
Hanya kami yang tahu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...