"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, March 9, 2015

Lawatan Pertama Ke Panggung Wayang : The Spongebob Movie - Spongebob Out Of Water

Sweetheart ini tak pernah jejak panggung wayang. Kami memang tak ajar & tak pernah bawak. Alkisahnya kami pun tak minat tengok wayang huhuhu..

1st time kuo gezet pasal movie spongebob kat wayang tu, sweetheart pertama kalinya berbunyi ajak kami tengok. Mulanya kami tak berapa kisah..tapi tengok dia asyik dok ingatkan..kesian pula. Tambahan..dia dah besar dah..boleh je kot behave kat panggung kan.. :)

Last saturday, kami pun bawak lah dia ke TGV Bukit Indah. Sambil2 usha tiket movie tu..ingatkan sekejap..lama rupanya. Orang punyalah ramai. Ingatkan nak tengok yang pukul 1.45pm punya tapi tak sempat dapat tiket.. jauh lagi woo beratur. So decide amik kul 3.40 je.. meantime tu kami jalan2 dulu kat Aeon..

Makan jap kat KFC.. sepanjang masa mulut tak henti dok tanya.. tak terlepas ke kita nak tengok movie kang ni? Aihh..huhu.. excited ko..

Pukul 3.20 kami naik balik ke TGV..
3.30 kami jalan masuk terus lah.. rilex2 kat dalam dulu.. :)



Posing-posing sebelum masuk movie..







Posing sebelum movie bermula




Ni curi snap.. last2 part kat movie



Sweetheart sangatlah puashati. Cuma tak dapat tengok 3D la.. sebab waktu tayang 3D pukul 6 petang. Lambat sangat nak tunggu..

Boleh la mama & abah lupa nak belikan popcorn wakakaka.. haih la anak.. mama & abah pun tak biaso tengok wayang ni sejak bercinta2 dulu lagi ha.. Lupa ..

Tak pelah.. ada rezeki next movie kita beli popcorn la ye..huhuhu..

Sape nak bawak anak-anak digalakkan.. yang minat spongebob..memang best arr melayan..hihi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...