"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, April 23, 2014

Kerana Tak Pernah Buat Daku Teruja - Kerabu Mangga Apple + Apple Hijau..

Tak tau apa mimpi.. malam tadi online tenet.. gugel resepi.. ternampak resepi kerabu mangga. Terus je klik & tengok. Kecur seh.. macam sedap je ha.. oihh..tak leh jadi ni.. esok nak buat :)

Balik hantar sweetheart sekolah.. terus berjalan-jalan kat laman. Sambil tengok bunga-bunga berkembangan, sambil menuju ke pokok mangga.. belek-belek buah-buahnya. Semuanya dah besar. Ahah! nampak sebiji dua yang masih kecik. Bukan la putik tapi remaja la gitu. Cepat je tangan petik sebiji :)

Terus masuk rumah & prepare bahan :)


ni je yang snap. yang lain malas huhu..

Gugel malam tadi banyak sangat version kerabu mangga. Tapi basic bahan sama je.. sos ikan nan hadoo..tak pernah umo ada sos ikan.. jadi guna garam sudah la kot..

Ok.. ini resepi KERABU MANGGA APPLE + APPLE HIJAU mama :)

1 biji mangga muda
1 biji apple hijau
3 batang cili padi 
1 labu bawang besar sederhana saiz
udang kering segenggam
garam
gula
perasa
1 sudu besar sunquick

Cara :
1. Kupas mangga, apple & potong ala-ala batang mancis dan rendam apple dalam air garam takmo bagi lebam
2. hiris cili padi & bawang besar. Agak2 saiz yang korang suka..nipis sangat tak besh..hihi
3. rendam udang kering, basuh bersih & toskan. Kemudian sangan tanpa minyak. Lepas tu tumbuk. Ikut suka nak halus ke kasar.. mama suka kasar sket. Biar rasa bila makan..
4. Boh semuanya dalam mangkuk besar &boh sekali garam, gula, perasa & sunquick. Gaul rata kemudian rasa. Kalau tak match.. sila pandai-pandai ejas ye..Okeh.. boh dalam peti sekejap untuk bagi kemesraan dia lagi power.. boleh makan dengan nasi.. makan gitu saja pun syiok wooo...


Waktu entry ini ditulis, kerabu mangga dah sampai dalam perut.. tempting sungguh. Sebab nak rasa kesedapannya, mama makan nasi putih dengan kerabu mangga saja.. oo bestnya!

Oh ye.. ni ada satu lagi resepi KERABU MANGGA..  by kak Zana Mazlan..
 mangga muda, cili api, bwang merah kecik, serai (semua hiris halus2) 
isi ikan, 
belacan kalau suka, 
sos ikan@ciken stok@tumix (k zana suka buh ciken stok) 
boleh tambah kacang kalau suka... 
gaul semua tambah sikit air bagi basah2... 
memang marbeles... 
perah lemon kalau ada ;)

Nak makan mangga muda memang tak berapa lah.. tapi bila dah buat kerabu.. oihh..boleh makan banyak biji nih..hihi..

Selamat mencuba!!.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...