"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, December 31, 2013

Oyster Mushroom Journey - Masalah Kulat Kuning Pada Bongkah 1

Tak syoklah menimba ilmu baru kalau tak de apa masalah kan. Ada masalah barulah kita akan belajar lebih.. sama lah juga dengan tanam oyster mushroom ni. Ada masalah dia yang tersendiri jugak contohnya.. kulat kuning


Tengok macam ni pun nampak kan.. bongkah 1 tu lain dari bungkah lain.. so mama cepat-cepat snap gambar & PM pada Wan Ara..

Close up

Nampak? 

Ok.. itu bukan masalah besar pun. Wan Ara suruh mama korek keluarkan seketul benda yang kuning-kuning tu.. tinggalkan medium coklat sahaja. Insya Allah tak ada apa-apa katanya.. itu biasa

Bila mama tanya.. nanti boleh ke tumbuh cendawan? biji-bijinya kita dah korek keluarkan? Haha.. mesti korang yang dah tau akan gelak.. kihkihkih..sendiri pun nak gelak jugak

Kata Wan Ara, 
"Biji2 tu medium dia ja..benih dia sebenarnya spora.. Mungkin dlm kotak sebelum ni dia nk tumbuh tp xdak air..or ada anasir2 lain.. Xpa korek buang bg tinggal tanah koko.. Kita tgk kuaq ke x cendawan.."

Adoi..kahkahkah kenapa la tak terfikir macam tu. Mati-mati idup ingatkan biji-biji coklat tu benih dia korang.. sian betul kihkihkih

spora rupanya biji benih dia.. ingat tau korang.. spora.. :)

Ni rupa bila mama dah korek keluarkan apa yang kene buang tu..


Biji-biji yang ada kat mulut bongkah ni masa dikorek tu sudah pun benyek..lembik..boleh picit. sebelum ni keras..

Okeh.. settle disitu. Kita tunggu dia kuar cendawan ke dok.. 

Bila buat benda baru macam ni..mama nasihatkan rajin-rajinlah berhubung dengan orang yang betul. Macam mama..memang akan update apa perkembangan bongkah-bongkah cendawan mama dengan Wan Ara.. snap gambar tunjuk kat dia. So that apa-apa pun dia boleh tengok progress bongkah yang ada kat kita kan.. 

Ok..kita tunggu apa cerita bongkah lain ye..
Seronok sangat korang.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...