1/2 Batang Carrot
1/2 Ekor Ikan
Menu Tina hari ini ialah bubur nasi dengan carrot dan ikan goreng. Beberapa bulan dulu Tina tak suka makan bubur yang dicampur dengan carrot tapi mama dengan nenek nak cuba lagi.
Masak bubur nasi biasa cuma jangan kacau banyak kali sangat sebab Tina tak suka bubur nasi yang terlalu hancur. Tapi mama masakkan bubur nasi tu lama sikit biar sampai kembang betul. Kemudian bila bubur dah masak, campur dengan carrot dan biar sekejap. Letak sikit je garam dan kacau.Matikan api dan tutup. Goreng ikan pulak.
Masa nak makan, ambil isi ikan yang bahagian dalam sahaja (pastikan tulang-tulang kecil dibuang) kemudian hancurkan dan campur dalam bubur. Apa reaksi Tina?
Tina makan setengah mangkuk untuk tengahari! Dia suka bubur carrot. Mama seronok suap Tina makan hari ni.
3 comments:
Baiknya Tina rajin makan bubur carrot ;) Dah tak cerewet makan boley cepat besar kan? hehe~
-auntie siti-
Hi Sha! It's me Natalia...
Qistina very lucky because mommy cooked bubur nasi for her...very healthy got carrot and fish...
Siti - Tina ni makannya tak banyak.sesekali je dapat buat dia makan banyak. Tapi mesti kena rajin sikit la. Dia makan apa je tapi kuantitinya tu ..perut kecik sangat agaknya :)
Natalia - hai natalia..good to see you here. Glad to cook for her coz working days only grandma cook her bubur nasi..
Post a Comment