"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, March 23, 2010

Celebration ke?

Actually mama memang tak harapkan apa-apa untuk birthday kali ini. Almaklumlah keadaan kami yang masih tight budget ni tak mengizinkan untuk celebrate beriya-iya.. mama faham.. Tapi syukurlah sebab ada jugak la celebration tak rasmi ..

20hb.. kakak & abg ipar mama datang dari pontian ke rumah. So kami keluar makan beramai-ramai dekat jalan bentara, tun aminah. Yang ada cuma mummy azie & anak2, abg amy & kak yus serta mama, abah & tina je. Habis makan pun dah pukul 11 lebih. Barulah abah cakap kat semua yg esok adalah birthday mama..hahaha...jamuan tak rasmi pertama.

21hb, abah & mummy azie serta anak2 nak breakfast bersama. Mama tak nak ikut sebab malam tu mama tak boleh tidur. Pukul 5 pagi baru lelap.. tapi pukul 8 abah kejut bagitau mummy azie & kaka Lina ajak breakfast sama.. nak belanja birthday mom sarapan! Dengan toyanya mama ikut gak. Tapi tak boleh breakfast banyak sebab pening kepala..mama ngantuk sebenarnya so sebab tahan mengantuk..kepala jadi pening.

Habis breakfast kami jalan-jalan sekejap kat pasar pagi.. taman u..

Balik dari breakfast, mama mandi sekali lagi..basuh rambut..terasa segar..Lepas mama mandi abah bagi mama sesuatu. Ingat kan apa..rupanya hadiah birthday..sandal crocs..Thank you yang!

Ini birthday present dari abah & tina untuk mama.. cantik & cute sgt bila pakai

Then kami gerak ke pontian pulak..nak tengok baby aisya (baby jihan & poji yang baru lahir). Kami sampai sana dah tengahari.. dapat makan tengahari percuma okeh..sedap lauk..thank you makcik & bak lan..

Lepas tu kami gerak ke rumah abg amy & kak yus.. mama lom pernah singgah rumah sewa diorang pun..so singgah tengok2.. siap makan tebu la..goreng pisang la..nugget la..keropok la..kuih siput goreng la.. isy..macam-macam..

Pukul 5 petang kami gerak ke Setia Eco Garden nak tengok rumah abg amy & kak yus yang baru jek dapat kunci 13hb lepas. Cantik sangat surrounding setia eco tu..

Pukul 9 mlm kami sampai kat rumah.. mama dah sangat penat..tina pun penat..siap dah mengaruk2 dalam kereta sebab tak cukup tido. Mama mandi.. tina mandi..sapu minyak yuyi..pakaikan tina baju tidur.. pukul 11 malam tina dah lelap..abah pun..hehehe...mama juga rupa-rupanya...

Hehehe... layan gambar crocs Tina & abah ek..

Abah belikan Tina jugak sandal crocs.. button hello kitty dia mama lupa pasang masa ambik gambar..



Untuk diri sendiri.. abah punya crocs.. susah tau nak cari saiz sandal & kasut abah.. hanya brand yang mahal2 sahaja ada..pergh... pitam mama kalau mencari kasut abah..


Apapun..terima kasih pada semua yg wish..kat facebook ramai sgt wish..tak tertaip kat sini. Untuk abah & Tina.. I LOVE U!!

3 comments:

Lelord said...

huhuhu grob pakai size pe? hubby aku size 11...kalau nak cr belt pn susah.

Zaidah said...

comelnyer kasut tina...selamat hari ulang tahun...semoga panjang umur n murah rezeki...

@>--ummi zahra--<@ said...

hepi besday..cantik kasut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...