"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, March 21, 2010

Happy Birthday Mama!





Bertambah umur mama setahun lagi.. dah melepasi tangga 30 tahun..
mama tak harap apa-apa.. cukuplah dengan melihat keluarga kecil mama.. insan -insan yang mama sayang..
abah.. tina..
bahagia bersama mama..
Mama dah tak perlukan yang lain..bersama mereka berdua
hidup mama lengkap
Mama sayang abah.. mama sayang tina..

Tuhan..berikan daku peluang melihat anakku menjadi manusia berjaya

Saturday, March 20, 2010

Alkisah Mandi Besen Lagi?

Tina sebenarnya dah lama wean off mandi besen nih. tapi sejak balik rumah mak mama arituh dia dah mula request nak mandi besen semula. Mula-mula dulu saja dengki kat dia. kata la besen tak de.. dia sanggup masuk dalam baldi semata-mata nak mandi. Risau pulak dia jatuh masa mandi dalam baldi maka mama pun suruh abah keluarkan besen...

So setiap kali nak mandi dia akan request bukak baju awal-awal sebab dia nak mandi besen. So, mama pun tak leh la nak buat keje pape okeh..kena dok depan pintu bilik mandi tengok dia main air dalam besen. Bukan pe, kang jatuh..menyesal pulak..

So far mama cuma letak sedikit air jek la.. agak-agak tenggelam buku lali dia dah la.. pastu letak sabun sket..bagi berbuih.. bagi la kat dia segala jenis cawan & botol kosong..leka la dia main air..

Bila mama dah bosan tunggu..mama mandikan dia..sabun-sabun semua..gosok sana gosok sini..pastu cakap la.. "sekarang masa cicak nak mandi pulak"... confirm dia cepat jek keluar dari besen..lap badan..hehehe...

Ni ada sedikit gambar seksi anak dara mandi besen. Abaikanlah gambar pancing kat belakang tu..abah baru balik memancing aritu..lom sempat basuh pancing..tina sibuk nak mandi...

suka sangat buih sabun..




sukanya dia!! Bilik mandi ni tak besar sangat so sebab tu la mama takut tina jatuh masa keluar dari besen..bukan pe..kang terhantuk lak kat dinding..da la bilik mandi ni memang tiles..takut licin..

Friday, March 19, 2010

Sleeping Cutie Contest


Contest anjuran papamamazakwan ni mama terjumpa masa blogwalking. Salam perkenalan lah buat mama zakwan yek.. kita nak join contest jugak!

Kategori Baby Gurl..

(......)

V
v
v
v
v

Gambar contest pilihan hati mama..

Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Tarikh Lahir Anak : 22 Oktober 2007
Email mama : mama_echah@yahoo.com.my


Lagu dodoi mama untuk Tina..

"Lailahaillallah..lailahaillallah..lailahaillallah..muhammadurrasulullah..

sayang..sayang..tina sayang

anak mama yang cantik dan bijak

tidurlah sayang pejamkan mata

mama dodoikan.. "

(irama lailahailallah..)

kepada yang nak join click pada contest banner ye!

Refreshment..

Jumaat lepas mama, Tina & abah balik kampung mama. Rindu sangat dengan mak & abah. Diorang pun rindu dengan Tina. Disebabkan abah ada meeting selepas solat jumaat, maka kami terpaksa bertolak balik lewat petang. Sampainya pun lambat la..

Lambat pun lambat la..mama peduli apa..yang penting mama sampai kat kampung..rumah mak. Bukan apa..lama dah tak balik sebab abah sibuk dengan urusan sekolah..

Beberapa hari dirumah mak sempat la mama balik kampung mak..tengok adik bongsu mak yang bersalinkan anak ke-5 nya 28 Febuari lalu. Hehehe..NORMAIALISHA nama baby tu. Bukan normaizira..pandai jek aku! Beberapa hari jugak mama berulang balik kampung tengok baby sambil bagi peluang kat Tina bermain dengan sepupu-sepupunya dikampung. Seronok tengok Tina pandai berkawan. Cuma..budak-budak tu dah biasa berpanas kan..Tina tak biasa..so habislah 60% leher Tina kena rashes dan kesan seperti terbakar yang agak teruk. Mujur dia tak menggaru sepanjang masa. Mama sapukan krim rashes sebamed.. dan nampaknya rashes tu beransur sembuh.

Sempat jugak mama bawak Tina ke klinik. Appointment klinik Tina sebenarnya 23/3 tapi mama bawak seminggu awal. 23 tu dah naik sekolah, nanti abah dah sibuk dan tak boleh hantar mama balik kota lagi. Timbang Tina naik.. 12.6kg turun 200g dari masa kat puteri specialist aritu. But overall..graf pertumbuhan Tina masih cantik bentuknya. BIdan kerajaan tu pun tak banyak soal.. siap jek timbang..mama pun bawak Tina balik.

Sempat kami menghadiri jemputan kahwin.. bukan satu tapi 2.. selamat pengantin baru la buat anak pak imam - azreen&sri dan jugak anak kawan mak mama.. lela & boy.. cantik pengantin. Tina pun makan dengan berselera sekali kat sana.

Hari ini 18/3, mama & tina ikut abah ambik anak murid dia yang kursus kat Savannah Hills Tiram, so kami terus balik la selepas hantar dak2 tu balik rumah diorang. Sungguh budiman abah..memang guru sejati lah..orang lain dah hilang bercuti..abah masih menguruskan hal sekolah.. semoga dapat balasan setimpal ye abah!

So sebelum balik tadi mak mama beri duit pada Tina.. pesan kat Tina supaya belikan kek birthday mama 21/3 nanti..huhu..terharu diriku ini.. ingatkan mak lupa..Terima kasih mak..

Sampai kat rumah dah malam..layan tina tengok barney & upin.. pukul 11 mama ajak dia tidur. Dia mintak susu.. mata dah nak terpejam tapi mula buat kerenah. Dia kata gatal la..kaki sakit la.. menangis sampai muntah-muntah susu..geram betul mama. Lap kan dia lebih kurang dengan tuala.. sambil abah bersihkan hidung dia yang penuh tinggalan sisa muntah..dia dah tidur. Mama cepat-cepat pakaikan baju, sapu minyak kat kaki tangan, perut & belakang.. suruh abah tengokkan kaki Tina sebab tadi dia jalan lain macam jek. Risau pulak mama kaki dia kenapa..kenapa ke..mana la kita tau.. Tapi abah kata macam tak de apa-apa..hmm..mama nak bawak Tina gi urut pagi esok. Better gi urut & check..mana tau kaki dia sejuk ke..lenguh ke.. sebab tak reti dok diam sekejap pun.

Bila abah & Tina tidur..mama pun ambik kesempatan online..hmm.. ok lah..sambung nanti ye..

Friday, March 12, 2010

Bonding Moment With Opah Contest


Contest "Bonding Moment With Opah Contest" ini adalah anjuran bersama
cherishlovetogether & syasyacreative

dan
foto contest pilihan hati mama adalah yang ini..






Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
DOB Anak : 22 Oktober 2007
Nama Mama : Nor'Aisah Binti Abdan
Nama Opah : Siti Rubiah Binti Kano
Umur Ketika Gambar Diambil : 6 Bulan



Siap...! kepada yang nak join sila click kat contest banner ek!

Contest Aksi Menarik Si Comel Bersama Floater


Mama terjumpa blog izan & contest ini dari My-giveaway, and.. nak join gak..hihihi..
dan gambar sicomel mama bersama floaternya..adalah..

........
......
....
..
.
.
.




Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham Umur Semasa Gambar Diambil : 2 Tahun 2 Bulan


Okeh ya Izan.. semua syarat saya dah penuhi..
Sesiapa yang lom join..jom la..click kat contest banner ye..

Tuesday, March 9, 2010

My Blink Blink Brooch Giveaway

Whyza from My Blink Blink Brooch
is having a giveaway!
So mama decided to try out and see miracle & luck come over..



Mama would like to name this above set as..
"BREEZY BLINK SET"

and for those who'd love to join..have a click here
Oh ya! Giveaway ended 31st March 2010

Saturday, March 6, 2010

Tina Dan Lego..

Few month ago, setiap kali dapat permainan ala-ala lego Tina tak pandai nak main. Paling tidak pun dia akan cuba nak cantum, tapi bila tak jadi dia akan marah dan baling semua nya! Kalau tak pun dia akan masukkan kat dalam mulut.. dan buang lagi sana sini. Mama yang kena kutip balik semuanya. So permainan ala-ala lego semuanya mama simpan. Penat asyik nak mengutip benda tu seluruh rumah la..

This few days mama & abah notice that Tina suka dengan permainan lego (yang original lego tau) sebab kat rumah kakak abah anak-anak dia ada lego. Tina akan kutip semuanya dan duduk mencantumkan lego-lego tu. Dia belum pandai buat bentuk-bentuk tapi dia akan cantumkan lego tu panjang-panjang.. we smiled to each other sebab one more milestone reached!

Mama memang suka dengan lego..walaupun kecik-kecik dulu tak dapat main kan. Tapi mama harap dapat belikan Tina lego. Yang starter pack dulu pun jadila untuk nurture minat & daya kreatif dia. Tak ingat dah harga lego tu..

will update something later ya!

Friday, March 5, 2010

Cerita Selepas Appointment Di Puteri Specialist..

Alkisahnya hari rabu lepas 3.3.2010, Tina ada review appointment dengan dr. Catherine Tham kat Puteri Specialist. Kami gerak kesana dalam pukul 2 lebih. Sampai pukul 3, terus naik kat bilik dr.catherine daftar. Dapat no.18 tu..yang masuk baru no.6 perghh...

Lama jugak la menunggu..standard time mesti menunggu 1 jam lebih. So, mama dah angkut semua peralatan menyusu naik kat tempat menunggu..heheheh..tak rajin nak turun lagi..parking kereta jauh..panas tu..kang rentung pulak.

Selepas sejam lebih, sampai giliran Tina. Masuk pun tak lama coz dr.catherine terus check hidung, dada.. and dia tanya tina macam mana? Mama & abah cakap la Tina dah tak batuk, selera makan pun dah bagus. Dr. catherine pun setuju sebab berat Tina 2 minggu lepas cuma 11.8kg tapi kali ni datang dah 12.8kg. Naik sekilo dalam 2 minggu..hmmm...

Then dr.catherine tanya.. bil bayar sendiri ke company bayar? Abah cakap la sendiri bayar. Surprisingly dr.catherine kata terus baliklah..tak payah bayar. Sebab dia suruh datang untuk puaskan hati dia tentang diagnosis dia tu je. So maknanya memang Tina ada sedikit nose allergy..dia sempat pesan apa yang perlu mama & abah cakap pada dr.chum nanti..

Masuk je dalam kereta mama terus telefon mak mama..dia dari semalam dah risau pasal Tina. Dah inform Tina tak apa-apa..nak bawa dia gi makan mc d.. dia sibuk sangat 'mamam mamam' nampak lambang mc d kat tepi jalan tadi..

So, kami terus ke mc d plaza tasek kat tun aminah je. Dekat sikit dengan rumah..



aik..abah pun nak posing makan ice cream jugak ke?




budak comot..makan dengan seleranya..





budak yang sangat mengantuk sedang makan..abis jugak setengah chicken burger!






Apa purpose mama ambik gambar patty nih? Ha..ada ceritanya...

Actually patty dalam gambar ni adalah patty dari chicken burger untuk Tina. Tapi patty nih sangat lah keras kematu..macam batu dimampatkan. Kalau ketuk pun bunyi batu seh.. tapi nasib baik lah manager dia nak tukarkan burger yang baru..mama tak jadi mendajal. Kalau dia taknak tukar memang mama & abah plan nak ambik video ketuk patty nih kat meja..dengar bunyi dia pastu masuk dalam youtube ke fb ke..hahaha... sib baik dia tukar cepat..

Lepas makan kitaorg terus balik rumah coz Tina dah penat..melekit-lekit dan mengantuk sebab dah kenyang...lepas mandi..Tina tido dah...awal tu..

Tuesday, March 2, 2010

Restoran Merdeka & Sepupu Baru

cantiknya muka..nak gi mana tu yang oii..



si ulat buku mama & abah..kat mana pun tak kisah janji ada buku..sejuk perut mama mengandungkan Tina tau..



Hari sabtu lepas kami semua lunch kat restoran merdeka yang dekat dengan RTM tu. Kakak ipar mama aka mak long Tina dapat promotion..naik pangkat.. CONGRATZ MAK LONG! ..so dia belanja anak-anak buah dia kat ofis lunch dan kami pun menyibuk-nyibuk sama..hahaha...

Lunch buffet dari pukul 12 tghari sampai 3 petang tu bermenukan nasi beryani & nasi putih. Lauk pelbagai dari asam pedas sampai ke sambal belacan. Siap dengan rojak, buah dan kuih muih serta aneka bubur. Not bad..boleh dirasakan sedapnya. Kuih-kuih pun cukup masin, manis & lemak.. kami puashati lah makan kat situ.

Yang tak syoknya Tina asyik nak berjalan kesana ke mari. Mama & abah kena makan gilir-gilir. Pulaknya surrounding restoran tu adalah kolam besar ala-ala tasik.. pergh..mau terjun anak daraku dalam tasik kang.. Abah komplen..tak dapat makan puas-puas sebab terganggu dek kenakalan Tina. Sorry abah... nak buat macam mana..macam tu la cara makan orang ada anak kecik..


~~~~****~~~~****~~~~




There you are! Selamat melihat dunia sayang.. Ini ialah sepupu baru Tina yang lahir pada 27 Febuari 2010 di Hospital Kota Tinggi jam 10 pagi. Anak ke-5 nek usu Tina ni baby girl dengan berat 1.8kg sahaja. Tapi baby ni sihat dan mereka berdua dah dibenarkan balik 28 Febuari.

Mama, abah dengan Tina je yang belum tengok lagi baby ni. Mungkin cuti sekolah nanti baru kami nak balik tengok baby baru ni.. hehehe...lama tak dukung baby...

Baby ni namanya belum ada lagi ..kalau tak silap mama..nama yang disimpan nek usu NORMAIZIRA..

Monday, March 1, 2010

Latest Updates On Our Koi Pond

Updates untuk projek tahun-tahun kini kembali. Terkini, gambar koi pond yang dinaiktaraf semasa cuti tahun baru cina lalu..







Perghh..dah jadi macam kolam renang..bukan kolam ikan. Dah siap macam ni nampak sangat besar dan luas. Terlanjur buat, kami buat sekali la atap dia..ala-ala pergola konon tapi pakai kayu biasa je. Bukan apa..area kami ni panas sangat..sian kat ikan-ikan dan pokok-pokok mama..merana kepanasan.

Actually kata abah ini baru 50% je siap. Air terjun, penapis air, tiang ala-ala batang pokok dan kerusi batu untuk bersantai belum nampak bayangnya lagi..yela..projek tahun-tahun kan..

So sekarang ni area kolam dan terrace dah kurang sket panas. Tak sabar nak tunggu pokok-pokok mama besar & panjat atap kolam, mesti lagi nyaman.. mabeles kalau berbunga-bunga cinta..fuhh!!

Sunday, February 28, 2010

Tina Dah Sihat..

Penyakit malas singgah lagi sebenarnya tapi 'lawan' jugak.. dan mama nak cerita tentang kesihatan Tina. Lepas makan ubat dari Dr.Catherine aritu, batuk Tina bertambah ringan dan akhirnya hilang. Tinggal ubat alahan no.2 je yang masih kena ambil waktu malam.

So far Tina nampak ok jek seperti biasa. Cuma keadaan cuaca yang sangat panas sangat memberi kesan padanya. Tina minum susu dan air 2 kali ganda lebih dari hari biasa. Diaper malam dia je pun sejak-sejak cuaca panas nih dah jadi 2 keping penuh-penuh belaka setiap kali salin.

Macam-macam mama buat untuk bagi Tina selesa untuk tidur. Dia memang gelisah kerana panas. Nak tak nak kadangkala mama terpaksa tanggalkan seluar dia.. tidur dengan diaper dan baju lubang-lubang je. But bila dia dah tidur, mama rasa kaki dia dah sejuk mama akan pakaikan semula seluar. Dan dah beberapa malam Tina bangun kejut mama suruh bukakan baju dia. ..

Aduhai..cepatlah berlalu cuaca panas... tak tahan rasanya dengan cuaca macam ni...

Wednesday, February 24, 2010

Parcel Dari SCA..

Dari pagi hari isnin (semalam) mama tunggu Skynet punya courier sampai. Rupanya tengahari pukul 12.30 baru sampai. Mama & Tina excited tunggu hadiah star letter dari SCA. Aritu dah bagitau kan..mama dapat another 3 star letter for SCA punya parenting circle. So.. as usual dah tentu ada reward menanti.


Ini parcelnya.. besar jugak kotak ni





Kali ini mama sengaja tunggu abah balik coz nak suruh abah yang bukak kotak ni dengan Tina. See.. Tina pun excited








Drypantz L8 x 5
Drypers Wee Wee L12 x 2
1 set of Glitter Book ( consist of 4 board books)
1 Funny fish story book
1 Set of Toys

Lepas lah nampaknya bekalan diaper Tina untuk sebulan. Drypantz biasanya mama bawak waktu keluar je.. convenient sket nak pakaikan Tina, tak yah nak baring. Tapi sekarang ni Tina dah pandai tau.. selalu lepas mandi pagi dia taknak pakai open diaper..nak pakai drypantz sebab ada gambar rabbit kat situ.

Buku cerita funny fish tu adalah board book yang cantik sangat. Ada macam-macam jenis gambar ikan. Ada sepasang mata yang cute dalam buku tu.. so semua ikan yang kita tengok dalam buku tu 'bermata'.. hehehe..Tina suka sangat.

Another one ialah glitter book. Ini pun Tina suka sebab semua gambar dalam buku tu glitter-glitter belaka. Setiap satu buku dengan tajuk berbeza iaitu ABC, 123, words & colour.

Again.. it was so rewarding. Terima kasih kerana menghasilkan 'Parenting Circle' yang sangat berfaedah. Ianya seperti medium perantaraan dan perkongsian pengalaman serta info berguna dari ibu bapa 3 negara - Malaysia, Thailand & Singapura..

Thank You SCA

BABY CRYING CONTEST


Contest adalah anjuran kak pah

Tarikh tutup :28 Feb 2010

Rasanya semua syarat-syarat telah dipenuhi ye kak pah, hehehe...agaknya la..



*************
Gambar contest pertaruhan mama ialah..


Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Tarikh Gambar Diambil : 17/09/2008 - ( sewaktu berumur 11 bulan)



"Hehehe...cute tak rupa saya nangis? Saya nak turun dari baby chair ni sebenarnya tapi mama saya tak bagi. Saya nak panjat, mama marah sebab mama nak suap saya makan. Jadi.. untuk suruh mama turunkan saya.. saya nangis kuat-kuat.. "


Gambar Terkini Saya..


2 Tahun 4 Bulan

Tuesday, February 23, 2010

Dari Halaman Belakang..

Kata orang, berbudi kepada tanah lambat laun dapat hasilnya.. itulah yang selalu mama ucapkan pada diri. Tak rugi bercucuk tanam. Kalau tanam bunga.. rumah & halaman cantik berwarna-warni tapi kalau tanam sayuran.. hasilnya boleh dinikmati sekeluarga. Tak la bangga diri tapi mama ada juga campak-campak benih sayur dihalaman belakang. Kadang-kadang hidup.. kadang-kadang tak pun..


Sawi dalam mangkuk pink ni dengan bangganya mama katakan adalah hasil tuaian dari halaman belakang rumah. Tak banyak tapi cukuplah untuk sekali sayur kami 3 beranak. Yang penting.. bajanya organik dan tak guna racun. Bila cik ulat tak menyerang.. cantiklah daunnya. Tapi bila rezeki ulat.. hmm..makanlah ulat..nanti mama tanam lagi..


Contohnya yang ini, 2 pokok sawi - yang satu memang rezeki ulat. Daunnya berlubang-lubang kena makan. Yang satu lagi baru nak naik.. sempat jugak mama selitkan pokok saderi kat sana. Pindahkan saderi ni dari halaman depan, dah 3 kali dah tuai daunnya buat sup ayam


Dan yang ini pokok-pokok sawi yang dah mama tuai daunnya. Sayang nak cabut.. ambik daun sajalah. Kat sini pun ada pokok kucai yang baru naik, pokok bawang (bawang merah & bawang putih) yang daunnya dah puas dimakan kat dalam sup ayam..

Hmm..tak rugikan tanam-menanam nih. Mama ada banyak lagi koleksi sayuran dan herba yang sedang diusahakan tanam. Bukan apa.. tanah keras waktu musim panas, tapi itu bukan alasan. Yang penting hari ni.. seikat sawi dapat dikutip.. seringgit dua duit sayur dapat dijimat..betulkan! .. Tepuk dada tanya selera..

Sunday, February 21, 2010

NurelL’s Craft First Giveaway!

NurelL’s Craft is organizing their first giveaway ever!!!

The giveaway items include;

  • 1/2 meter of blue-heart Grossgrain ribbon
  • 1/2 meter of pink-heart Satin ribbon
  • a dozen of oval cream buttons
  • a pack of sweet buttons
  • 5 pairs of colourful glitter hairclips
  • 1 crocheted flower Brooch
  • 1 wooden butterfly HP Straps (Psst..100% Handmade from Jogja-we are prime distributor for Sabah region)
  • 1 small butterfly wooden pin (Psst..100% Handmade from Jogja-we are prime distributor for Sabah region)
  • Felted cupcake
Giveaway will end on 25 March 2010
Interested? Click on the giveaway banner..

Wonderful Day!

Mama nak update tentang hari yang penting buat hubby tersayangku itu! Ya!!! It was his birthday.. fall on 3rd Feb 2010. Few days after rumah nak kena pecah masuk tu. Masa tu mama memang ingat birthday abah tapi mama just masih terlalu berserabut untuk celebrate..

Yet, pada hari birthday tu... Ibu mertuaku yang tersayang telefon pagi-pagi lagi dah. Kata nak belikan kek untuk abah..hehehe..kecik tapak tangan..halaman rumah mama tadahkan. So MIL kata tak yah beli kek dah. Nanti dia & FIl datang rumah kakak ipar (yg mama dok waktu siang ..lepas rumah nak kena pecah aritu) untuk celebrate..

Petang, after abah balik sekolah, MIL & FIL pun sampai dengan cheese cake kegemaran abah..chocolate cake untuk mama ( info: mama tak makan cheese cake okeh) so kami celebrate la sesama. Makan-makan.. sampai maghrib.

Mama memang tak belikan apa-apa untuk abah birthday kali ini. Just warm hug & kisses jek yang mama mampu nak bagi. More kisses from Tina...




hehehe..kek abah ada doraemon tau..MIL kata dah takde choice..ni lah satu-satunya cheese cake yang tinggal. Tak pe lah abah...doraemon tu kasi kat Tina jek..




My handsome& lovely hubby potong cake. Sempat gak mama suapkan abah cheese cake as usual..


Semoga abah sentiasa happy dan bahagia dengan Tina & Mama. I'll do anything...everything untuk pastikan kita sentiasa bahagia. Tina & Mama bangga sangat dengan abah. Willing to do anything untuk Tina & mama... semoga tuhan sentiasa merahmati & memberkati hidup kita..Amin..

Wednesday, February 17, 2010

Akhirnya.. Ke Puteri Specialist..

2 hari lepas Tina batuk-batuk dan selsema semula. Kali ini pun seperti yang selalunya. Tapi yang paling mama tak tahan nak tengok ialah.. Tina batuk dan muntah 5 kali satu malam. Dia sangat mengantuk tapi batuk sangat menganggu tidurnya. Mama dengan abah serta mak mama yang ada kat rumah sangat risau dan tak boleh lelapkan mata. Dan dan tu jugak mama nekad nak bawa Tina gi check kat Dr. Catherine Tham di Puteri Specialist.. walau apa terjadi.. mama dah tak sanggup tengok Tina batuk merah2 muka dan muntah berlambak-lambak lagi. Mama kesian sangat... seksanya dia..

Pukul 2 petang kami dahpun sampai di Puteri Specialist. Ambik masa kat registration sebab orang ramai. Siap register kami naik ke tingkat 2, bilik 11 dan tunggu. Masa tu yang menunggu sangat lah ramai. Bayangkan kami dapat nombor 19 sedangkan waktu tu baru pesakit no.3 masuk untuk check. Pergh... berkulat jugak lah menunggu. Tapi di sebabkan Tina, kami gagahkan jugak tunggu.

Akhirnya selepas lebih 1 setengah jam, kami dapat giliran masuk jumpa doktor catherine. Bila dr. check2... dia kata paru2 Tina sihat. Dan Dia check pulak telinga dan hidung, then dia cakap dengan kami yang dia suspect Tina batuk bukan berpunca dari paru2nya tapi batuk itu disebabkan oleh alahan hidung. Alahan hidung adalah simptom awalan kepada resdung. Kata dr. catherine, bila Tina selsema >>>> hingusnya susah nak keluar jadi bila dia baring hingus akan mengalir ke belakang bahagian hidung dan menjadikan hidungnya rengsa serta tekak menjadi gatal. Katanya lagi hingus Tina sudahpun kuning kehijauan, dan itu menjadikannya lebih susah untuk mengalir keluar...

Semua tanda yang dicakapkan pada mama & abah :
** Tina tidur berdengkur
** Tina suka tidur menonggeng
** Tina susah lena dan tidak tidur nyenyak
** Tina biasanya batuk selepas tengah malam

Semua tanda-tanda ini memang betul ada pada Tina setiap kali batuk.

Tapi Dr. Catherine beritahu, yang semua ini belum pasti benar. Dia cuma mengagak dari apa yang dilihat melalui pemeriksaan kali ini. Dan Tina diberi ubat lengkap batuk, selsema, antibiotik dan ubat alahan untuk 2 minggu. Kami kena bawa Tina lagi kesana selepas ubat habis untuk diperiksa selanjutnya...

Mama & abah harap Tina tak apa-apa. Dan harap ubat tu boleh mengurangkan alahan Tina. So lepas ni mama kena lebih berhati-hati dengan item yang mama pilih untuk Tina makan...

Tuesday, February 16, 2010

"MOBS & Gift That Angel Send : Showers of Love Contest"



"MOBS & Gift That Angel Send : Showers of Love Contest"
is brought to you by MOBS & Gift That Angel Send
with the contest period until 20th February 2010

******************************

Here is my contest picture..



Mum's Name : Nor'Aisah Binti Abdan
Baby's Name : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Baby's Age : 2 Years 4 Month ( 28 Month)
Baby's Gender : Girl
Mum's Email : mama_echah@yahoo.com.my

" Tina just love to be in her bath tub even until now. She would love it even more if we add soap, bubbles and her cutie duckie to have bath together. And it would be very hard to get her out from that tub each time.. coz she love water very much...hmmm... that our little cutie! "

Wednesday, February 10, 2010

3 More Star Letter

Mama terima naskhah Drypers Parenting Circle beberapa hari lalu. Dengan kadar cepat bukak dan tengok...wahahaha...alhamdulillah...dapat 3 lagi star letter. Dan tadi tengahari org SCA dah call confirmkan saiz diaper Tina buat kesekian kalinya. Dia macam dah kenal sgt kat mama...salah satu nama yang selalu dapat star letter... Fuh!! syoknya.. Ni yang buat mama nak senyum je ni.

Tina..Drypers & Drypantz free lagi!!

Tuesday, February 9, 2010

Warm Up Entry..

Bersama permata hati mama yang kian hari kian nakal..manja dan menghiburkan. Dah semakin jelas percakapannya. Tengoklah aksinya yang mencuit hati!

pandainya buat aksi manja...



Mama sayang Tina tau!



Kalau dapat keluar je..panjanglah langkah dia. Kita ajak main kat porch..dia dah sampai kat koi pond yg dalam construction..




Alahai anak dara comel... geram mama tengok aksi dia tau...

Sunday, February 7, 2010

Feeds from the scene!!

What a clean cut!! and that piece still missing. (taken as a gift, perhaps)



It won't even bent if using bear hand...poor grill's...





Came in and out from the same route..!


A single piece...

another piece


The sliding door lock is still in kept.. and won't be publish... A bit ET and Unacceptable for logical thinking...

Friday, February 5, 2010

Doakan Mama & Keluarga...

Kawan-kawan sekelian, bukan mama taknak wat post baru ye..tapi keadaan mama sekarang ni tengah tak begitu stabil. Maklumlah tak tido dirumah..tumpang rumah kakak..tak de streamyx or broadband so mama tak boleh online.

Nak tinggal kat rumah daytime..mama masih takut. But so far, mama rasa dah ok sikit... doakanlah sedikit masa lagi kekuatan semangat mama akan kembali ye.. mama rindu sangat nak kembali ke dunia blogger seperti biasa.. doakan mama dan keluarga...

Tuesday, February 2, 2010

Trauma : Malam Pertama : Lelap jam 5.30 pagi

Semalam adalah malam pertama kami 3 beranak tidur dirumah selepas kejadian tersebut. Seperti yang mama jangka, mama tak boleh melelapkan mata. Jadi mama online sambil membuat kerja-kerja rumah seperti melipat pakaian dan mengemas. Tina dan abah mama biarkan tidur nyenyak..

Jam 5.30 pagi barulah mama terlelap memandangkan tak sampai setengah jam lagi abah akan bangun utuk mandi dan pergi sekolah. Seksa mama rasa tapi.. hmmm...

Abah ke sekolah 6.40 pagi, dan 7.15 pagi kakak ipar mama iaitu mummy azie datang jemput mama dan Tina. Kami berdua akan berada dirumah mummy azie sehinggalah abah balik sekolah..sampai dirumah mummy azie, mama tidurmerehatkan fikiran dan badan seketika. Tina tak perlu dirisaukan sangat sebab ada mummy azie & kimi.. thanks mummy azie

Dan ketika post ini mama tulis, jam menunjukan 2.47 pagi.. dan mama masih berjaga..Allah kasihanilah kami...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...