"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, November 21, 2009

Insiden Cemas !!

Terlambat sikit nak update. Tak larat sangat semalam.. sempat buat sticky mode untuk kak yong je.

Actually semalam ada 2 insiden cemas berlaku. Mungkin mama terlalai sekejap la.. ye la..lagipun si comel ni dah semakin aktif kan. Meja makan pun dah boleh panjat, rak tv pun dah boleh panjat, drawer rak tv tu dia bukak satu-satu buat tangga naik atas rak tv..huarrgh....!!! nak jadi tarzan rasanya..

Ok, semalam masa mama tengah menyapu kat porch, grill mama tak bukak so Tina dok kat dalam aje. Mula-mula dia masih ada kat pintu lagi. Sekejap je..tengok-tengok dah hilang. Mama jenguk kat dalam rumah, dia tengah tengok cd barney. Mama keluar balik..

Baru je nak pegang penyapu semula, Tina datang kat pintu. Bila mama pandang dia, dia kata "umpah.. umpah.." . So mama tanya apa yang tumpah. Dia diam je tunjuk kaki dia yang basah. Mama cepat-cepat masuk tengok.. la...dia tumpahkan air dalam cawan kat depan tv. Mama marah dia, mama kata "kan mama dah kasi Tina air dalam botol..kenapa ambik yang dalam cawan?" .. "Tina jauh sikit mama nak lap. Jangan datang sini nanti jatuh".

Mama nampak dia masuk dalam bilik komputer, mama biar je la..dia memang selalu main dalam tu. Bila mama terperasan dia main pintu, pintu tertutup... mama cepat-cepat nak pergi bukak.."click" bunyi dia kunci pintu dari dalam. Alamak...

Sekejap tu dia dah menangis-nangis dalam bilik sebab tak boleh bukak pintu. Mama panik sekejap. Nasib baik teringat segala-gala kunci yang belum di asingkan ada dalam drawer almari solek. Mama pergi ambik. Masya'Allah..punya la banyak..

Sambil mama nak mencuba kunci, Tina dah menjerit-jerit nangis dalam bilik. Bertambah panik la mama. Mama capai hp dan call abah.. dapat tapi putus. Mama call kawan cikgu dia. Sebab abah memang bagi satu atau 2 nombor kawan-kawan dia incase mama tak dapat call dia. Mama cakap kat abah, Tina terkunci dalam bilik komputer... abah suruh mama rilek dan try kunci satu-satu..

Aduhai..dengan Tina menjerit-jerit panggil mama...mama macam dah tak pandai nak cuba yang mana satu dulu. Mama cakap dengan Tina.. " Tina jangan nangis..mama nak bukak pintu la ni. Tina diam dulu". Yang Tina pun macam faham..dia terus diam..tapi masih terus panggil..." mama.. mama... "

Kali ke 3 try..pintu terbukak..ya Allah.. leganya. Tina keluar bilik terus peluk mama. Mama pun peluk dia.. "Tu la..lain kali jangan nakal.." mama cakap kat dia. Mama pun dudukkan dia atas sofa, bukak baju dia yang basah kena air tadi tu. Mama cakap kat dia " Tina jangan turun, mama nak lap air kat situ (tangan tunjuk depan tv). Kalau Tina turun nanti Tina jatuh"

Belum pun tangan mencapai kain buruk kat dapur.. Mama dengan suara Tina nangis. Mama cepat-cepat berkejar.. Ya Allah..dia dah jatuh terlentang kat tempat dia tumpahkan air tu.. rupanya dia nak ambik botol air dia. Kuat betul dia nangis, sampai hilang suara. Mama peluk dia, gosok kepala dia yang jatuh tu.. bila dia dah diam mama letak balik dia atas sofa. Bagi puting dengan air. Dia diam peluk dolphin dia..

Mama pun teruskan mengelap air yang tertangguh td tu. Siap lap dengan air..dengan dettol.. lap pulak dengan kain kering. Pergh..siap..

Mama bawak Tina gi bilas badan sebab air yang dia tumpahkan tu air oren sun-up.. salin baju, salin diaper..buat susu..baringkan. Pukul 11 dia dah tidur..biasanya nap dia pukul 12.30tgh..tak pe la..penat agaknya..

Malam tadi badan Tina suam.. mungkin dia terkejut sebab jatuh. Mama bagi ubat..pukul 10.30 mlm dia dah lena. Bila tengok muka dia tido..kesiannya.. I say sorry to her, give a kiss and my tears is there... sedih..

Luckily pagi ni badan dia tak panas dah.. nanti bila free mama & abah nak bawak Tina gi urut kat tempat biasa tu.. mungkin badan dia sakit-sakit..

So, this is a lesson untuk mama..

~ Jangan letak air dan makanan atas meja makan. Lebih-lebih lagi yang panas..
~ Kena lebih monitor Tina sebab dia dah semakin aktif memanjat-manjat..
~ Tutup semua pintu bilik yang kosong. Bilik air & toilet tu sudah pasti..sentiasa..
~ Kena lebih peka dengan alatan-alatan dalam rumah.. kadang-kadang yang tak sangka pun boleh bawa bahaya pada anak
~ Ini paling penting.. abah memang pesan , JANGAN BUAT KERJA KAT LUAR BILA TINA SORANG-SORANG KAT DALAM. JANGAN BUAT KERJA-KERJA GARDENING BILA BAWAK TINA MAIN KAT LUAR KALAU MAMA SORANG JE. TAKUT TINA MAIN KOLAM. Ok abah..ni mama sangat ingat. Sebab Tina pandai duduk kat tembok kolam abah...

Mama pesan kat diri sendiri dan yang lain jugak...

5 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Ala..siannya Tina. mcm2 kejadian yek.mcm mane di leh kunci pintu dari dalam. pnjat kerusi ker..

nway, ape yg sha tulis tu as satu peringatan pd saya n parents yg lain juga. kena lebih berhati2 menjaga anak. kdg2 kite tk rase benda tu bahaya..tp sbnrnya ia leh bawa malang pd anak2 kita..

Mummy Gwen said...

Luckily, Tina was ok. Yes..we must always be on our toes with kids around coz we really don't know what might happen. Kids are always curious. I'm worried Gwen would lock herself in the room one day. I should put those room keys in a safe place.

Thanks for your advice too. :D

MeRy said...

Lucky Tina is Ok......have to be more careful nextime...kids are getting active nowadays.

Anonymous said...

Salam Sha,
Thank god nothing happened to Tina. Tq for sharing and this is a very good reminder to all of us.

Sarah's Daddy and Mommy said...

I am sure you was totally shocked about the incident. Luckily Tina is fine.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...