"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, October 11, 2009

Menghitung Birthday Ke-2 ... Tina Demam & Masa Untuk Berpisah Sudah Tiba...

Mama, abah & Tina ikut balik rumah mak mama semula hari jumaat lepas. Sekali dengan adik mama tu la. On the way beraya kerumah nenek TUTA, abah perasan yang badan Tina panas, mata dia berair dan dia macam nak tido je. Memang badan dia panas giler masa tu..

Sampai kat rumah kota, Tina dah mula merengek tak sedap badan. Tapi lepas mama kasi ubat lagi, Tina berpeluh dan mengantuk. Tengah malam tu, Tina merengek lagi. Mama & abah angkat Tina tido atas comforter.. tapi dia masih bergolek-golek, menonggeng dan macam-macam aksi dia buat. Mama bangun pergi dapur dan bancuh air asam jawa untuk sapu atas kepala dia. Kepala panas sangat ni bahaya.. Alhamdulillah lepas mama siap sapu kepala dia dengan air asam jawa, tina tidur lena sket sampai pukul 5 pagi. Pukul 5 pagi tu dia merengek lagi sebab air asam jawa dah kering kat kepala..mama rasa kepala dia masih panas..

Mama angkat dia pergi kat tilam mak & abah mama. Masa ni abah dah tidur. Tak sedar sebab terlalu mengantuk. Tina sibuk nak susu. Mama buatkan susu dan baring sebelah Tina. Mak tepuk dia. Mama tertidur rupanya. Mak kejutkan mama beralih ke bawah sikit..sama dengan Tina sebab dia lom tidur lagi. Mak kat dia asyik tarik tangan mama letak kat leher dia. Mama pun beralih, peluk sambil tepuk Tina.. sedar dah terang. Tina lom bangun. Pukul berapa abah gi mancing pun mama tak sedar tapi mak kata sebelum pergi abah dah tukarkan cool fever kat dahi Tina, dan belakang badan dia..



Ni gambar Tina pagi sabtu tu. Dia tak nak bangun. Nak baring je sambil tengok cd upin ipin berulang kali. Mama ikutkan je la..asalkan dia tak merengek..pening kepala mama dengar dia merengek.


Masa ni badan dia memang tengah panas sangat. Tapi sebab dia tengok cd upin ipin, dia diam la baring




Yang ini mangkuk air asam jawa & minyak bawang. Malam tu Tina kembong perut teruk. Tak nak kentut atau sendawa..so jalan terakhir, letak minyak bawang ni. Tengah malam tu dia kentut..kembong perut pun kurang..

<>

Tapi dalam pada Tina demam, mama sempat keluar ke bandar kota hantar mak & adik ipar mama beli buah tangan untuk orang perak. Tina tak banyak ragam cuma dia nak berdukung je. Ikutkan hati mama tak nak keluar tapi kesiankan adik ipar mama tu.. sempat la dia beli jubah & t-shirt untuk mak & adik dia..

Kemudian kami ke Kipmart Kota Tinggi pulak sebab mak nak beli lauk untuk esok. Si kecik 2 orang ni sempat main benda ni ha..

Gambar yang ini mama ambik pagi tadi. Kurang sikit dah panas, cuma selsema masih teruk sket. Asyik melelah jek.. Tina pun risau sebab kepala dia sakit..Ni dia tengok upin ipin la ni.. perasan tak dahi Tina yang kuning tu? Kalau kat kg mama orang buat tanda tu pada dahi untuk ubat kanak-kanak yang 'tetegur'. Mama tak taulah kat kg orang lain ada ke tak. Ada la bacaannya, buat pada kunyit.. antara percaya dan tidak..terpulanglah..


Setahun sekali berjumpa, selepas beberapa hari bersama.. kini sampai lah harinya untuk berpisah kembali. Adik mama & familynya balik tengahari tadi. Masa bersalam-salam masing-masing menangis-nangis sedih..ye la.. tahun depan la agaknya jumpa lagi. Alangkah seronoknya bersama-sama tapi atas desakan tugas masing-masing kami terpaksa berpisah sementara disini dulu.. Ye la..kami cuma berdua beradik je tapi terpisah jauh. Yang paling sedih tentulah mak & abah.. hanya yang melalui faham perasaan seorang ibu & bapa yang terpisah dengan anaknya. Sesedih-sedih mama..sedih lagi mak & abah. Apalah daya.. tugas kepada negara memanggil..

Si kecik zulaikha pelik sebab semua orang menangis. Sempat dia cakap dengan mama..
"Along tak nak salam dengan kaka ke? Kaka nak balik rumah opah ni.." Aduhai..sayunya hati dengar. Mama cakap kat dia "nak sayang..kaka salam along, along nak cium kaka sikit"

Dia salam mama, mama cium dia..pesan jgn nakal-nakal. Nanti kita jumpa lagi..

Dan baru sekejap tadi, adik ipar mama sms.. diorang dah selamat sampai kat rumah bagan serai perak.. alhamdulillah..

Semoga tuhan sudi berikan ruang masa lagi untuk kami berjumpa kembali.. bersatu sebagai sebuah keluarga.. ok lah..selesai coretan malam ini.. mama sedih la.. dah terasa rindu pada mereka sekeluarga..



2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Sha adik beradik cume 2 org lagila terasa sunyi bile slh sorang takde kan..inysaAllah, ade rezki leh jumpe lagi kan, mungkin Tina plak leh bertandang ke Perak mana tau..=)

Sian tina pon demam ek. Zara pon sh masuk 3 hari lom baik2 lagi nih..huhu

Sha@Mama TinaAzra said...

A'ah kan..kalau ada rezeki lebih memang nak ke sana bawak mak & abah sekali..tengok la nanti

Musim demam ke ni ek.. risau la demam tak baik2 ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...