"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, October 14, 2009

Batuk Tina Semakin Teruk - Tell me what should I do. I cant stand see her like that..

Start balik dari rumah mak, Tina mula batuk. Awalnya ok lagi tapi menjelang tengah malam batuk menjadi semakin teruk. Mama cuba bagi Tina ubat batuk dia yang biasa tu tapi nampaknya tak memberi kesan.

Isnin pagi, celik je mata Tina mula batuk tak berhenti-henti sampai lembik tak bertenaga untuk bangun. Tak dapat nak mama gambarkan betapa teruknya batuk Tina. Bayangkanlah Tina batuk hingga tertidur keletihan. Bila mama check kad klinik..alamak.. hari isnin sampai pukul 1 petang je. Dah tak sempat nak pergi sebab abah balik pukul 3 petang.

Isnin malam, setiap kali batuk Tina akan muntahkan kahak & lendir yang agak banyak. Ya Allah mama tak dapat nak bagitau macam mana perasaan mama ni tengok Tina menderita nak muntahkan kahak yang tak nak keluar. Menggigil-gigil peluk mama kuat-kuat sebab susah nak batuk. Nak menitik air mata melihat anak kesayangan sangat menderita. kalau boleh biarlah mama yang tanggung sakit..bukan Tina. Anak mama terlalu kecil untuk kesakitan macam ni. Apalah yang boleh mama buat... mama dah buntu idea untuk membantu.. Ya Allah.. ringankan kesakitan ini...

Selasa, pagi mama siap-siap bawak Tina jumpa doktor chum. Kakak ipar mama tolong hantarkan. Doktor kata tekak tina bengkak sebab tu dia batuk tak nak berhenti. Doktor bagi ubat demam, selsema, batuk & antibiotik. Doktor jugak pesan supaya jauhkan makanan & minuman yang berfungsi menyejukkan badan seperti 100 plus, soya & barli, semua yang berasaskan kacang & kelapa serta buah-buahan bersifat sejuk seperti anggur. Mungkin mama tak patut bagi Tina anggur. Memang last week mama ada kasi Tina anggur kat rumah mak tapi sikit je pun. Tak sampai 5 biji. Mama tak tahu..maafkan mama sayang..

Selasa malam.. sekarang ni pukul 1:47 pagi tapi mama still tak dapat lelapkan mata sebab Tina tak tidur lena. Asyik terjaga kerana batuk. Hati yang sebak ni mama tahankan. Sekarang ni Tina tidur kat depan tv means dari depan pc ni mama dapat tengok dia dengan jelas. Tadi dia merengek dan bergolek-golek. Mama bukak kan ayat kursi dari handphone, dia dah tidur semula.

Tadi abah mama call tanya pasal Tina. Dia ajak mama balik kampung sebab dia nak ajak mama pergi rumah kawan dia sebab kata abah mama, perasaan dia tak enak.. sepertinya Tina bukan sekadar batuk biasa. Wallahuaklam.. kata abah mama, ubat dah makan 5 hari tapi tak berkesan sangat.. kita cuba cara lain pulak.. mama ikut aje asalkan Tina sembuh cepat. Harap-harap itu cuma perasaan abah mama jek..

Ibu mana sanggup tengok anak dia dalam kesakitan.. mama isi air zam zam dalam botol susu tina sambil berdoa.. Ya Allah..jadikanlah ini ubat untuk anakku. Kasihanilah dia. Mama bagi Tina minum.


Kalau mama tak update apa-apa tentang Tina esok maknanya mama balik kampung ubatkan Tina. Dear blogging mummy.. please pray for my girl so that she can smile, dancing and mumbling again. I really miss that this few days. Only if I can take all sickness.. I will do it for her....

10 comments:

Miela77 said...

Salam..just nak share..my produk UK ANTIVIRUS FORMULA BIO-TECH HELBAL boleh membantu baby till org tua sekiranya demam, batuk, selsema, berkahak, asma dan pelbagai masalah pernafasan n penyakit lain, wabak dsb. Boleh refer testimoni di http://miela77.blogspot.com/2009/08/testimoni-pengguna-uk-antivirus-formula.html . Mungkin ia blh bantu Tina. Lagipun ianya diujikaji selama 27thn dan menjalani clinical trial terhadap 5000 pesakit pelbagai penyakit sebelum ianya dipasarkan. Dijamin suci dan halal serta 100% herba. Klu berminat leh order ke Miela.77@gmail.com atau isi borang pesanan di http://miela77shoppe.blogspot.com . Promosi sehingga 16hb nie beli 3 botol 5ml hanya RM55 termasuk poslaju. Cubalah, insyaallah membantu. Sharing is caring. :p

Lady Qay said...

hope tina smkin sht dan smbuh...mmg sdih tgo ank skit..rs mcm tk lps nk bnyawa aje..

anyway resepi sambal siat ayam tu bole dpt kt my mum's blog...

ni link nyer

http://ummiyati-citarasakita.blogspot.com/2009/09/sambal-ayam-siat-siat-mak-tok-bedah.html

Qistina's Mama n Abah said...

Terima kasih miela.. sha cuba yang ini dulu ye.Kalau kita yg dewasa ni sha tak heran sgt..kalau perlu nanti sha pergi tgk kat blog miela ye..

Diamilikku said...

salam..thanx for visiting my blog....lets exchange link ya...pasal batuk nih..sy penah experience the same things...terus gi jumpa paed...dia bagi ubat pecah kahak n lendir..biasa ahh budak2 kan tak reti nak kuarkan kahak dan lendir mcm org dewasa..so ubat yg doc bagi nih akan kuarkan melalui najis...better gi jumpa pakar la...n request for ubat yang pecahkan kahak tru najis..kalau pecahkan kahak tru muntah suffer gak budak2...

lily azliyana @ mama zara said...

alahai..kesiannya baca nih. terbayang2 tina yg menanggung seksa melepaskan batuk tu. zara ade one time dulu pon batuk melarat2. makan berbulan jugakla..then same mcm ayah sya, my mum pon suggest gi jumpe ustad or berubat cara traditional. diorng kate ade 'benda' kacau. tk taula sejauh mane kebenarannya. but kite berusaha jugakla. alhamdulillah, now zara dh jauh beza dr dulu..

but apart from that, rasenye still kena bwk tina jumpe dr pakar. mungkin ubat sedia ade tak serasi ngan die..get well soon ye tina cyg!!

adda said...

kesian nyer baca kes tina. teringat time syafi masuk wad arituh.. rasanye dh teruk gak tina ni.. kene bwk jumpa paed secepat mgkin.. mungkin dia akan bagi nebulizer (utk lapangkan dada dia. so tak lah batuk teruk sgt). kahak tu pn mcm dh byk sgt laa.. mcm syafi arituh sampai kene masuk oksigen n bawak naik ambulan gi sjmc. arituh bwk tina gi klinik mana? kekadang ada doc yg kurang arif ttg budak2 tau. suggestion baik bwk kepada pakar kanak2. jgn tunggu2 tau takut nanti paru2 tina kene infection. kesian tau

^^ FASHAH ^^ said...

Cian tina, Qaseh klu batuk, demam n selsema kite just bagi di jus rosell + madu. Jus tu sudukan bg anak2 makan. just rosell tu bnyk vitamin C. Qaseh mkn setiap hari utk hindari semua penyakit tu.Rosell nih produk Islam HPA.Qaseh dari dalam perut mkn produk HPA.Alhamdulillah sihat..klu ubat doc nih, budak2 lmbat baik & x leh amalkan. Tp dgn jus nie, sekuarga leh minum..saya sendiri ambil sehari 1 sudu..klu nak tahu lebih lanjut leh email kite hairani@poslaju.com tau.. ubat leh cari..tp anak 1 dalam se1000 payah nak dapat.. :)kite kongsi2 pendapat.

little prince's mummy said...

Get well soon!

MeRy said...

Hope Tina will get well soon.

the little prince said...

How is Tina now? Getting better? Hope she get well soon!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...