"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, October 26, 2009

Aktiviti Hujung Minggu - Gardening!

Last weekend.. mama akhirnya berpeluang ber'gardening'...huhuhu...seronok sangat. Mak & abah mama datang dari kota tinggi nak tengok Tina..so mama ada chance pergi laman. Banyak benda sebenarnya mama nak buat tapi tak sempat.


Ni menda paling kreatif mama wat minggu ni. Deko dalam singki terpakai.. sian lak singki ni terlungkup sana..terlungkup sini..amik je la wat deko car porch ku itu! Ok tak..ok tak.. then mama baru jek first time tanam bunga ros. Ni special request by abah..nak suh mama tanam ros banyak-banyak..abah suka. Slow-slow eh abah..mama akan cuba memenuhi request abah tu..suka tengok abah happy..



Dan ini ialah deretan pokok bunga 'sundal malam'.. ala bunga pontianak harum sundal malam tu. Tapi mama punya collection ni masih belum berbunga lagi. Coming soon agaknya.. mak mama kata, area yang dekat kelapa tu macam dah ready nak berbunga. Mama pun seronok giler la dengar. Lagi tambah semangat nak jaga bunga ni baik-baik

Dan bahagian belakang sundal malam tu adalah cactus collection. Ni memang mama punya passion. Suka sangat dengan cactus..banyak dah mama biakkan bagi orang..tak jual..bagi jek. And mama still looking forward cactus yang lain jenis pulak..



Nampak tak ada banyak polibeg tu..mak mama bawakkan anak-anak pokok ros. Lom sempat tanam sebab tanah hitam dah habis. Dalam pasu biru tu pulak bunga melur. Suka bau dia yang wangi masuk dalam rumah. Mama beli anak dia baru RM3 jek sebab budak yang jaga nursery tu dah kenal sangat dengan mama & kakak ipar mama. Asyik muka kami je membelek bunga dan pasu kat situ. Kami dapat harga murah la kat situ dari tempat lain..

Gambar ini adalah koleksi bunga yang sedang dalam proses pemulihan. Sebab serangan semut..dalam pada tu sempat jugak menanam tunggul daun sup beberapa minggu lalu..dah berdaun dah pun. Nampak tak kat mana?...

Mama seronok sangat dapat 'berjumpa' dengan bunga-bunga dan pokok-pokok mama. Mama baru nak belajar menanam ni, selama ni tolong mak mama jaga pokok jek. Sesiapa yang ada minat sama..jom kongsi..

6 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

Mmg kreatif la Sha ni..siap leh hias2 lagi sinki lama tuh..such a great job..=D

Kagum tgk org tanam bunga. sy tak reti langsung pon. dulu slalu gak tengok2 mak menyemai pokok2 tp sayangnya minat tu tak terturun plak..hehe

Qistina's Mama n Abah said...

Hehehe..thanks..

Tak pe lily, nanti bila dah ada rumah sendiri nnt..sha harap minat lily tu akan bercambah kembali. Nnt leh la kita tukar2 bunga lak ek..

MeRy said...

Good activity...I don't like gardening.

LYaFRINA said...

TIME KASIH YERRR CZ SUDI JGUK BLOG SY... OK SUDI2 LA DTG LG... BE A FRIEND YERR

Sarah's Daddy and Mommy said...

Was the red colour flowers in the first pic called Zebra? It is so nice and I like it so much!

Qistina's Mama n Abah said...

Joanne..I dont know if some people call it zebra but I know it as daisy..it was so nice and the bright colour really bring joy everytime you look at it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...