"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, May 29, 2011

Hadiah Star Letter Dari Drypers Dah Sampai..Uiiii..Banyaknya Kotak..

Just to share gambar dengan semua org..

a token of appreciation from drypers..



















Mamat skynet tu cakap ada 4 kotak mama sangat terkejut.. huhu sekali tengok memang betul la..dia turunkan 4 kotak.

All 4 boxes consists of :

Drypantz M44 - 8 packs x 3 box
Drypantz M44 x 2 packs
1 sticker book
1 story book
1 hand puppet (cow)
1 cute frame

Which is..hand puppet tu mama dah isi dalam dia so dia jadi plush toys utk Tina..she likes it very much


Thank You So Much Drypers!
Wanna contribute more in the future!

we're Away

Just a short post la ye..

Mama, Abah & Tina nak bercuti ke KL

Mungkin sehingga hari jumaat nanti

So..blog akan sunyi sepi seketika lah ye..

Jumpa lagi!

Lela Lelord Birthday!

Entri ringkas jek ni..

Just to wish.. kawan mama yang jauh nun di Qatar sana..

Norlela Ali..

Happy Birthday Lord..

Semoga family kecilmu sentiasa dilindungi Allah..semoga lelord tabah mengharungi hari2 mendatang ye..

Incik darling kasi adiah pe tu?

hehe..

Saturday, May 28, 2011

Friday, May 27, 2011

Kalau Datang Sini.. Mesti Tak Miss Punyalah..


Mana ni? Jusco Taman Universiti la..


Kalau singgah lah kat JJTU ni.. mesti takkan pulang tanpa beli ini..





Papparoti






Ni gambar si montel bersandar kat seat belakang..makan papparoti


Kami bertiga jek kan..kalau beli paparoti mesti beli a least 4 biji. Kalau beli 3 biji jek..nanti abah & Tina akan berebut..Mama jek..makan sebiji pun tak leh habis..


Percayakah anda..Tina boleh makan habis sebiji papparoti sekali hadap jek..huhu..patut la dia montel kan..

Tuesday, May 24, 2011

Ahli Baru?

Suspen?
Mama pun suspen jugak apa..
Tak bagi salam..tetiba jek dah ada..


Jangan la salah sangka korang..mama citer pasal ahli baru yang menyewa kat porch sana tu..
Tak lama pas menyepah-nyepahkan sampah bahan binaan rumah..tup..tup
eh!! siap dah..

Nak tengok..


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v











Huh..burung kelicap la..
hehehe..


Dah 2 3 hari mama perasan rupanya dia tido dalam sarang tu jugak
even kitaorg kuo rumah petang ke mlm ke..lalu lalang bwh sarang dia..dia steady jek dok diam dengan kepala & paruh terjangol keluar


Moga rezeki dirumah ini bertambah murah..

Aritu burung ni juga..berumah di pokok gantung depan tingkap masterbed..
kali ni berumah kat wayar lampu kelip2..depan tingkap living room
jangan esok2 tengok dah rentung dek wayar lampu yang short jek dah la..


Duduklah dengan senang disana ye..doakan penghuni rumah ini sihat & murah rezekinya.



p/s: kata org tua2..kalau burung2 sudi nak buat sarang kat rumah kita..rumah kita sejuk..ada rezeki nak datang. Mama harap2 rezeki nak tambah ahli baru la tu..hihi..wallahuaklam..


Sunday, May 22, 2011

Hadiah GA Dari RedJambu!


Seperti yang mama janjikan.. inilah dia hadiah GA dari RedJambu yang jadi pilihan mama..

Idaman hatiku!!

Dah cuba pakai pun..

hmmm...segarnya rasa..

Friday, May 20, 2011

Sabar Ye Mama..

Mama kan memang tabah..

Mama memang kuat semangat kan..?

Setiap ujian & dugaan tu ada hikmahnya

Aturan Allah itu memang indah untuk setiap hambanya

Bersabarlah


Walau dihati sedih

Tapi wajah harus selalu tersenyum



Sabar ye Mama.. Rezeki Allah untuk Mama dah tertulis..

Mama hanya perlu usaha lagi.. doa lagi..




p/s - sori ek kengkawan.. mood sedih sket..

Thursday, May 19, 2011

Sapa Nak FM dari Kuching,Sarawak???


Dipagi yang terang..ternampak ada org nak bagi FM dari sarawak.. hoho tak mungkin dilepaskan..

Jom join..

Nak join just klik banner jek ok..

Mama Dapat Anak Saudara Baru ... Girl Lagi!


Hoho.. Alhamdulillah

Adik ipar mama yang kata doktor mustahil mengandung seumur hidup tu dah pun bersalin anak ke-2

So, mama dapat anak saudara girl sorang lagi

Anak 1st dorang pun girl jugak kan.. setahun tua dari Tina jek


So

Baby ni.. Nama dia kalau tak silap mama la..

NUR IZZAH ZAHIRAH BINTI NORAZLI

Berat Lahir : 3.35kg

Lahir Pada : 14 Mei 2011


Comel kan..pipi dia tembam kan..hehe..

Bila la nak gi Bagan Serai tengok baby baru nih..aih..

Wednesday, May 18, 2011

KeLaut La..

Nak bagitau nih..

lately ni mood nak berblogging agak kesana kemari

Otak macam penat

badan macam selalu keletihan

mungkin sebab tina tak berapa nak sihat

dia dah 2 minggu batuk selsema + alahan

cuaca memburukkan keadaan dia


Mama pun entah kenapa la..

bukak blog tiap2 hari tapi takde hati nak buat post baru

walhal gambar berlambak2 lom masuk post

haih..pehal la ni..



Mama pun sebenarnya rindu kat mak abah mama la..

itu sebenarnya

buat apa pun takde semangat



Korang..

kalau mama ada hati nanti mama buat post baru ek




Dua insan tersayang mama..sayang abah..sayang kakak.. :)

Monday, May 16, 2011

Apa Keje Dia Ni?



Hehehe.. apa komen anda? :))

Thursday, May 12, 2011

Murah Tapi Berkesan .. Itulah.. Cocoa Collagen Power Plus ( CCPP )

Okeh..2nd produk yang mama nak kongsi dengan korang adalah..
Cocoa Collagen Power Plus ( CCPP )






close up sket .. rupa ccpp bila sudah dibancuh



close up.. rupa didalam kotak. sachet berwarna gold.. 10 sachet dalam 1 kotak







Harga 1 set = 3 kotak = 1 sachet sehari = sebulan penggunaan

Hanya RM60 (termasuk poslaju)





KEBAIKAN DAN KHASIAT COCOA COLLAGEN POWER PLUS:

♥Membantu mengimbangi hormon

♥Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut

♥Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit

♥Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung

♥Melambatkan proses penuaan

♥Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri

♥Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah

♥Mencerahkan kulit secara semulajadi

♥Memberikan tenaga

♥Membantu mengurangkan keguguran rambut

♥Melancarkan peredaran darah dalam badan

♥Mengimbangi berat badan

♥Meningkatkan daya penghadaman

♥Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

♥Melawaskan pembuangan air kecil dan besar.



SESUAI DIMINUM UNTUK::

♥Wanita yang sudah mahupun belum berkahwin.

♥Ibu-ibu selepas bersalin ( amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman) *cepat kecut

♥Wanita yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman

♥Wanita yang mementingkan Kesihatan

**Dilarang sama sekali buat wanita yang mengandung dan kaum lelaki.




CARA PENGAMBILAN

- Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.

- Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam.

- Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang

- Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya.




Untuk menambahkan berat badan :-

Minum 1 sachet CCPP sejurus lepas makan tengahari dan malam

Yang nak menten kg, suka saya ingatkan ambil CCPP sebelum sarapan atau sebelum meal …





Maklumbalas Pengguna Selepas Mencuba CCPP

Minggu Pertama : Badan lebih bertenaga & cergas, kulit muka yang kering menjadi lembab & pengecutan jerawat, tumit kaki yg pecah kembali pulih, denyutan di payudara, susu badan bertambah (bagi ibu yg menyusukan anak).

Minggu Kedua : Kulit muka menjadi kemerahan & berseri, payudara lebih tegang, terletak & bulat, susuk tubuh lebih kemas & tidak menggelebeh

Minggu Ketiga : Berat badan berkurangan (bagi pengguna jenis gemuk air), wajah kelihatan lebih muda & kulit lebih anjal, faraj lebih ketat & rapat.


************************************************

Cerita Mama :

Mama dah mencuba CCPP ni sejak tahun lepas lagi. Mama mempunyai masalah dengan kulit dibahagian kaki yang extraordinary kering hingga boleh dikopek2 bagai. Tumit pun mengalahkan mak mama yang dulu keje kat ladang kelapa sawit. Memang sungguh memalukan. Ramai sangat orang tegur. Especially sedara2 dekat. Even SIl mama pun tau masalah ni lepas mama tunjukkan kaki.

Bukannya mama ni pemalas giler sampai tak pernah umonya letak lotion ke..baby oil ke..minyak zaitun ke..tapi hampeh korang. Bertahan waktu letak tu je la..pastu balik kepada asal.

Waktu pindah rumah dulu mama ingat mama alah dengan simen rumah. yela..umah baru kan..tapi bila keadaan bertambah kronik mama mula risau. Apa taknya lepas pindah rumah jek, kulit kaki jadi mcm plastik..kesat & sungguh tak cantik..sedih tau..

Suatu hari mama terbaca tentang CCPP. Sebab harganya murah dari minuman berkolagen biasa dipasaran, mama nekad mencuba. Niat hati..dapat pulihkan kulit kaki pun ok la..malu ai tau..kalau tak ok..mama akan stop setakat 1 set je la..

1 set ni ada 3 kotak asing2 tau. So mama bukak 1st kotak. Minum seperti disarankan. HOHO..pada hari ke-6 kulit kaki menampakkan perubahan ketara. Moist & nampak lembap jek walau tanpa lotion.Dalam hati kata..ini sudah bagus.. so mama continue..

Habis kotak ke-2 mama rasa puan 'B' terasa berdenyut2.. rasa penuh gitu. Tak tau nak describe camner..but feel ok la..rasa puan 'B' mama tu cantik & firm.. huhu..malu nak citer bab ni..kira puashatilah..

So, habis set pertama.. sedikit sebanyak khasiat yang dinyatakan mama dah rasa. Memang produk ni murah jek tapi ia berkesan..untuk mama la. Mungkin memang serasi kan..

So skrg tak yah risau pasal kulit lagi. Takde la maknanya tak letak lotion dah..kalau ingat letak..kalau lupa..tak le..kulit tak sekering dulu.. huhu suka..

Tapi part kulit tu mama memang suka.. tak tipu..serius..tuhan marah tau kalau tipu. Mama pun tak mo la nak biz dengan pengalaman org lain. So mama try dah.. abah pun tau mama try CCPP ni.

Kawan-kawan lain yang menyusukan baby kata.. CCPP ni membantu menambah susu badan. Ini mama lom tau. Takdo baby..camno nak rasa. So mama dah suruh kengkawan terdekat yang ada baby mencuba.. baru lagi.. tapi kawan2 jauh dah lama gak bercakap hal ni..

So sekarang ni mama share pengalaman ini dengan korang2 semua yang baca blog mama. Bukan niat nak melariskan tapi ini pengalaman benar mama. Kalau korang ada masalah yang sama..mungkin korang boleh baca banyak2 kali.. korang leh tanya mama pasal ni..no hal. And kalau nak cuba.. mama ada jual

Harga dia mama dah tulis kat atas sana. Actually 1 set mama jual hanya RM50 sahaja. RM10 tu postagenya. Mama guna poslaju. Cepat & selamat. CCPP ni 1 set beratnya hampir 1.2kg..sebab tu poslajunya mahal sikit. Kang kalau dekat seminggu baru sampai ada yg bising plak kang..lambat sgt..hihi

Ok lah..kalau ada yang berminat boleh komen kat box ataupun email mama kat shasham3932@yahoo.com.my
FB : Nor'Aisah Abdan


p/s: gambar-gambar adalah hakmilik mama sebab mama snap sendiri. Mama pun memang minum kan ccpp ni..so takyah pinjam gambar orang lain.. :) original dari hp cap kucing mengiau kelaparan




Wednesday, May 11, 2011

Aktiviti Tuan Kolam Dan Anak Dia..

Ini la aktiviti dua beranak ni hari ahad last week tu. Kami pun takde plan nak kemana.. so abah ajak sauk ikan talapia hitam yang sangat subur membiak dalam kolam.. Tapi mama tak masuk kolam la. Mama dok luar je dengan Tina. Kolam ni agak licin kan dalamnya.. so mama ambik peluang melawat pasu-pasuan sekelian. Buang daun2 kering, rumput rampai. Pasu yang dah mati penghuninya..mama ganti pokok baru..




Ini gambar anak tuan kolam. Tuan kolam tu tak sedar tu mama ambik gambar ni. Muntot dia mama dah tutup dengan siput comel tu..hihi..anak tuan kolam ni sangat sibuk suh amik gambar dia tau...








Ini la tuan kolam yang budiman tu..oops terseksi sket. Takpelah..tengah wat keje kan..







Ini salah seekor talapia hitam terbesar yang duduk dalam kolam tu. Ada lagi tapi tak dapat nak sauk sebab kolamnya agak besar. Banyak tempat ikan leh lari & sembunyi.. anak-anak dia yang besar 2 dan 3 jari kusssmangat..tak tersauk korang..






Tu dia tengah nak buat pusingan u.. hihi..dia punya menghempas2 bila dimasukkan dalam tong ikan ni..haih..mama pun basah. Ni snap dengan berhati2. Takut2 dia tetiba menghempas badan..ha..cedera pulak hp cap kucing mengiau kelaparan ni kang..huhu







Nampakkan? Makhluk yang kecik2 comel2 tu..ha..beberapa ekor ikan talapia hitam yang disauk telah bertindak melepaskan anak didalam mulutnya..sib baik dia lepas dalam tong ni.. banyak sangat.. tu pasal la populasi dia meningkat mendadak dalam kolam kepunyaaan tuan kolam nih.. tak terjaga dah..




Hehe..tu la serba sedikit hal aktiviti ahad lepas. Lepas kami hantar ikan2 ni balik kerumah MIL, kami pun gerak ke Kg. Parit Baru Pontian.. saja2 jalan2..lama tak balik rumah MIL yang kat kg..

Nyaman jek dok kg..tapi hari sungguh panazz..tak kisahlah..yang penting hepi!

Tuesday, May 10, 2011

Seperti DiJanjikan : Gambar Tina Dalam Parenting Circle Drypers & 3 STAR LETTER Lagi..

Ingat lagi tak pasal phone conversation dengan Drypers psl dorang nak guna gambar Tina dalam "parenting Circle" baru diorang? Ala..entri dia kat SINI

Dan seperti mama janjikan, akan buat post pasal itu bila copy PC mama dah sampai kan? Ha..PC nya dah sampai dah last week.

Kat bwh ni la gambar Tina dalam PC tu. Gambar ni diletak betul2 kat bawah respond mama yang berjaya dapat "star letter".. hehe happy sangat tau. Kali ni mama dapat 3 star letter lagi. Hmm..banyak la hadiah bakal menjengah pintu rumah..suka la Tina



Gambar Tina dengan meja tulis dia..baru siapkan susun ABC block.. harap maaf..gambar disnap guna hp cap kucing mengiau kelaparan..so agak blur sket..



Gambar ni sebenarnya dipilih daripada blog mama. Gambar Tina tu kat entri INI..
Macam mana boleh terpilih??? Entahlah Mama pun tak tau korang. Rezeki kot.. :), walau macam mana pun mama bersyukur sangat2.. seronok korang tengok gambar anak kita dalam newsletter.. hihi






Gambar yang atas ni pulak adalah Parenting Circle Drypers yang berwajah baru. Cantik & menarik sangat kan.. Kalau dulu kat bahagian depan sekali ni ada petikan kata2 para ibu bapa pengguna yang terpilih tapi kali ni kat depan sekali ni penuh dengan info tentang peraduan-peraduan yang dianjurkan drypers bukan hanya di Malaysia Tapi juga di Singapura.

Terdapat juga info tentang hadiah sampingan bagi yang membeli produk drypers. Contohnya, kali ni bagi pembelian Drypantz, pembeli akan dapat buku aktiviti berserta stensil sebagai hadiah.. menarik kan..

Juga untuk PC tahun ini diwujudkan sudut kreatif dimana para ibu bapa boleh menghantar idea kreatif masakan mereka untuk dikongsikan bersama ibu bapa yang lain. Bagi PC kali ini idea membentuk roti menggunakan acuan yang menarik dipaparkan.. memang sangat menarik korang. Cantik sungguh roti dia..comel jek.. anak2 mesti suka & teruja nak makan.. :) idea yang sangat bagus.. mesti ramai yang nak tau kan?

Kalau korang yang tak dapat PC nak tau..korang komen kat bawah post mama ni..nanti mama usahakan untuk buat satu post mengenai sudut tu kat blog..

Ok la korang, mama tengah happy2 nak tunggu hadiah dari Drypers ni. Sambil2 baca PC baru..& nak cari idea untuk respond untuk keluaran PC yang akan datang pulak. Kalau terpilih lagi ..nnt boleh dapat hadiah lagi.. :)

Oh ye.. Terima kasih diucapkan kepada team parenting circle drypers kerana sudi memilih & menepekkan gambar Tina yang comel tu dalam pc mereka. Mama, Tina & Abah sangat menghargainya.. Kalau ada berkenan gambar Tina & nak tepek lagi..hoho mama no hal.. suka jek!

Senyum & Tungu lori skynet hon hantar hadiah
*wink*wink*

Monday, May 9, 2011

Mama Menang GA RedJambu.. Alhamdulillah

Bulan lepas mama ada wat post tentang GA nih..

kat SINI

Dan hari ini mama tengok kat wall RedJambu..dah announce pemenang GA

Alhamdulillah..nama mama salah seorang darinya

N3 announce pemenang tu di SINI



Terima kasih sangat kepada kawan-kawan yang undi. Yang terpaksa undi pun terima kasih banyak ye.. sayang korang semua..

Memang teringin sangat nak salah satu hadiah GA tu.. dengan bantuan undi korang2 semua mama berjaya dapatkan satu..wallah.. seronoknya..

Mama dah emailkan details tadi..sok hadiah sampai mama wat post lagi ek..


Dan kepada yang belum tengok2 lagi RedJambu ni jual apa..korang gi lawat blog tu..tak pun korang taip jek "Redjambu" kat FB..mesti jumpa punya..korang mesti teruja punyalah tengok barang2 dia..!!

Terima kasih Siti & Redjambu!!!

Saturday, May 7, 2011

Kami..@ Sutera Mall..Jalan-Jalan


ada-ada saja 2 beranak ni..comei plak rasanya gambar ni..





i love u mama..





si montel mama yang comel





sukanya dia.. senang hati dapat jalan2..

Friday, May 6, 2011

Ini Entri Rindu Mama & Tina

Siyes..
Rindu sangat dengan abah & mak
Tina pun rindu sangat dengan mak & atuk

tiap2 hari sebut
"Tina nak pegi rumah zulaikha..Tina nak cari mak.."

kalaulah korang..camner korang rasa?
Mama rasa mata ni bergenang air jek setiap kali Tina menyebut..

Dia sangat rindu..
Tapi apa mama boleh buat sayang..
Perak tu bukannya dekat..




Gambar pengubat rindu kami..latest pic malam sebelum mak & abah aik bas ke perak..

Thursday, May 5, 2011

Kek Muffin Versi Mama..


Niat nak membaking tu dah lama ada
memandangkan serba serbi tak lengkap ..maka dipendamkan sajalah
tapi.. akhirnya peluang datang

dia punya kelam kabut mcm nak buat rumah sebijik hihihi..

Ok ok..ni resepi kek muffin ni. Jumpa dalam Majalah Mingguan Wanita..

Bahan-Bahan :
350gm Mentega
250gm gula kastor
450gm Tepung Gandum
50gm Tepung Jagung
200gm susu segar ( takde..ganti dgn susu Tina jek huahuahua)
15gm Serbuk Penaik
2 Biji Telur
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. pukul telur bersama mentega hingga sebati
2. Masukkan telur berserta susu segar sedikit demi sedikit. Kacau rasa
3. Masukkan esen vanilla dan terakhir 2 jenis tepung
4. Masukkan dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 160 darjah celsius hingga masak

ha..gitu le..
mama ikut jek sebijik2..susu jek mama ubah sebab tak perasan susu segarnya abah dah lesapkan..huhu

At least jadi la kan korang..puas la hati mama..
pasni harap2 apat cuba benda2 lain pulak..
( :)

Bila Abah Gaji .. :)

Huhu..tajuk..
memangla bila abah gaji kan..takkan la bila mama gaji plak?
gaji turun dari mana plak tu..

takde mama nak citer
"Bila abah gaji" je Tina mula la memujuk nak pegi jalan kedai buku..
katanya nak beli buku ipin..yang ada A-Y-A-M tu..

Tapi mungkir janji..
tengok lah koleksi buku dia utk bulan ini sahaja..





ini buku wajib kalau korang nak tau.. pastu dia tau pulak tu kalau edisi yang dah dibeli wpun tak pandai baca..nnt dia akan cakap.." ini kakak dah ada".. huhu




ini mama yang pilih. konon2 nak ajar suku kata la pulak..eja yang senang2 jek dulu. Macam ejaan DORA..UPIN..ha..gitu le lebih kurang.. :)




ini pun mama yang pilih..tak pernah jumpa buku mcm ni..kalau nak tau..buku ni tokey kedai bg free jek kat Tina..rugi tak amik..so amik je k la..








ini hasil dari popular.. rm6.99 kalau tak silap..







Last but not least..gambar tuan punya buku yang happy semacam sebab dapat buku idaman. Semua nak buat sendiri..nak bayar sendiri..nak bawak sendiri..dalam kete pun tak bg mama pegangkan..nak pegang sendiri..

hmm..montel..montel..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...