"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, March 18, 2015

Di Tepian Sungai Semangar..

Cuti sekolah kali ini tak dapat nak kemana. Cuti yang tak panjang, ditambah dengan homework, diparahkan lagi dengan abah yang nak kene buat tuisyen kat sekolah.. huhuhu.. kami dirumah je. Nak jauh sket, kami bawak sweetheart balik Petri Jaya, umah mak abah :)

Dalam perjalanan balik tu abah dah plan2.. mengajak teman memancing. Siapa lagi nak teman kan.. isteri tersayang ni lah yang teman ke hulu ke hilir memancing. Dan disebabkan yang meneman tu mama, maka tempat memancing yang nak pegi pun kene pilih2. Memancing berteman lelaki sama lelaki tu lain juga kan. Maka kami pilih lah tempat memancing yang dekat2.. area2 yang kami mahir & biasa pegi..

Mana?
Bawah jambatan sungai semangar :)
Sebab, Kampung Semangar ni tempat letaknya sekolah rendah mama dulu. InsyaAllah mama tahu tempat ini. Pernah jalan sampai ke hujung2 kampung dulu2 masa sekolah2.. ikut kawan2 balik rumah..
InsyaAllah ok tempat ni..


 Tenang je kan.. sejuk je rasa kat sini..

Berada disini ingatkan mama dengan kenangan-kenangan zaman sekolah rendah. Kawan-kawan dah ramai berhijrah & bekerja diluar..

Tapi memori itu tetap kekal disini :)


 Tenang je air dia.. tapi AWAS tau.. dimana-mana pun kene berhati2 selalu..

Setiap kali ke mari memancing tak pernah tak dapat apa-apa. Walau pun ikan kecil..mesti dapat. Sejak akhir2 ini kalau ke mari mesti dapat udang. Tak la banyak sampai boleh jual tapi bak kata abah.. dapat "lesen" huhuhu..

Kunjungan kali ni kami tak lama kat sini. Sekejap je. Dapatlah seekor anak tenggalan & seekor udang. Abah ajak gerak ke tempat lain. Jangan tanya kenapa. Bila hati dah tak enak.. jangan tunggu lagi. Segeralah beredar :)

Ni je yang sempat..anak tenggalan tak dan pulak nak snap..lupa..


Pemancing yang happy dapat memancing..


Sungai Semangar ni banyak je hasil kalau anda rajin. Biasa mak & abah pesan ikan patin sungai untuk adik pun dari pemancing2 yang turun ke sungai inilah..

Bak kata abah.. mana2 sungai pun mesti banyak ikan. Antara dapat dengan tidak je..huhuhu..

Tapi ingat.. dimana pun memancing, kene berhati2 ye.. bukan hanya ada kita kat situ.. 

Kadang2 time ramai.. memang penuh tepi2 sungai ni masing2 memancing. Tapi kami pegi ni hari biasa..cuti sekolah.. para pemancing tak ada.. keje..tu pasal sunyi jek..

Ada yang nak pegi sini.. sila..sila..

1 comment:

Izza said...

boleh bagi lokasi tepatnya, rasa cam nak gi je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...