"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, December 5, 2013

Sebuah Perjalanan.. Satu Hajat..

Mama bagitau kan kat FB masa bercuti ke Bagan Serai aritu yang kami nak ke Penang.. So.. actually perjalanan ke Penang ni adalah rahsia kepada abah kami.. sebab last visit kami ke sini abah ada menyatakan hasrat nak naik feri ke Penang.. Tapi disebabkan bila dah dicerita dia takut..maka setahun dua ni hasrat tu dia pendamkan..

Kami merancang nak bawa dia naik feri ke Penang..
Dan dia langsung tak tau hal tu.. hihi

Adik balik duty jam 3 petang.. kami dah bersiap.. terus gerak ke Penang.. & abah masih tak tahu hal tu..

Dalam kereta adik (abah naik dengan adik).. abah macam bertanya2 dan mencuri2 dengar perbualan tapi masih tak dapat tangkap ke mana tujuan kami..hihi


Ni masa dah dekat dengan port..
Disinilah baru abah tau yang kami nak bawa dia naik feri.. hihi dah tak boleh mengelak dah..


Oh ho..panjangnya barisan :)

Mendekat..

Kadar bayaran..
Beratur sebijik kat tol jugak :)
 
Menunggu hampir setengah jam lebih jugak nak lepas tol port nih.. pastu lebih kurang setengah jam jugak menunggu giliran naik ke feri..
 
Malangnya kereta kami terpisah feri.. kereta adik dah naik dulu manakala kami tertinggal dibelakang..huhu..
 
Tapi tak lama sangat.. kami pun selamat naik feri jugak..
mama pun excited sama.. almaklum..tak pernah..
dulu gi pangkor naik feri orang..bukan feri kereta..
sebaik sahaja feri bergerak.. mama keluar kereta bila tengok orang dah mula keluar.. ajak Tina & mak keluar tengok laut..
 
 
Ada orang buat2 tido.. menahan nak ke toilet..
hihi.. tengok orang semua naik atas..mama ajak mak & Tina naik atas jugak..
Rupanya kat atas ada toilet da.. hihi

Layan gambar eh..


Jambatan pulau pinang





Ala2 titanic tak? hihi








Mendekati port.. petugas dah bukak penghadang yang betul-betul tak sampai 10 langkah dari kereta kami. Ye..kami paling depan..huhu..

Seram lah juga kan..kot meluncur je kereta tu masuk dalam laut kang.. tak ke naya. dah la masing2 semua dah masuk kereta masa tu..






Kami teruskan perjalanan..
hajat nak bawak abah tengok kapal terbang naik di Bayan lepas..





Tapi sesampai disana..kapal terbang baru je berlepas.. huhu.. jadi kami tukar haluan ke QueensBay..

Kebetulan ada bazar.. kami singgah isi perut. Sambil menyaksikan kapal terbang yang baru berlepas lalu diatas kepala :)
 
Di depan QueensBay Mall tu.. seberang laut.. adik kata itulah Pulau Jerjak.. ooo lawo pulau dia. Mama membayangkan pulau tu tak semenggah rupa.. bukannya jauh pun tapi memang tak leh nak seberang lah ke sana..
 


Siap  makan-makan dah maghrib.. tapi menjelang isyak juga baru kami sampai di jambatan pulau pinang..



Pemandangan malam sangat cantik. How i wish dapat turun & snap cantik2 gambar. tapi apakan daya... snap dari dalam kereta je lah yang termampu..

Kami sampai dirumah dalam pukul 10 malam.. abah masih bercerita tentang feri tadi ;)

Penang ada banyak scenery yang cantik2.. apakan daya.. tak mampu nak jalan kaki dan snap disebabkan kekangan masa..

Kami mengejar masa sebab adik kembali masuk duty jam 11 malam tu..tapi puashati dapat menunaikan hasrat abah..

A big clap buat proton waja kesayangan yang berusia belasan tahun.. mampu mendaki dari selatan ke utara. Bukan mudah membuat keputusan membuat sebuah perjalanan beratus KM dengannya.. tapi sungguh2 bersyukur..kami selamat bersamanya..

Dalam hati tak henti berdoa Robbi Yassir Wala Tuassir..... minta segala urusan sepanjang percutian dipermudahkan..dan alhamdulillah..memanglah ada sedikit masalah tapi jalan keluarnya dipermudahkan Allah.. 

Semoga ada lagi ruang untuk kami berkumpul bagai dulu kala..

Ya Allah.. Permudahkanlah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...