"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, December 14, 2013

Pati Ikan Haruan Harwany

Kalau dulu rasanya yang popular jenama Polleney kan.. sekarang ni dah maju.. ada Harwany pulak..


Abah belikan untuk mama minum.. sebagai ubat kala berpantang sekarang ni. We never know yang didalam itu apa khabarnya disana kan.. scan memang nampak elok-elok saja. Tapi dah namanya keguguran, kena lah ambil ubat untuk merawat dalaman. pati ikan haruan ni mama memang biasa minum waktu berpantang keguguran.. biasa ek? Ececeh..biasalah juga.. dugaan hidupku ini..

Khasiat pati haruan ni antaranya :

  • Asid Amino untuk merawat ulser dalam perut
  • Asid Arakidonik untuk perkembangan & pertumbuhan sel baru
  • Asid Oleik & Linolik tak tepu (lendir) adalah komponen utama lipid sepenuhnya
  • Asid Aspartik & Glutamik (Gllain) penting untuk pembentukan semula dan penyembuhan luka
  • Kolagen untuk membantu kecantikan kulit serta anti kedut.


Satu pek dalam dia ada 6 botol.. 1 botol free.. erkkk..
Bukan kecik tau botol dia..beso tu..

Tapi demi kesihatan.. mama telan juga..
Nak sihat..
nak sihat
nak sihat..

Sihatkanlah tubuh badanku ini Ya Allah.. sembuhkanlah segala didalam sana.. agar cepat boleh mengandung semula.. amin..

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Salam takziah..hu..
Aduiii kena telan pati ikan, rasa hanyir tak?..
Demi kesihatan dalaman kan... kena la jugak.. tcare..

Sha@Mama TinaAzra said...

Mama Lieyna.. hanyir..masin..loya..hukhuk semua ada. tapi nak sihat..nak cepat elok.. telan je la hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...