"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, February 19, 2014

Beg..

 Jemput sweetheart balik sekolah kebangsaan tadi tergerak nak tunggu betul2 depan gate. 
Sekali nampak dia sedang heret beg tak disandang kat belakang. 
Cepat2 masuk & tengok.. 
" beg saya dah terpatah dah mama"
 laaa... penyangkut beg dah terpatah.. patutlah tak disandang.. diheretnya. Tengok2 tapak tangan & jari2 montel tu merah2 dek mengheret beg dari kelas.. patutlah lambat je turun. huhuh..entah macam mana dia turun tangga dari 1st floor tadi..ngeri membayangkan..

Part ni la yang patah tu.. sebelah kanan

Jadinya.. alternatif terbaik adalah guna dulu beg lama mama.. tu je yang ada nak oii..


Throwbacktime..
Ini backpack mama masa study kat Uitm Segamat dulu..
Diploma sampai degree.. beg ini sangat berjasa :)
Beg macam ni dulu dah mahal dah untuk mama sebab kami bukan orang senang.. syukur sangat dah dapat beli beg ni. Jadi mama jaga elok2..

Baru je sebelum naik sekolah 2014, mak keluarkan beg ni suh mama bawak balik.. mana lah tau kot Tina memerlukannya nanti katanya.. :)

Glad that beg ni ada disaat yang tepat..

Tapi beg ni kecik sket space dia.. tak sesuai sangat. But syukur sweetheart mama abah tak banyak soal..kata guna beg ni.. dia ok saja..

Mama cakap..
" kita tak sempat nak beli beg baru hari ni.. esok kakak sekolah guna beg mama dulu la ye.. nanti abah balik kita pergi beli beg baru"

Jawab dia..
" Ye.. saya guna beg mama lah. Ini beg mama sekolah kat Uitm ke?"

Mama jawab..
" ye sayang.. dulu mama guna beg ni.."

Dia jawab lagi..
" cantiklah beg mama, saya nak pakai lah esok.."


Then on the day jugak.. pas maghrib kami keluar pergi tengok2 beg sekolah..
Dia memang tak banyak soal. Tak kira beg apa pun kami pilih. Kaler apa pun kami pilih..
Bila suruh sandang.. dia sandang je.. tanya ok tak?
jawabnya.. ok
Ya Allah.. sejuk perut mama nak oii


Buku budak-budak sekolah sekarang kan.. memang banyak :)
beg tak boleh cecomel beno..tak muat..

Tuesday, February 18, 2014

Melentur Buluh - Asuhan Menabung


Sejak sekolah bermula..
Maka bermulalah episod pelajaran yang baru..
" Menabung"

Dulu ajar dia tak feeling sebab tak pegang duit belanja sekolah kan..
Kali ni dia feeling menabung sebab dari duit belanja harian dia..

Dia seronok nampaknya..
hari2 akan masukkan lebihan duit belanja :)

Saturday, February 8, 2014

Anugerah Brain Booster - Botol ke 2 & 3

Masih ingat tak mama pernah post pasal ini sket masa dulu..
Kat SINI

Jadi mama nak menyambung untuk botol ke 2 & ke 3. Beli sekaligus.. dapat murah sikit :)

Perlu bagi hingga botol ke 3 untuk tengok apa hasilnya sebab botol pertama makan selang seli. Yang ke 2 & 3 ni akan cuba untuk konsisten..



Ini usaha kita.. makan supplement apa pun.. kita tetap kene turun padang monitor pelajaran anak.. tengok buku anak.. semuanyalah.. barulah supplement boleh membantu

Makan supplement saja..nak harap pandai dengan sekelip mata.. Nan hadoo lah.. :)

Semoga usaha mama yang kecil ini dapat membantu memberi "makanan" terbaik buat minda & otaknya..
Amin..

Tetamu Kecil Kami..

Orang kata.. 
kalau burung bersarang kat rumah petanda rumah tu "sejuk"
itu orang kata..

Alhamdulillah lah kalau macam tu sebab sejak buka tahun baru.. dah ada burung bersarang di porch rumah. Mulanya dia cuma singgah & pergi untuk beberapa hari. Tetapi kemudiannya.. dia mula memperbaiki sarang yang rosak.. few days left.. akhirnya siap :)

Kehadiran dia setiap pagi tak menganggu pun.. dia akan berterbangan diantara pokok2 bunga. Fevret dia.. pokok bunga tongkeng :)

Then perasan yang sarang tu semakin memberat.. masih biar..tengok saja.

This few days nampak dia terbang pergi & balik memberi makan anak-anak dia :) sweet sangat.. dan masih begitu hinggalah post ini dibuat..

Ini sarang dia..



Burung yang ini lain ceritanya.. pagi semalam.. mama berjalan ke kolam ikan dari porch. kemudian saya alihkan pasu gantung orkid.. prrrr.. burung ni terbang. terkejut kot?

Bila mama dongak.. tengok atas nampak seperti sarang ranting2..

Aihh.. nanti mesti dia tak nak datang lagi.. :(

Petang sebelum hantar Tina sekolah agama..tinjau dari porch.. ahah.. dia duduk semula di sarang tadi :)

Sehingga petang.. mama dok usha dia dengan camera pun dia tak endah.. 

Hihi.. seronok sangat ada penghuni comel di halaman :)


Friday, February 7, 2014

Mari main Cat

Skudai panas berdenting .. siram pokok kat laman 2 kali sehari pun macam takde pape je. Sehari dua ni mak abah ada kat rumah. Jadi ada lah kawan nak ke laman petang-petang..

Sejak semalam dok keje menghabiskan cat putih yang berbaki. Lama dibiar sayang pulak kalau keras. Entah apa yang nak dicat.. pusing punya pusing.. batu bata pemisah laman & bongkah kayu kengkunun nak buat stepping tu dijadikan pagar deretan pasu-pasu ros.. makanya dicat putih semuanya.. :)

nampak bermaya sket laman..

Ada banyak benda nak dibuat.. entah rajin ke tidak..huhu




Thursday, February 6, 2014

Aduhai Penangan Kek Batik..


Kek batik resepi suka-suka hati nak letak apa..
Biasanya orang letak coklat emulco.. tapi coklat tu takde kat simpanan. Yang ada coklat buat topping kek coklat moist jek..lebihan yang masih simpan dalam peti ais.. jadinya..

Milo + coklat topping + nescafe

Bahan-bahan lain sama je cuma tak bersukat pun. Boh ikut sesedap rasa agak-agak berpadan dengan banyaknya biskut jek..

Boh jugak susu cair lebih setengah tin sebab tak nak jadi keras.. kat rumah ni tak suka kalau kek batik keras mcm batu..huhu..

Tina pun dah pandai makan kek batik.. tapi dia panggil kek biskut :)

Layan jek la.. hihi





Wednesday, February 5, 2014

Mangsa!!

Mangsanya.. 





Suspek-suspek yang menjayakan..





Aktivitinya..




Cerita sebenarnya???






HAPPY BIRTHDAY buat kekasih hati yang terchenta.. 
MOHD NOOR HISHAM BIN JEMAIN on
03 Febuari 2014..
sudahpun berumur.. dot dot dot.. ( sila kira lilin)

Terima kasih jugak kepada sekelian rakyat jelata yang sudi sama-sama meraikan bersama kami.. Mak lang sekeluarga, mak usu sekeluarga, abang dadi, Pak anjang sekeluarga, Ejul belalang, dan kenit-kenit..comel2 sekelian pun sama2 berembun.. ada ramai malam tu.. masing-masing bawak kawan2 bagai.. kongsi kegembiraan & makanan yang ada :)

Terima kasih banyak-banyak..
Love u all lah..
very the understanding one..
Len kali kita cari mangsa lain pulak ye..hihihi

Saturday, January 18, 2014

Mari Baca Jawi..

Bagamana nak mahir jawi?
Rasanya kaedah sama macam kita nak mahirkan membaca rumi jugak la kot ek..

Mama sebenarnya mencari kaedah terbaik nak mahirkan Tina membaca jawi. walaupun nampak dah link mengaji dengan baca jawi tu memang ada..

Kaedah lama yang terkesan adalah jadikan ia rutin.. lama-lama akan mahir..

Nak sangat dia lancar membaca tulisan jawi sepertimana lancarnya dia membaca english & bahasa..
 




video ni snap as penanda.. mama guna buku jawi yang masa di tadika nuri.. kene bermula dengan huruf Alif semula..

Ni hasil 3 sessi membaca jawi sejak pagi hari ini..
alhamdulillah..

Bukan tu saja.. terpaksa bukak muqaddam balik tu.. sebab dia lupa bunyi huruf yang atas, bawah, hadapan..haih..

Mama kene sabar banyak-banyak nih..
hihi

Happy Birthday Mak!



Mini sambutan yang sangat bermakna buat kami..

Selamat menyambut hari lahir mak.. semoga diberikan kesihatan & kesejahteraan berpanjangan. Sentiasa didalam rahmat Allah..

Kami sayang mak!

Sunday, January 12, 2014

Jumpa Ironman :)

Kami jumpa ironman.. kat sini.. 


Bukan Ironman je.. Dark Vedder pun ada..ni ha diorang..

Ada ini jugak

Penampilan-penampilan comel cute2 pun ada.. macam ni..

Kawasan-kawasan sekitar :)




Dan kat luar pulak ada Promosi Kraf Malaysia


Okeh..itu ceritanya.. :)
Saja berjalan sebenarnya..
Bawak si montel
lama dah pun..cerita december tahun lepas ni hihihi

Wednesday, January 8, 2014

Update Oyster Mushroom Project : Kelima-lima Bongkah Menunjukkan Perubahan Positif

Gambar-gambar bongkah oyster mushroom sekitar hari ini 8 Januari 2014

Ada gambar-gambar dan cerita mengenai masalah bongkah yang belum mama share lagi. Masa tak mengizinkan. Nanti mama usahakan ye

Ni mama hidangkan gambar yang sukses dulu.. My achievement setakat 8 Januari 2014

 Gambar kelima-lima bongkah oyster mushroom dalam kotak mereka..






Anak panah menunjukkan mushroom yang mula tumbuh apabila keperluannya dipenuhi.. Ini semua gambar 9 pagi tadi..

Kita tengok gambar 9 malam pulak..

Yang ini paling menonjol. Yang lain masih halus-halus macam akar..belum nampak sangat. Ni esok dah boleh buat sup cendawan dah kot..hihi

Meh kita tengok perbezaannya.. dalam masa 12 jam ia membesar dengan sangat aktif bila keperluannya mencukupi.. air & kelembapan

Kadar semburan mist air kene bergantung pada persekitaran anda. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari tapi kat rumah mama tak boleh..kene 3 kali sehari..semburan boleh dikerapkan asalkan ia tak bertakung air ye. Bila cendawan mula tumbuh, bongkah memerlukan kadar semburan mist yang lebih sebab bila cendawan tak cukup air, ia akan mengecut..

Mama alih kotak dari bawah singki ke tepi mesin basuh. Masih didalam kotaknya. Atas lantai sahaja mama letak. Tapi alas dengan kain. Letak kotak atas kain dan tutup dengan 2 helai kain. Sehelai kain kering & sehelai lagi kain mama basahkan dengan air & tutup atas kain yang kering tadi, lempaikan menutupi mulut kotak yang terbuka.. macam tu saja

 Nampak tak, pada gambar pukul 9 pagi tu oyster mushroom still kaler light grey.. sebab apa? sebab ia tak mendapat kegelapan yang cukup. Tapi tak pe, dark grey pun ok je bagi mama..

 Macam mana nak gelap? Selubunglah dengan kain ke apa ke lebih tebal.. itu yang mama buat..



 Yang ni dah kenapa pulak? Lain macam je rupa.. Hihihi entahlah..cacat sket kot tapi takpe..asalkan ia cendawan :)

Oklah.. itu sahaja buat entry kali ni..kita sambung lagi nanti ye..
bye!



Monday, January 6, 2014

Test Gula ..

Ingat lagi tak pasal penawar penyakit kencing manis, darah tinggi & jantung menurut perubatan islam yang mama post kat SINI aritu..

Mama janji nak update kan.. apa perkembangan kencing manis abah mama selepas amalkan 7 biji kelapa tu.. means 2 minggu lepas lah lebih kurang..

Gambar ehsan yahoo images..

Mama belikan abah mesin ini.. khas untuk check gula dia. Tapi dia tak operate menda ni sendiri la.. mama yang buatkan.. dolu2 kan berangan nak jadi nurse..kihkihkih..

Tapi pasal 1st time guna accu check ni mama tak teringat nak snap gambar result..huhu..

Tapi result yang dapat dari accu check ni adalah 16.5mmo/l dengan pagi tu abah tak makan apa2 or minum apa-apa pun lagi kecuali air suam

19 December 2013 - 26.9 mmo/l
5 Januari 2014 - 16.5 mmo/l

Jauh juga kan perbezaan? Hmm.. serasi nampaknya kaedah ni.

Tapi bukan hanya kelapa ini usaha kami..

1. Tukar beras kepada FAIZA HERBAPONNI.. instead of beras biasa

2. Elak makan nasi selepas jam 8 malam..

3. Kawal lauk-lauk juga, amal berlaukkan peria katak.. seminggu sekali mcm tu. Lauk-lauk berlemak pun dikurangkan sebab once gula tinggi boleh lead kepada penyakit-penyakit lain

4. Banyakkan minum air suam, air bercampur titisan limau nipis  & jika minum air bergula pun.. sudu gulanya kami kurangkan

5. Mintak abah  bergerak mengeluarkan peluh.. buat keje sekeliling rumah

Sedikit sebanyak itulah yang kami usahakan. Alhamdulillah berhasil.. berkotak ubat kencing manis masih elok tersimpan.. :)

Menunggu untuk fasting blood sugar test nanti 13 Januari.. dua-dua abah & mak. Walaupun mak takde apa masalah, tapi tak salah kan nak pastikan semuanya ok :)

To those yang nak mencuba.. boleh lah mencuba.. kami dah cuba & ianya memang berkesan. Mengurangkan paras gula darah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...