"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Friday, June 12, 2015

Bubur Kacang Durian 11.30 Malam

Musim durian dah kan sekarang. Rumah kampung abah dah gugur duriannya. Tahun ni tak banyak buahnya tapi cukuplah untuk semua anak cucu merasa. Alhamdulillah..

Sejak cuti sekolah ni asyik je la tengok durian kat tepi jalan. Semangat nak membeli tak ada sebab bila singgah.. bau durian pun nan hadoo.. cemana lah nak semangat!

Tak tau lah durian spesis apa diorang jual ek.. sampai pegi dekat pun tak de bau langsung.. pelik betul. Katanya dah masak tapi.. hmmmm...

Bukan sekali dah terkena.. dan dah tak mahu terkena lagi. 

Bila MIL bagitahu durian dah gugur.. aduhai.. alhamdulillah bakal merasa juga durian tahun ini. Semangat nak makan durian pun tiba :D

Balik dari solat jumaat, abah bawak durian beberapa biji.. baunya semerbak satu rumah.. ahhhhh... bestnya. Petang ..kami pekena durian beberapa biji.. ok la.. syiok wooo...

Malam ni.. balik dari AEON Big.. mak aih.. terus ke peti ais cari kacang hijau. Hampa.. tak de. Pegi dapur pulak.. selongkar.. arghhh..tak ada juga..

Tak puas hati sebab rasanya ada beli.. macam mana boleh tak ada?

Balik ke peti ais.. tengok elok2.. haaaaaa... ada..

Jam 8 malam merendam kacang hijau.. 
Dan.. jam 11.00 malam siap bubur kacang hijau durian..

Jam 11.43 Malam.. dengan berseleranya menyuap bubur kacang hijau durian..



 Selamat Malam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...