"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, April 22, 2014

Pencarian Mee Bandung Yang Sedap Di Skudai - Terjah Lubuk Selera..

Nak makan mee bandung dah lama dah.. sejak sebelum gi Cameron Highlands aritu lagi. Ingatkan hari balik tu sempat lah nak menjamu selera Mee Bandung Muar.. aihh.. sampai ayer keroh dah 6.30 petang.. terus je balik kan masa tu..

Akhirnya semalam.. berbunyi dengan abah.. " meh la gi cari mee bandung.." miahahaha..pujuk nih.. so lepas maghrib abah gugel jap.. jumpa ..kat Lubuk Selera katanya ada yang sedap. Kata abah.. jom try yang dekat dulu. Tak jauh sangat ni.. :)

So, kami gi lah.. LUBUK SELERA ni dekat area pintu gerbang nak ke Giant Pulai. Belah kanan ye dari AEON Jusco Taman U. Sebesar-besar tidak signboard dia :) mesti nampak punya.

Sebelum turun kereta abah cakap..kalau takde kang caner? So mama cakap lah.. tanya dulu.. jangan duduk dulu.. hihihi boleh gitu..

Kami masuk restoran & tanya dulu.. katanya ada..baru kami cari table..

Order mee bandung 2, roti canai telur 1, carrot susu 1, ais kosong 2, sirap laici 1..

Jeng..jeng..jeng..
Meh tengok Mee Bandung Lubuk Selera..


Ini rupanya.. eppp jangan judge dulu.. ikut  cara kak Seri Kandi Tanah Jauhar.. rasa dulu kuah..
hmmm.. not bad.. sedap.. cukup pekat..cukup rasa..
ha.. so meh snap gambar dia..

Bila dah gaul.. nak tengok apa ada kat dalam.. taraaa... rupanya sangat menyelerakan ok..


Telur sebiji kuning tak keras sangat, daging banyak, sayur banyak.. cuma udang je tak nampak.. tapi takpe.. daging dia banyak dah..

Lepaskan niat nak makan.. alhamdulillah memenuhi selera.. 

Total up yang kami makan malam tadi RM22.60.. ok lah.. takde la mahal sangat. 

Kalau korang rasa nak makan mee bandung kat skudai ni tapi tak nak gi jauh.. Lubuk Selera boleh jadi pilihan..

Pasni nak hunt menu apa plak?? hihi

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wawawawawawa.. petang ni nak singgahhhhhhhh!!!

Sha@Mama TinaAzra said...

hihi.. harussss!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...