"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, March 28, 2010

Aktiviti Sewaktu Hujan..

Sejak awal minggu lagi abah memang sibuk memanjang. Pergi sekolah pagi.. dah nak maghrib baru sampai kat rumah. Banyak kerja katanya. Mama dengan Tina memang takde masalah tinggal berdua siang pun.. cuma kenkadang tu terasa gak takut. Maklumlah area jalan kami ni agak sunyi sikit siang hari. Semua orang kerja kan..

Dan dari awal minggu jugaklah..setiap petang akan hujan. Around pukul 3 macam tu..mula dah gelap.. dan kadang-kadang mama berkejar angkat kain kat penyidai luar. Yelah, bila basuh tuala ke seluar sekolah abah.. kena nak jemur kat luar. Kalau tak lambat kering. Walaupun selepas peristiwa hampir dipecah rumah tu, mama kureng sangat keluar siang hari waktu abah takde. Kalau keluar pun sekejap sangat la.. cuma sangkut baju yang dah siap hanger kat penyidai luar..tu je.Baju Tina dan undies..mama sidai kat dalam je..

Oh ye..lupa pulak nak citer, masa mama kemas-kemas bilik belakang pagi tadi mama terjumpa sticker deco yang beli dulu. Ada balance satu design roses belum dilekatkan. So, masa hujan petang tadi mama ajak Tina lekatkan sticker tu. Tina seronok sangat tau.. meniru cara mama menampal sticker tu.. tengoklah..






Lepas siap tampal tu.. mama pun suruh Tina posing. Nak ambik gambar dia ni memang sangat susah nak dapat pose yang cantik sebab dia ni suka sangat buat expression muka yang pelik-pelik. Nak dapat senyum yang ayu..aduhai tersangatlah mencabar keimanan..

Penat cakap.."Tina diri kat sana.. tengok mama..senyum.." Lebih 10 kali tak dapat gambar cantik.. ada saja aksi peliknya..

Akhirnya.. mama dapat pose ini..yang mama rasa tersangat cute..

Abaikan dinding belakang tu ye.. itu learning wall Tina tu. Tempat mama tampal segala jenis learning aid dia. Anyway..cantik jugak nampaknya wall tu bila dalam gambar..hehehe..puji hasil kerja sendiri..wahahaha...


Dan ini beberapa lagi pose sicomel mama..




Ha..dan yang ini pose muka pelik dia la ni..ada banyak..mama dah delete tadi..ni tinggal sekeping jek..


Mama terasa macam photographer pulak hari ni. Sampai malam tadi ni ha Tina masih ulang-ulang sebut.."senyum..senyum".. Hehehe... abah yang tak tau citer jadi pelik..hehehe...

Oh ye.. nak tengok apa lauk Tina makan tengahari tadi... hehehe..mama kan tak pandai masak. tapi mama tau masakan macam mana Tina suka..so.. mama masak itu untuk Tina hari ini. Berselera sungguh dia menghirup kuah sup sayur mama..

Dalam ada egg tofu, brocolli dengan carrot.Masak biasa-biasa je..yang penting..dengan cara yang sihat ok..

3 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

alahai..cerianya tina dlm gmbar tuh.mmg cute..!!=D

Diamilikku said...

biar simple yang penting masak....bukan macam su...asyik makan luar je..sungguh tak sihat..tu yang punca segala sakit kepala semua tuh...

Zaidah said...

cutenyer dia...yummy...zai memang suka masak sup macam tu...atau klu orang jawa kata masak bening...lazat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...