"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Bertamu Lagi

Esok.. Khamis 18 Jun 2015 kita semua sambut 1 Ramadhan dengan penuh syukur. Alhamdulillah berpeluang jumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini insyaAllah.. Semoga semua amalan kita diberkati & di berikan ganjaran pahala..

Tahun ini.. mama & abah berazam tak nak membeli juadah di bazar. Tahun lepas kami berjaya mengurangkan masa berkunjung ke bazar ramadhan. Few days pegi tu pun sebab terpaksa sahaja. So that abah pun setuju.. tahun ini kita takkan ke bazar. Walau berbuka dengan nasi & telur goreng je pun.. biarlah masak dirumah..

Tak dapat bayangkan harga makanan dibazar ramadhan tahun ini.. serius ngeri..

Kita tengok hujung ramadhan nanti berjaya ke tidak azam ramadhan ini. 

Makanya mama kene rajin memasak .. caiyok!

Buat semua pembaca blog kami ( ececeh..macam ramai je..haha).. kami ucapkan..



Belanja gambar sweetheart dengan instant shawl..


Jangan lupa berQASEH & SOLE ye untuk support tenaga & nutrien kita dibulan ramadhan..


Semoga kita semua sihat & semangat menjalani ramadhan yang penuh barakah & pahala. Jom rajin2 buat amalan.. pertingkatkan amal & jaga diri serta keluarga agar sentiasa sihat untuk menjalankan ibadah.. aamiin..

Moh kita :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...