Semalam, 10/8/2008 kami bawa qistina keluar jalan-jalan. Kebetulan ada Pesta Anakku Jom Gembira kat Dewan Kota Kecil Kota Tinggi sedang berlangsung jadi kami pun saja-sajalah check out apa yang ada kat sana. Nampaknya Pesta tu lebih sesuai untuk toddler la sebab ada permainan seperti kick the ball, peraduan mewarna, sukaneka yang kurang sesuai untuk baby.
Walau macam manapun, ada jualan baju-baju dari jenama Anakku dan Mickey dengan harga murah.Baju-baju tu nampak ada yang dah kotor-kotor sikit sebab disimpan lama dan ada bekas lipatan. Kenalah pandai pilih yang masih elok. Ada yang RM5, RM10 dan RM15. Kami pun memilih 5 helai baju untuk qistina. Masih cantik. Mungkin stok lama Anakku sebab tak pernah nampak pun kat boutique. Ada juga jualan aksesori mandian, lotion, bedak dan juga point redemtion tapi kami tak redeem apa-apa pun sebab kebanyakan redemtion stuff yang dipamerkan kami dah ada. Feeding bottle pun ada dijual dengan harga RM3 dan RM5 tapi terlupa pulak nak ambil gambar.
Dengan pembelian 5 helai baju kami dapat 5 kupon yang boleh digunakan untuk bermain permainan tapi kami memilih untuk buat calender. 5 kupon diperlukan. Walaupun calender tu hubby kata kita boleh buat sendiri guna Adobe Photoshop tapi background Anakku tu yang susah nak dapat. Ambil hampir 10 keping gambar tapi tak satu pun dapat gambar qistina senyum. Dia lebih suka buat muka funny dia.. selepas 5 minit calender siap kami pun bergerak untuk pergi minum. Maklumlah panas jugak kat sana tu.
Kami minum dan makan nasi ayam di Express Restaurant. Lebih kurang 1 jam kemudian kami bawa pulak qistina jalan-jalan di Plaza Kota Tinggi. Tina dah dapat baju...abah pulak belikan mama cincin emas yang ada batu permata macam cincin kawin tu..hehehe..cincin kawin version emas.Thanks yang ..
On the way balik..kami singgah di kedai perabot untuk beli tilam. Abah kesian mama & Tina tido atas comforter je..sejuk. Dapat tilam tu dengan harga RM210 ..bawak balik naik MyVi je..hehehe..
Dlm perjalanan tu tina dah pun tertido. Penat sangat agaknya 1/2 hari berjalan-jalan..
Seronok sangat dapat spend time dengan qistina. Yelah ..hari lain mama & abah kerja. Qistina pun nampak seronok..seminggu sekali seboleh-bolehnya kami pastikan dapat luangkan masa untuk bawa qistina jalan-jalan. Walaupun penat tapi kami puas hati .. dapat spend time dengan si puteri kesayangan yang sorang ni..
QASEH GOLD JUNIOR - manfaat untuk sekeluarga
-
Alhamdulillah..
Setelah sekeluarga mengambil QASEH GOLD JUNIOR sebagai supplement
harian..few weeks lepas.. waktu itu awal persekolahan..
Si ibu ini da...
8 years ago
No comments:
Post a Comment