"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, February 24, 2015

Asam Pedas Sembilang - Hasil Si Pemancing

Ikan sembilang yang jadi menu ni adalah hasil pancingan kekasih hati yang buat trip memancing kat Sg. Melayu cuti CNY aritu. Takdelah banyak dapat, 2 ekor sedang & 1 ekor kecik. Sedang elok sangat untuk asam pedas..

Tunggu biar lama dalam peti ais nnt tak sedap. Siap siang terus lumur asam jawa & cuci bersih je. Baru masuk peti. Malam balik memancing takde keje nak memasak okeh..


Asam Pedas Sembilang

Bahan :
2@3 ekor ikan sembilang sedang besar
Siang & cuci bersih
Lumur asam jawa
Cuci semula

Bahan untuk blend :
10-20 tangkai cili kering dikisar ( nak pedas lagi boleh tambah okeh)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
10 biji lada hitam ( tumbuk pun boleh, guna serbuk pun boleh)

Bahan lain:
Minyak untuk menumis
Secekak daun kesum
Tomato jika suka
serai jika suka ( saya tak letak..hihi)
2 sudu besar asam jawa bancuh dengan setengah cawan air ( saya tak suka masam sangat..)

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang di blend hingga naik bau, baru masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan sedikit air, biar mendidih. Baru masukkan ikan, air asam jawa dan kacau rata2.

Bila mendidih, masukkan daun kesum, & tomato. Tambah lah air untuk jadi kuahnya ikut suka. Nak pekat letak sikit air, nak cair boh la banyak sket.. saya tak suka pekat..jadi saya buat yang separa cair. Saya masukkan air agak2 tenggelam ikan.

Perasakan dengan garam & gula bagi balance rasa masam, masin & manis

Ala2 ikan dah masak.. boleh matikan api..

siap!



Lawan Asam Pedas Sembilang semalam ialah kangkung goreng belacan versi tanpa cili :)

Segala mala resepi adalah boleh ditambah dikurang ikut suka hati & tekak..
ada orang suka asam pedas yang memang pedas & pekat likat, macam kami suka yang pedas mild tetapi sedikit cair.. terpulang pada selera masing2 ye.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...