"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, December 25, 2013

Percubaan Menanam Cendawan Tiram @ Oyster Mushroom - Part 01

Memang dah lama dah menyimpan hasrat nak mencuba tanam cendawan. Tapi mama tak pernah berjumpa dengan orang yang menjual bongkah siap dengan benihnya sekali tu. Tak tau mana nak cari.

Few days ago, mama macam biasa melilau-lilau kat dalam FB.. kat group-group fevret mama la kan.. One of it adalah Group Suri Suka Tanam Pokok Bunga, Sayur ( SSTPBS). Biasalah group ni banyak bincang pasal tanam menanam bukan hanya bunga, malah sayur, ulam, cara tanam, tanah, baja, even dalam tu pun ada seller-seller yang sudi membantu para suri rumah yang rajin sekelian ni mendapatkan pokok atau benih yang dihajati. Kadang-kadang yang bestnya boleh barter trade pokok la..benih la.. best sangat group ni. Open discussion tentang gardening

So ternampaklah post daripada salah seorang ahli group bernama Wan Ara, dia post pasal oyster mushroom. Ada gambar lagi ha.. rupanya dia memang menanam oyster mushroom ni.. Jadi mama pun Pm dia..tanya kot-kot dia boleh bantu dapatkan bongkah tu.. weeehaaa.. 

Bila dia dah balas PM.. harga & courier cost semua dah tetap, maka mama pun settlekan pembayaran bagailah kan after dia kurierkan bongkah cendawan tu.. by skynet sebab nak cepat sampai. Lambat kang takut cendawan tumbuh dalam kotak plak hihihi..


ini rupa kotaknya.. kurier by skynet ye..
Jom bukak kotak :)

ini rupa didalam..
owh okeh.. mari betulkan bongkah tu ye..

see.. dah tegak..
Nak lagi close up..

Wan Ara siap balut dengan lapisan kapas & surat khabar..cap bongkah semua dia balut surat khabar & ikat dengan getah..

My Oyster Mushroom model.. sama naik dia punya sibuk setiap kali mama dapat parcel termasuklah yang ini. Dialah yang bersusah payah bukak kotak. Mama biarkan je..

Owh ok.. sampai je kotak ni mama terus PM Wan Ara.. inform dia yang parcel sampai dengan selamat. Sebab nanti dia akan beri instruction selanjutnya. Al maklum penanam cendawan junior gitu..hihi

Nanti mama sambung post lain ye tentang langkah pertama nak uruskan bongkah cendawan ni..

Tunggu tau :)

1 comment:

Unknown said...

Saya pun dh lama jga nak bljar n macam mana nak dapat bibit cendawan ni. Sebab suhu di kg saya tu sjuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...