"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, March 25, 2015

Hadiah Untuk Markah Exam Yang Terbaik..

Ada orang.. bawak balik paper exam dengan markah bintang2 berkelipan. Hihihihi.. Dia tanya.. 

" Mama, teacher kata good. Mama kata good tak?"

Mama jawab.. " Good la ni.. "

Sweetheart.. " Boleh dapat hadiah la kan?"

Mama.. " ye lah.. boleh.. kan mama dengan abah dah janji"

Wah sejak hari dapat paper exam, dia menuntut tak sudah2. Nak cari hadiah kat Toys R Us je pulak tu..huhuhu..

Hinggalah beberapa hari selepas itu.. rajuknya jadi panjang. 

Tak leh tangguh lagi lah dah.. kene bawak dia pegi jugak..

See.. the happy face..



Itu je yang dia nak pun..

Harap2 hadiah kecil tu dapat bakar semangat sweetheart mama abah untuk usaha lebih lagi. Dan dia tahu.. setiap kali dia berusaha luar biasa, ada ganjaran untuknya..

Dah dapat itu.. tak ada benda lain dah yang dia nak buat lagi kat situ.. dia nak balik & nak main mainan barunya.. itulah masalah nya..

Hihihi..pasal.. mama & abah kunun nak jalan2 cuci mata..
aish..

Asalkan tujuan disempurnakan.. alhamdulillah..
kami gembira tengok dia gembira

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...