"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, October 19, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

Hehehe..tak padan dengan demam..nak jugak join contest lagi. Harap-harap ada rezeki lah kali ni...


Contest ini sebenarnya dianjurkan oleh orked aka mama Nur Aqilah Insyirah sempena ulangtahun pertama puterinya pada 23 Oktober ini.

Syarat Penyertaan
• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda - ok
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun - ok
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - ok
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker - ok
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk) - ok
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - ok
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - ok

Contest bermula dari 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009


3 pemenang akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.


Hadiah menarik dan istimewa akan diterima oleh pemenang



*****************************************************

Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
2 Tahun - on 22 Oktober 2009

Gambar Tina berada dalam walker ni diambil pada 27 April 2008 iaitu pada usia Tina 6 bulan. Kami telah pun membelikan Tina walker ini seawal usianya 4 bulan lagi. Dan walker ini pun tidaklah semahal mana, cuma berharga kurang RM100. Kami telah cuba meletakkan Tina pertama kalinya didalam walker ini pada usianya 4 bulan lebih kerana menurut pengamatan kami Tina lebih suka berdiri dan didirikan.

Pada masa tu, kami meletakkan bantal kecil dihadapan dan belakangnya untuk menyokong tubuh badannya yang masih belum mampu duduk dengan sempurna.Walaupun melalui pembacaan mama, baby boleh diletakkan didalam walker hanya setelah baby boleh duduk dengan sempurna tetapi mama & abah percaya yang Tina memang mahu didudukkan didalam walker. Ianya terbukti apabila Tina boleh menolak walker mengundur sedepa kebelakang dalam masa beberapa hari sahaja. Dan dia kelihatan sangat gembira dapat bergerak berbanding berbaring dan bergolek.

Kami cuma letakkan Tina didalam walker apabila dia sudah bosan terbaring, merangkak dan bergolek. Kurang 10 minit pada satu-satu sessi. Cukuplah untuk melatih ototnya..

Perasan tak bahagian hadapan walker tiada permainan? Ha..sebenarnya ada tapi kami dah tanggalkan kerana permainannya adalah berupa sebuah stereng kapal angkasa yang diperbuat dari plastik berserta butang untuk menekan bunyi-bunyian. Kami tanggalkan pada awal pembelian lagi kerana bimbang Tina akan terhantuk padanya memandangkan dia belum tegap. Tetapi kami pasangkannya semula selepas gambar ini diambil. Pada waktu ini Tina sudah pandai memicit hon pada stereng, memutar stereng ke kiri dan kanan dan pada masa yang sama menekan butang untuk bunyian. Kami memilih untuk mengurangkan risiko. Plastik pun, jika terhantuk pada dahi atau mulutnya yang sangat lembut tu..tentu berdarah nanti..

Mengikut pengalaman dan pembacaan mama, walker adalah pilihan terbaik bagi :

@Melatih otot kaki baby, kerana baby boleh memijak dengan tapak kaki, menendang kehadapan dan kebelakang untuk menggerakkan walker. Melatih otot tangan dan bahu untuk menyeimbangkan kedudukan didalam walker

@Walker dapat mengurangkan kebosanan baby kerana berbaring dan bergolek sahaja. Dengan walker baby dapat duduk dan melihat keadaan disekelilingnya

@Membantu mengurangkan aktiviti mengutip apa sahaja benda diatas lantai. tetapi AWAS ada baby yang boleh mengutip menggunakan kakinya sahaja meskipun dia berada diatas walker! Jangan Tak Percaya!

@ Permainan yang ada diatas permukaan walker dapat merangsang deria dan saraf baby. Permainan yang berwarna terang dan berbunyi ini akan menarik perhatian baby meneroka sesuatu yang baru setiap hari. Baby akan belajar secara tidak langsung diatas walkernya

Keburukan walker yang dapat mama lihat sepanjang penggunaannya :

> Terdapat walker yang sangat ringan dan senang terbalik bila-bila masa sahaja. Ini sangat merbahaya kerana ianya boleh mengakibatkan kecederaan yang serius.

>Dengan walker, baby boleh bergerak hampir kemana sahaja dan kadangkala dapat mencapai apa yang tidak sepatutnya. Contohnya; alas meja makan, perhiasan diatas console table. Ini juga berbahaya jika diatas meja ada apa-apa sajian panas @ pedas @ menggunakan pinggan mangkuk kaca..

>Baby boleh memanjat melalui walker. Tak Percaya? Tina pernah memanjat keluar dari walker dan berpaut pada kusyen untuk menolak badannya keluar dari walker sekaligus memanjat kusyen kayu patern lama dan bertepuk tangan apabila berjaya duduk diatas kusyennya! Apa akan terjadi sekiranya dia jatuh tertiarap atau dagunya terhantuk pada kayu kusyen? ..Bahaya kan...

Jadi, nasihat kami kepada para ibu bapa sekelian, sekiranya ingin membeli walker buat baby anda tolonglah fikirkan dan kaji baik buruk sesuatu walker yang anda pilih. Harga dan jenama bukan ukuran keselamatan. Dan pada ketika anda meletakkan baby didalam walker, janganlah leka. sesaat anda terleka anda boleh menyesal seumur hidup.

**************************************************
Okey..siap dah entri mama..

5 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

Good luck Tina..

n good info fr u Sha..=D

Qistina's Mama n Abah said...

Thanks lily...sesama la kita harap tuah kali ni ye..

MeRy said...

Good luck !!

Too bad It is over for Ryan to join this contest.
You seem have lot of 'lobang' for such kid contest.

Orked said...

salam mama tina..tq join contest..

sori..sebab kite tak leh right klik pic tina la..klik pn tak leh gakk

camne ekk?

Qistina's Mama n Abah said...

Orked - sha dah tinggalkan message kat shoutbox..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...