"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, March 18, 2015

Pertama Untuk Tahun 2015, Kesekian Kalinya Sepanjang TTC

Apa perasaan korang bila pregnancy test korang POSITIF? Syukur..suka giler kan. Itulah perasaan mama.. 

Normal bagi seorang TTC ian mempunya stock UPT OPK yang berlambak kat rumah. Itu dah tentu. Kami yang ber TTC ni monitor setiap cycle dengan teliti. Kami ada BBT, ada OPK, ada UPT .. dan kami ada kumpulan sokongan kat FB. Tapi group ni secret, korang gugel pun takkan boleh jumpa. 

Korang tahu term CHEMICAL PREGNANCY?
CP ini adalah keguguran yang berlaku diwaktu awal kehamilan. Korang boleh dapat UPT positif sebelum due piyed. Tapi on the due date korang sepatutnya piyed or may be 1,2 days late sahaja.. korang akan bleed sama macam period. Kadang-kadang ada wanita yang tak tahu pun dia pregnant..tau2 dia bleed dengan banyak waktu piyed. 

But dalam situasi mama, kitaorg..ttc ian ni biasanya akan buat UPT sehari dua sebelum due piyed. Untuk langkah berjaga2. Ye lah..nak dapat tengok UPT double pun susah.. once dapat, bolehlah kita berhati2.. itu sebenarnya tujuan TTC ian buat UPT awal..

Ok.. berbalik pada cerita pregnancy test tadi. Seawal 2 hari sebelum due mama dah buat UPT ( Urine Pregnancy test) guna First Morning Urine (FMU).. kene tengok result  dalam masa 3-5 minit..mama dapat lihat ini..

4 Mac 2015
DPO14 / CD25 FMU 6.00 AM



Korang pun nampak kan line kedua tu walaupun agak samar.. dup dap dup dap dalam hati macam nak amik result exam. Based on pengalaman lepas2.. tak terus gembira dulu. Kenapa?

Sebab healthy pregnancy mesti akan meningkat tahap hormon HCG tu setiap hari. Maknanya UPT mesti akan memekat setiap kali kita test. Itu yang mama pegang. Key wordnya.. So abah pun mama tak bgtau. Tunggu UPT esok pagi pulak..

5 Mac 2015
DPO15 / CD26 FMU 6.00 AM


Nampak peningkatan kan? So pagi ni terus bagitau kat abah.. and mama gi klinik dokte Norihan. Sebab dokte pesan if mama dapat UPT positif, cepat2 datang klinik sebab nak ambil Dupaston. 

Dupaston tu apa? Ye.. Dupaston tu ialah sejenis synthetic progesteron yang mempunyai dwi fungsi. Jika pregnant, ia akan menguatkan rahim. Jika tak pregnant ia akan turunkan piyed. Lebih kurang macam tu lah..
So, dokte suruh makan Dupaston 4 biji sehari, Iberet Folic sebiji sehari..


Demi Allah.. apa saja pun sanggup telan untuk menguatkan kandungan ini. Bila dokte dah kata POSITIF.. beban dihati berkurangan..
 


7 Mac 2015
DPO17 / CD28 FMU 6.00 AM 

Tapi bila UPT  7 Mac ni dah kembali pudar, hati dah berdetik.. ada yang tak kena. Sebab ingat lagi tak key word yang mama kata tadi ": Healthy pregnancy sepatutnya UPT akan memekat hari demi hari" Jadinya.. ini sudah tak mengikuti itu..

Subuh itu menangis semahunya. Mulanya tak mahu cakap dengan abah tapi tak boleh nak sorok dah betapa downnya diri. Peluk abah sambil nangis sepuas hati.. bukan tak redha tapi rasa dah tak sanggup nak hadapi untuk kesekian kalinya.. dah berkali2..

Lepas subuh..perasaan dah lega..walaupun harapan dah nampak kabur tapi hati bagai dah boleh menerima..agaknya lah..

8 Mac 2015
DPO18 / CD29 FMU 6.00 AM 
UPT  pagi ini dah betul2 takde line. Dah betul2 negatif. Maknanya 10 Miu pun dah takde.. mimpi ngeri itu berlaku lagi. Sekali lagi..
Allahuakbar.. Terus kuatkan hati kami..
Menaip entry ini dengan air mata tak henti mengalir. Semoga hati ini terus kuat kerana I am the choosen one..we're the choosen one
Kerana mama kuatlah Allah menduga mama.. menduga kami


Jadi, mama kembali jumpa dokte. Just to inform everything. Kene tunggu bleed, sarung keluar & kembali TTC seperti sebelumnya. Pesan dokte, ada apa2 cepat datang..
ok dokte ;)

12 Mac 2015, spotting dan bleeding pun bermula. Doa tak putus supaya semua yang tak patut tinggal didalam tu..keluar dengan baik, tak menyakitkan dan tak menyusahkan sesiapa..

13 Mac 2015, bleeding semakin heavy diselangi sakit yang sedikit. Seharian merasa tak selesa..sangat tak selesa. Dalam hati berkata, mungkin dah tiba masa ia nak keluar..

Menghampiri tengah malam, rasa tak selesa semakin menduga. Tiba2 terasa ada sesuatu.. dugaan yang tepat. Seketul darah suku besar tapak tangan keluar. Ambil letak kat tapak tangan & cuci, darah2 & lendir larut. Tinggallah satu bentuk sarung putih kelabu & sejalur jari telunjuk darah pekat beku bersambung dengannya.

Alhamdulillah.. ia keluar dengan selamat. Tak besar sangat sebab ia baru berumur 3 minggu lebih sahaja. Ikut anggaran conception date, baru nak menjangkau 3 minggu. Exact dalam 2 minggu lebih..

Dokte pesan, selepas apa yang kita panggil sarung tu keluar. Bleeding sepatutnya akan semakin sedikit. Tak lagi keluar banyak seperti sebelumnya.. Jika darah masih keluar dengan banyak, ia petanda sisa tak keluar habis.. perlu rujuk dokte cepat.

Satu lagi, jika anda demam.. jumpalah dokte. Its not a very good sign..

Alhamdulillah.. pengalaman lepas2 banyak membantu. 

Menghabiskan entry ini, hari ni.. 


**********
Setiap kali solat mohon ditabahkan hati.. supaya dapat menerima semua yang Allah dah aturkan.
 Selagi ada jalan, kita kene usaha..
Semoga rezeki zuriat ada lagi buat kami dalam aturan Allah. 
Kami akan tetap berusaha..
Mohon doa kalian..
************

11 comments:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Sha..klik entry ni rase penuh pengharapan sama mcm sha mengharapkan kehadiran org baru tuh..Allahuakbar,,mmg besarrrr sgt dugaan buat sha..betul sha kate, sebab sha kuat Allah bg dugaan mcm ni..huhu..apepon, takziah ye sha, take care and be strong.,,

Sha@Mama TinaAzra said...

:) InsyaAllah Lily.. akan sentiasa kuat dan terus berusaha. Semoga apa yang dipohon dalam doa tu menjadi kenyataan satu hari nanti..aamiin

fazmilia said...

Semoga Allah perkenankan..

nad said...

innalillah..moga terus tabah dgn dugaan & terus berusaha tanpa kenal jemu.. Allah sediakan yg terbaik buat kalian cuma masanya belum tiba lagi. trus sabar dan trus bersangka baik. sha beruntung sbb dah ada tina klu nak dibandingkan yg lain yg masih blum dikurniakan zuriat berpuluh tahun. apapun, jgn cepat mengalah k! moga yg terbaik buat kalian...

Loceng Hati said...

Salam, saya pon tengah lalui perasaan, keadaan & situasi yang sama. Cuma sekarang saya masih menunggu result ujian darah bhCG. Kalau betul belum sampai rezeki kami suami isteri, ini kali ke-2 CP sepanjang setahun kahwin.
Masih mengharap baby survive sebab belum period lagi sampai sekarang.

Cuma yang saya keliru, CP yang dulu takde keluar darah lepas tu. Upt +ve kemudian -ve, dan terus takde darah.

Sha@Mama TinaAzra said...

Nad.. thanks. Itulah, masih lagi bernasib sangat baik sebab kami ada Tina. Usaha & doa yang terbaik ..itu yang mampu dibuat..

Sha@Mama TinaAzra said...

Sufi Syuhadah Supian..

wsalam. Hanya yang alami akan faham. Semoga yang terbaik buat awak dan suami..

Mungkin cp pun ada mcm2 kategori agaknya. saya pun tak khatam lagi belajar bab tu..

Semoga awak terus kuat ye..

hamba_Allah said...

sy dh 3 kali mcm ini...slalu jd b4 dtg period 4 hari..

Unknown said...

Sedih rasa entry.. Sy dapat rasakan... Dah 4 kali keguguran... Moga ada sinar bagi ttcian mcm kita... Jemput singgah blog saya...

Unknown said...

Hi.. Keadaan yg sama berlaku kat sy. Da 5 kali berulang.. Sedihhh..

Unknown said...

Hi.. Keadaan yg sama berlaku kat sy. Da 5 kali berulang.. Sedihhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...