"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, December 20, 2009

Cerita Dari KL

Kami ( mama & abah serta tina + my SIL+ 3 bujang) berangkat dan berangkut ke KL pada hari isnin 7/12/09 jam 8 malam dari JB. Kami naik unser. Tau je la dengan anak-anak yang 4 orang ni dah buat unser tu macam pasar malam. Siap gaduh space tempat duduk la..ngantuk la..dengan 2 baby yang tak gheti dok diam ni..mama punjadi pening kepala. Kami singgah berhenti untuk ke toilet kat R&R Pagoh yang dah serba canggih tu. Memang puashati!

Kami teruskan perjalanan. Tak de berhenti lagi selepas itu sebab anak-anak dah pun tido. Kami sampai kat Batu Caves dah pukul 12 tengah malam. Untuk tak menyusahkan abang iparku sekeluarga tu kami makan dulu kat Restoran Sri Niara. Restoran ni dah dekat sangat dah dengan rumah mereka. Makan pun yang simple2 jek sebab masing-masing dah penat..mengantuk..pening..

Sesampainya kami kat rumah abang ipar mama, si bujang-bujang berdua ni bangun. Main ps2 pulak..bising betul. Tina yang dah sedia bangun teman mama & abah makan kat Sri Niara tadi tu makin galak..tak nak tido. Mama dah la penat..pening. Mama keluar bilik dan sound 3 bujang (anak SIL 2 org, anak abang ipar sorang)..bising kul 2 pagi. 5 minit lepas tu..senyap sunyi.. pergh..aman dunia. Tina tido..mama pun zzzzz.....



FIRST DAY 08/12/2009

Pukul 7 lebih ke pukul 8 pagi mama terjaga.. subuhku entah kemana...sebab dengar bunyi bising orang main ps2 pagi-pagi.. aduhai..rimas betul. Tina pun terjaga sama.

Plan pagi itu sebenarnya nak menyiasat..cheh.. bukan apa bujang-bujang ni nak main salji kat Mines. Entah wujud lagi ke tidak tak la diketahui. Setelah segala usaha untuk mengumpul maklumat tak berhasil, kami dengan nekadnya terjah je Mines... dan dukacita dimaklumkan bahawa Mines Wonderland dah tutup. Tinggal shopping complex dia jek. Khabarnya diambilalih oleh orang singapura dan dalam proses pembukaan semula. Makanya kecewalah 3 bujang itu... sedih je muka...

Namun sempat turun jugak kat Mines melihat keadaan sekeliling. Dan antara gambar-gambar yang sempat mama snap..




Gambar-gambar Tina dengan abah kat Mines. Ini sungai dia..ala-ala tasik la konon-konon.. sorry gambar mama tak de sebab mama jadi camerawoman Tina & abah..hehehe


Keluar dari area Mines, kami memikir tujuan selanjutnya dengan bujang-bujang yang dah bising kat belakang sebab lapar.. jalan jammed pulak tu..pergh.. dan akhirnya kami sepakat ke Tesco Ampang untuk makan pizza hut yang crunchy tu. Aduhai..susah tul jalan kat area ni kan..ntah mana jalan masuk..salah masuk pulak..one way..pusing jauh untuk masuk semula entrance Tesco..sabar je la. Turun je kat parking Tesco ampang, mama tunjuk KK Home Deco kat kakak ipar mama.. hahah.. kang kami nak kesana..jangan marah!

Ini pulak gambar-gambar makan pizza hut dalam tesco ampang..


sedapnya mencicah cheese anak dara nih..





itulah kakak iparku yang vogue.. dengan bujang kecil..baby kimi



tina & kimi dalam baby chair




anak dengan abah.. tina dengan abah dia sama naik kalau makan cheese...



husband tersayang.. sedapnya makan...



Lepas makan kami jalan-jalan jugak dalam tesco ampang melayan kerenah anak-anak yang nak beli yoyo la pulak. Sambil kami mencari bahan-bahan untuk buat sandwich dan burger untuk dibawa ke genting esok hari. Oh ye..terlupa pulak, kakak dan abang ipar mama decide nak ke genting kerana Mines punya salji dah tak de. Untuk tak menghampakan anak-anak la mereka tukar trip Mines ke Genting.

Keluar je dari Tesco, kami heading ke KK Home Deco yang kat depan tesco ampang tu...


Ada 3 tingkat, semuanya mama naik. Tina diuruskan oleh abah sementara..hehehe thanks yang..dan dalam pada itu mama tersangkut jugak kat 3 biji mug english rose. Tapi mama tanya dulu kat abah, sib baik abah bagi mama beli. Oleh sebab 3 biji mug RM10, jadi mama amik 3 je la. Lagipun kaca..bawak balik jauh tu. Pecah kang tak berbaloi. Kakak ipar mama yang berdua tu pun sama. Yang sorang siap beli lampu tido lagi tu... hehehe pompuan...


nampak tak mug? itula mug yang mama beli. cantik
yang pakai baju coklat tudung cream tu abang ipar punya wife..kak linda



yang ini Awisy, sepupu Tina. Anak abang ipar yang kami sendatkan rumahnya..hehehe. sihat sungguh kan awisy ni. dia cute..mulut petah bercakap. Baru 5 tahun je umurnya..


Dari KK Home Decor ni kami terus balik sebab semuanya dah penat.. abang ipar mama yang dari ofis menyusul kami di KK Home Decor, jadi masa balik dah lapang la unser tu..

Sampai kat rumah mama terus masuk, letak barang dan mandikan Tina. Sure dia pun penat sangat kan.. sian dia. Mama cuci rambut dia, pakaikan baju tangan panjang, seluar panjang sebab nak keluar lagi. Tapi kali ini bujang-bujang tak ikut. Diorang nak main ps2 kat rumah. So, kakak ipar mama yang sorang kena tinggal jaga diorang. Abang ipar mama ajak kami melihat pemandangan di uptown.. ala yang macam pasar malam tu kat Sri Gombak sambil belanja kami makan di Faza Sea Food. Kedai dia biasa je..tapi air jagung special dia syok sungguh. Walaupun cuma rasa yang kakak ipar mama punya..macam nak minum lagi tapi untuk malam tu mama dah kenyang. So mama request untuk minum kat situ lagi sebelum balik..


inilah Faza Sea Food yang mama katakan.. ada air jagung special yang tersedap didunia, kata anak abang ipar mama. Lagipun bubur specialnya pun sedap jugak.. Tina suka..
mama pulak promote kedai ni ye..



Dari Faza Sea Food kami terus balik. Penat sangat dah. Tina pun dah mengantuk..tertido dalam kereta. Siannya anak mama...sampai rumah je mama terus tidokan Tina yang terjaga masa sampai tadi.. Tina tido je barulah mama mandi dan salinkan baju Tina, salinkan diaper dia, sapu minyak kat kaki, pakaikan stokin. Tina tidur lena sebab penat...mama pun sama. Sampai tak tengok mana abah tidur..

Berakhir hari pertama. Hari kedua di Snow World Genting Highland akan mama ceritakan pada post akan datang. Rilek la dulu..krem tangan menaip nih...tunggu ek..

4 comments:

Mummy Ryan said...

Enjoyed ur holiday....wah Mines Wonderland dah tutup yer...jika mama Sha tak cakap saya yg tinggal kat KL pun tak tahu..BTW thanks for the information...^-^

Anonymous said...

Sounds like a lot of fun! Seronok kan bawak budak2 pergi jalan2. Saya patutnya pergi Genting next week tp tukar plan huhu. Tunggu thn depan la pulak. Snow world kat Genting best tak ek? tak sabar tunggu Sha apdet hehe..

abah said...

lambat tol la mamaku nak update....cepat la...teringat2 syok dok dalam snow hehehehe.......best giler....!! rasa sama je mase kat aussie dulu kan mama!! hehehe

Lily@MamaZaraZareef said...

hee..mesti gmbar byk sgt smpai rase letih plak nak masukkan dlm blog kan..nway, sy pon br tau mines wonderland tu dh tutup. pernah gak main salji kat sana mase umur 14 tahun..hehe

umah salji kat genting plak, lom ade can masuk lagi. aritu ms pergi zara kecik lagi so mama terpaksa duduk kat luar ngan zara..huhu

pssst..dulu pernah ke aussie ker..huu..beshnyer..=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...