"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, April 22, 2009

1001 Cerita Di Rumah Baru

Officially nya kami pindah masuk ke rumah baru pada malam 7 April 2009, awal 2 bulan dari yang kami jangkakan. Bukan apa..dah tak sabar sangat nak duduk rumah baru. Lagipun kesian kat abah yang ulang-alik setiap minggu untuk jumpa mama & Tina. Seminggu sebelum tu, orang yang buat gril call kata gril dah siap and ready untuk dipasang. So kami ambil kesempatan tu untuk panggil Ady ( cousin mama ) untuk tolong kami pasangkan kipas dan lampu. Ady ni pernah belajar bab-bab elektrik ni..so percaya sikit la nak biar dia pasang.

Penat sangat rupanya pindah rumah ni. Walaupun barang-barang rumah yang kami ada tak de la banyak pun tapilain macam je penatnya. Up to this post, baru je habis angkut semua pasu-pasu bunga mama dari rumah mak ke rumah baru. Hehehe..sekali angkat dah macam orang nak jual bunga yang naik lori tu pulak dah rupanya.


Masa abah n mama pergi Giant Tampoi belanja barang dapur, Tina tinggal dengan nenek kat rumah sebab dia tidur. Masa jalan kat sana mama terpandangkan sweater hooded ni. Ada banyak warna tapi abah suka warna hijau. Kami pilih sehelai untuk Tina. Kalau jalan-jalan tak de sweater hooded ni susah. Tina alah berpeluh tapi kalau masuk tempat beraircond lama pun dia tak tahan sangat.

Jadi sweater hooded ni memang pilihan yang tepat la untuk Tina. Bila pakaikan kat dia, dah macam rupa Princess Amidala (star trek ) pulak..comei sangat.

Sehari selepas tu, Tina sibuk puting dia hilang. Merengek-rengek mintak puting. Puas mama n nenek cari tapi tak jumpa pun. Mama dah risau. Tetiba terpandangkan sound box pioneer yang abah baru beli tu. Sound tu kecik jek tapi ada lubang kat tengah dia. Mama pun angkat sound tu dan goncang pelan-pelan..ada bunyi ..tapi tak sure la menda tu puting.

Mama pun ambik handphone dan ambik gambar kat sebelah ni..ha! kan ..memang puting la tu.. Tina..Tina..



Pada 17-19 April lepas, ada pameran homefair kat Persada Johor. Mama dengan abah memang plan nak pergi sebab sejak pameran tu bermula setahun dua yang lepas tak pernah dapat pergi tengok.. ada je halnya. Jadi kali ni kami dapat tengok homefair tu. Ajak mak n mummy Azie sekali.

Tina suka betul kat dalam tu..lari sana lari sini.. bila sampai kat tempat orang buat demo toaster..dia sibuk mintak sandwich tuna. Mama risau je dia nak turun dari dukung tu. Dah la org ramai..kang hilang ke..kena culik ke..ha..nangis tak sudah pulak kang. So lepas tengok sekali lalu..kami bawak dia pergi makan kfc. Suka betul dia..


21/4/09 mama ajak Tina main crayon dan kertas lukisan for the first time. Tina nak semua crayon. Sampai duduk atas drawing book nak menconteng. Tapi crayon yang beli kat maidin ni tak bagus la..warna dia tak terang sangat so Tina macam tak seronok nak menconteng sebab tak nampak sangat hasilnya. Tapi mama biarkan jugak dia main sampailah dia sendiri kutip semua crayon nak cuba masukkan dalam kotak semula..barulah mama simpan semuanya. Contengan pertama Tina ni ada mama simpan..

Walaupun macam tu mama tak putus asa..mama akan cuba lagi tarik minat Tina untuk pegang crayon. Nanti kita mintak kat abah beli crayon yang cantik warna dia tu ye Tina..Tina mesti suka..


Gambar abah n Tina posing kat Sutera mall masa jalan-jalan tengok tv.. dan satu lagi ni la gambar ruang tv & ruang keluarga rumah baru kami. Belum ada rak tv lagi pun..guna la apa yang ada dulu untuk letak tv..

Saturday, April 18, 2009

Topi Baru & Sofa Comel Untuk Tina ( Backdated Post)

Sofa comel untuk si comel Tina


Topi baru dari Sean Character - Tesco Tebrau



6 April 2009, sehari sebelum pindah rumah mama & abah bawak Tina, atuk dan nenek jalan-jalan ke Tesco Tebrau City. Saja-saja sebenarnya. Sambil beli sedikit barang-barang untuk rumah baru, kami terjumpa sofa-sofa comel. Mama dudukkan Tina kat sofa tu..dia seronok. So mama dengan abah decide nak beli satu biji sofa comel tu untuk Tina. Tak mahal.. RM39++ je. Hehehe..penuh troli kami hari tu. dengan barang-barang yang nak dibawa ke rumah baru..



Dan sebelum keluar dari Tesco, mama saja nak tengok-tengok kat Sean Character sebab diorang tengah buat sale. Walaupun dah sale..mahal jugak lagi pakaian-pakaian kids kat situ. Tapi mama berkenan sangat dengan topi kat situ. Kami pilih 2 warna. Abah pegang topi tu kat kiri kanan tangan dan suruh Tina pilih sendiri. Abah tanya Tina .. Tina nak yang kuning ke yang biru? For about 2 minute Tina tak pilih mana-mana tapi end up to dia ambik dua-dua sekali. But abah tanya lagi.. Tina pilih satu je.. yang kuning ke yang biru?Tina terus ambil yang biru means dia suka warna biru so kami beli apa yang Tina pilih..



Bila kami pakaikan dia topi tu..dia macam pelancong jepun pulak.. hehehe...



Tina suka dengan sofa comel tu. Dia akan duduk kat sofa dia tu setiap kali tengok fun song factory dia..kami memang tak pasangkan kaki sofa tu, so kurang sikit risiko Tina jatuh. Sebab dengan kaki sofa terpasang..sofa tu jadi tinggi dan Tina akan memanjat untuk duduk..so to us..its not safe for her.. but without kaki pun sofa tu dah cantik..


Tengoklah gambar-gambar Tina ni..macam pelancong jepun .. sukanya dia buat funny faces bila mama nak ambik gambar dia..

Thursday, April 16, 2009

I will Be Away For A while...

Hah.. hari ni baru dapat online. Sibuk betul la mengemas pindah ni..tak siap lagi pun. Kami baru je pindah rumah baru di Mutiara Rini pada malam 7 April 2009. Malam tu la pindah barang kami yang tak seberapa tu..tapi penat giler la dirasakan.

So..dirumah baru ni tak de telefon..tak de streamyx..tak de pc pun sebenarnya. So mama akan cuti sekejap la blogging. Tak tau lagi bila nak register streamyx ke..nak ambik mobiliti je ke..ntah la tak decide lagi. Banyak sangat menda nak bagi settle..berserabut kepala. Kena sette satu-satu dulu.

Gambar-gambar baru pun sampai lupa nak ambik. Sibuk giler la kononnya..

So..to all my blogging friend.. wait for my return ya..I miss all blog..

Saturday, April 4, 2009

Menyemai Tabiat Menabung & Ragam Baru Tina






Abah belikan Tina Tabung kfc yang ada muzik ni last week. Cari kat kfc kota tinggi, tabung ni dah habis! Abah belikan kat jb special utk Tina. Dia memang tak pandai nak masukkan duit tapi mama kena ajar dulu. Bila dia dah tengok mama buat..dia pun ikut..tak nak berhenti-henti pulak tu masukkan duit syiling..

Anyway.. its a good start kan untuk menyemai tabiat menabung dikalangan kanak-kanak..






Gambar terbaru Tina makan. Dia nak pegang sudu sendiri,suap sendiri makanan dalam mulut.Tapi mama sambil la pegang tangan dia dan suap bubur sampai dia kenyang. Tina makan memang tak banyak. Mangkuk yg dalam gambar tu..paling banyak pun setengah mangkuk je..tu pun ada masa..selalunya..banyak tu pun tak habis..

Friday, March 27, 2009

Nur Ain Qistina - 1 Tahun 5 Bulan



Buah hati mama & abah dah 1 tahun 5 bulan beberapa hari yang lalu. Mama nak buat post tapi gambar baru Tina takde..so.. dah ada gambar baru..barulah boleh buat post..

Dalam minggu ni je..selera makan Tina berubah-ubah. Beberapa hari lepas Tina tak mahu makan bubur. Pandai tau dia..mama suap bubur dia kata ..'hmmm sedapnya' tapi bila nak suap untuk kali kedua..dia lari tutup mulut. Tapi bila mama nak makan je..saja panggil Tina. Dia mesti nak kacau mama makan so helah mama menjadi... Tina terbuka selera nak makan. Mama akan suap Tina dulu makan nasi lembik bila dia dah kenyang barulah mama pulak makan. Mama perhatikan..bila suap makan dengan tangan, jangan guna sudu..Tina makan lebih sikit dari biasa. Tapi kalau nak bagi dia makan berkuah susah la nak guna tangan je..kena jugak guna sudu.

Setakat hari ni, mama dah perasan yang Tina suka nak makan benda yang dia boleh pegang dengan tangan..suap sendiri dalam mulut. And Tina suka sangat makan carrot. So mama akan potong carrot dalam ukuran 1 inci panjang, potong 4 dan rebus sekali dengan nasi.Kalau ada brocolli atau cauliflower mama akan potong supaya Tina boleh pegang dengan tangan dia..seronok sangat tengok Tina makan sayur..

Vocab Tina pun dah semakin meningkat hari demi hari. ..dia dah pandai sebut 'cantik molek',pokok, bunga,bird,itik,putu (susu),ti ie nu ( disebut tienu utk handphone),tinu (minum),pandai sebut hello,jom, dan macam-macam lagi.

Setiap kali nak masuk tidur malam Tina mesti akan salam dan cium tangan atuk n nenek sambil cakap 'babai' sepanjang jalan ke bilik. Dah pandai nak mama peluk dia. Kadang-kadang dia akan tarik tangan mama dan letak kat dahi dia atau kat peha dia..suruh mama tepuk. Kalau mama selawat nak dodoikan dia..kadang-kadang dia suka..tapi bila dia tak nak mama dodoi dia akan tutup mulut mama dengan tangan dia..kelakar sangat.

Setiap bangun pagi mama ajar dia bukak stokin tapi dia masih sebut 'pipa'. Bila berjaya bukak stokin je..mama akan tepuk tangan untuk Tina. Dia suka..dia senyum. Kalau Tina mintak tinu mama bagi susu..dia takkan minum..dia mesti cakap semula kat mama..tinu la.. maknanya Tina nak minum air masak..bukan susu..

Kadang-kadang mama tak perasan Tina dah poo poo.. Tina akan panggil 'mama mama..bucuk..' banyak-banyak kali sampai mama bersihkan dia semula. Dan kalau diaper dia dah penuh pun dia akan kata 'bucuk' kat mama mintak ganti diaper..

Ini salah satu benda baru yang mama & abah beli untuk Tina beberapa minggu lalu kat Maidin JB. Board book ni ada banyak tajuk tapi yang masih available masa kami kesana aritu cuma ini jek. Yang lain dah sold out.

Ada banyak gambar dengan warna terang kat dalam ni. Tina memang tak pandai baca tapi dia akan bukak buku ni mintak mama sebutkan fruit & vege yang ada kat dalam tu..berulang-ulang kali setiap hari

Tapi Tina lom pandai sebut lagi fruit & vege ni..


Tengok lah aksi-aksi Tina dengan buku-bukunya. Minat dia terhadap buku memang menyejukkan hati kami. Jadi sebolehnya kami melayan dia tengok buku. Dalam sibuk dirumah pun, kalau mama nampak dia bukak buku mama mesti temankan dia. Bila dia dah tutup buku barulah mama sambung buat kerja lain.. nak memupuk minat pada buku kat diri anak kecil ni bukan mudah tapi kami akan try the best..

Tina suka dengan gambar. Kalau bagi album gambar..dia dah boleh kenal yang mana mama, abah, atuk, nenek ..Mama ada bukak kan album kawin mama & abah untuk Tina tengok. Mama seronok bila dia tunjuk dengan jari kat gambar.. dia kata ..abah abah..mama.

Tina enjoy sangat tengok cd fun song factory dia. Baru-baru ni abah ada beli 2 lagi cd fun song factory untuk Tina. Dan masa mama keluar pergi bandar aritu, ada sorang mamat ni datang bawak buku. Dalam banyak-banyak benda dia bawak mama cuma interested dengan cd nursery rhymes berserta buku lirik lagunya berharga hanya RM10 sahaja. Nampaknya Tina pun suka dengan cd tu..

Tina masih alah dengan semua makanan berasaskan coklat. Dia pasti akan sembelit. So mama sebolehnya elakkan makanan-makanan ini untuk dia.

Mama ingin nak belikan crayon untuk ajar Tina mewarna dan menulis tapi since Tina masih lagi suka gigit pensil yang mama bagi..mama masih takut nak bagi dia pegang crayon. Nanti dia makan pulak kang. But ini adalah satu benda yang mama ingin sangat nak buat.. Mama nak luangkan masa mengajar dan bermain warna dengan Tina. Hopefully boleh buat very soon..



A Perfect Blend Of Friendship Award


I receive an award again and this time from Joanne.

Thanks again Joanne for this meaningful award ..


I’m glad to give this award to :
1. Caroline
2. Mery
3. Mama Zara
4.MrsdJones
5.Kristie
6.Serene

FRIENDSHIP FOREVER..!

Wednesday, March 25, 2009

Bila Mama Sibuk Menjahit....

Bila mama sibuk disini..

Tina pun sibuk la disini..dengan majalah dengan bakul dengan toolcar..




Dan disini..dengan comforter..bakul mainan..mainan bersepah. Dia syok je tengok tv...



Actually sejak dari awal minggu ini mama sibuk jahit langsir untuk rumah baru kami. Bunyinya macam la pandai sangat menjahit tapi sebenarnya this is the first time mama jahit langsir..heheheh.. Bukannya jahit yang gaban-gaban..jahit langsir biasa je. Tu pun berpeluh-peluh nak menyiapkan.

Kain langsir tu my MIL yang beri. Siap dengan panduan nak memotong sekali. Yelah..mama ni kan baru je belajar 'pegang mesin jahit'. Tapi bila bawak balik rumah mak kain-kain tu..mak pun tolong sambil ajar macam mana nak potong langsir. Berguna tau ilmu tu..bukannya main potong je..

Up to this post, mama dah siapkan langsir untuk 2 buah tingkap. Masih ada lagi 1 tingkap sliding, 1 sliding door dan 1 tingkap dapur. Fuh..banyak lagi jugak tu. Anyway bila tengok ada yang dah siap..hai..berbangga lah sangat dengan hasilnya (sendiri yang puji) hehehe... Rumah baruku akan berlangsirkan hasil tangan sendiri..bangganya..

Dan disebabkan mama sibuk menghilangkan diri menjahit, Tina pun menyibukkan diri dia menyepahkan barang..bila mama keluar je dari bilik menjahit..aduh! bersepah-sepah.. tengok sendiri la gambar-gambar tu..

Abah siap dah belikan mama rel langsir lagi kan..hehehe..sabar ye abah.. I am trying to finish up everything before this weekend..ohhh..sakitnya pinggang..Gambar langsir..tunggu gantung nanti la ye baru ambik gambar..tak sempat la..sibuk betul ni..


This is one of the langsir utk bahagian dapur yang dah siap tu.. abah kata warna kureng nak matching but bagi mama colour dia ok je. Lagipun mak mentua bagi kan kain ni..I appreciate it very much. Thanks to both of my mum..What will you say..ok ke tidak colour dia?

Tuesday, March 24, 2009

Tina's Wound Updated Picture


Kulit Tina yang melecur tu dah terkopek semua. Ini gambar yang terbaru. Tina recover very fast than I think. Sekarang ni bahagian ini dah mula gatal. Malam tidur Tina asyik garu je. Lotion Amway tu masih mama letak lagi. Bio-Oil will be apply very soon..

Anyway.. mama rasa lega sangat. Luka ni dah sembuh..

Monday, March 23, 2009

Homemade Mee Kicap

Last few days, kami semua asyik makan mee je. Tapi Tina tak boleh makan..mee pasar malam pedas. Tapi kesiankan dia mama basuh mee tu dengan air panas untuk Tina. Tina suka sangat dapat makan mee. Then abah suruh mama buatkan mee kicap untuk Tina. Nasib baik kat peti sejuk masih ada mee kuning, taugeh, tauhu, udang dan carrot.

Pagi-pagi tadi bila Tina bangun mama bukakkan cd fun song factory dia dan cepat-cepat pergi dapur sediakan mee. Semua prosedur sama macam mee goreng biasa cuma bezanya kali ni mama rebuskan carrot dulu supaya lembut. Rencah mee cuma bawang merah, sedikit halia dan bawang putih. Lepas tumis dan masukkan semua bahan, letak kicap pekat satu sudu besar dan kicap masin satu sudu besar jugak. Cukup. Tak perlu ajinomoto ataupun garam.

Bila mama sejukkan mee kicap dan masukkan dalam mangkuk untuk Tina, dia seronok makan sambil tengok cd. Tapi baju dia mama dah bukak awal-awal, lepas ni boleh terus mandi. Seronok sangat tengok anak makan masakan kita kan... berbaloi susah-susah masak..




hehehe..si comel ku yang tak berbaju..sedapnya makan mee..mintak mama sikit..

Sunday, March 22, 2009

Gambar Terbaru Si Comel Kami






Gambar-gambar ini adalah gambar yang baru mama ambil petang tadi. Kami bersiap nak keluar ke pasar malam dengan atuk dan nenek. Merah betul baju si comel ni..makin terserlah kecomelannya..

Our Sleeping Beauty




Last Thursday mama, abah dengan Tina pergi ke rumah baru sebab ada appointment dengan kontraktor elektrik. Janjinya pukul 2 petang. Abah ada exam PTK pagi tu jadi kami ke sana lepas abah balik exam.

Masa kami sampai, kontraktor tu dah pun sampai. Terus je abah bukak pintu dan mereka buat kerja. Mama dengan abah sambil-sambil tengok kontraktor tu..sambil cangkul rumput dan bersihkan pokok-pokok. Tina dengan gembiranya berjalan kesana kemari. Risau pulak mama, yelah..kawasan halaman tu tanahnya tak rata. Lagipun tina belum tegap lagi kalau berjalan tapi kalau dilarang dia meniarap-niarap pulak kat atas lantai. So, malas nak layan. Sambil buat kerja, sambil mengawasi dia. Berjalan melangkah-langkah pokok-pokok ubi abah pulak tu..eii hai..

Hari panas sangat pulak tu. Tina merengek nak tidur. Nasib baik abah ada bawak tikar dengan comforter. Tak lama lepas kontraktor tu balik, Tina pun tertidur dengan lena. Jadi mama tak jadi nak sambung buat kerja sebab tak nak tinggalkan Tina tidur sorang. Rumah tu kami belum pernah tinggal jadi was-was jugak nak biar dia tidur sorang. Sekejap tu abah pun join kami lepak atas comforter..so bertiga beranak la kami lepak.

Kebetulan hari hujan. Mama dengan abah chit chat chit chat la menunggu Tina bangun tapi dah pukul 4 Tina tak bangun kami decide nak angkat je dia masuk kereta. Masa mama angkat dia tu dia dah celik mata pun. Merengek sekejap. Masuk kereta.. dia senyap.


Wednesday, March 18, 2009

Tag : #6 and #6 Photo Meme

I saw this tag on Joanne's blog. Never think someone will tag me.But when I visit natalia's blog..I found that she tag me with this interesting tag. Thank You Natalia!


***Rules***1. Go to your Picture Folder on your computer or wherever you store your pictures.
2. Go to the 6th Folder and then pick the 6th Picture.
3. Post it on your bloggy and tell the story that goes with the picture.
4. Tag 5 other glorious peoples to do the same thing and leave a comment on their bloggy tellin’ them ’bout it.



And I found this..

Ahah..this is Qistina on her 6th month. At this time she's learning to push her body up. And at this time she's not crawling yet. Everytime I want to take her picture, she will push her body up and smile to the camera.. isn't she cute?

Now I have to pass this tag but most of my blogging friend have completed this tag but I would like to pass it to:

1. MrsdJones

2.Mama Zara

Friday, March 13, 2009

Bad Day ( Updated) - 3

Ini gambar melecur kat tangan Tina pada hari jumaat 13/3/09. Masa mandi pagi tadi mama dah dapat tanggalkan 2 ke 3 keping kulit mati kat luka tu. Tina tak tunjukkan rasa sakit pun masa mama tanggalkan, dia cuma tak suka mama pegang dan belek tangan dia yang melecur tu lama-lama. Cepat baik ye sayang .... mama sayang Tina..

Thursday, March 12, 2009

Bad Day ( Updated) - 2



Ini gambar melecur kat tangan kiri Tina hari ini. Nampaknya dah semakin pulih. Kalau mama sentuh dan buang sedikit kulit-kulit yang mati pun dia tak kisah. Dah tak sakit kot. So now mama kena ambil inisiatif untuk rawat parut pulak. If can, mama tak nak ada parut melecur tu kat sana. Kesian tangan Tina..malu dia nanti besar. Thinking of nak gunakan Bio-Oil. Tapi tak cakap kat abah lagi. Pun belum tengok apa content Bio-Oil tu, ok ke kalau guna kat scar baby.. Mama tak nak la pakai guna je..nanti ada side effect lain pulak nanti...


Buat masa ni mama cuma sapu lagi Aloga Gel dari Leesa Formula dan sapu krim C9 untuk lembutkan kulit-kulit mati yang masih melekat.



Lihatlah wajah buah hati kami ni... comelnya dia..





Tuesday, March 10, 2009

Taktik Pujuk Tina....


Untuk recoverkan tina from her truma...and nightmare...
abah, mama n nenek bawak tina g round2 jusco tebrau n kota.....she really happy dapat jalan2...coz for ur information, tina sure dah tunggu abah balik every friday...and bayangkan la kalau any friday abah tak dapat balik....only God knows how i feel as a dad....
Thanks to God... You still have that lovely n sweet smile my dear...and it mean alot to me here.


Mama puas round kota carik long stockings for tina...kat jusco teberau baru jumpa...jusco lain tak ada pulak ...



Abah hadiahkan tina a brand new and lovely (to me) pair of shoes




Education is for a lifetime....Tina loves action songs...and i love to watch her enjoying those songs
Abah try kan cd2 ni kat jusco for tina's view...tesenyum simpul tina...means that she loves it..so add lagi hadiah untuk tina...
Tina belaja pandai2 tau...macam mumy and abah...kalau boleh biar lagi pandai dari both of us ok..!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...