contoh komen: TiniHani nak joint.. saya nak word:FAMILY pic:LOVE
"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."
MAMA TINA'S OTHER BLOGS
-
QASEH GOLD JUNIOR - manfaat untuk sekeluarga - Alhamdulillah.. Setelah sekeluarga mengambil QASEH GOLD JUNIOR sebagai supplement harian..few weeks lepas.. waktu itu awal persekolahan.. Si ibu ini da...8 years ago
-
Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....9 years ago
Friday, November 27, 2009
Customized Felt Tshirt Giveaway..
Lynn Craft 1st Giveaway
Thursday, November 26, 2009
Berus Gigi Baru Tina
Wednesday, November 25, 2009
Our 1st J-Card Day
Tuesday, November 24, 2009
Projek 'Care For Kak Yong' Telah Berjaya!!!
Sunday, November 22, 2009
MOBS & Luvable Kids Contest Giveaway
(ii) Kids Pop Up Hamper
RM19.90 each
(iii) Unique Safety Door Knob Cover
1 piece of Door Knob CoverKeep toddlers from accidentally locking themselves in the room and gaining entry to off-limit areas
RM7.90
As I said, I love item (i) and (ii) for my girl room decoration. But I need item (iii) for safety purposes. Recently, my girl lock herself in one of our room. Its because she close the door herself anf without intention I guess she push that lock button.So, this is the perfect item for me in order to prevent that incident happen again.
This is a new contest giveaway from MOBS & Luvable Kids. For more information please have a look here.
So, why wait? ... Come and join!
Saturday, November 21, 2009
Project Mega Blogger- Care for Kak Yong
Insiden Cemas !!
Thursday, November 19, 2009
Happy 4th Anniversary..
Pada hari ini, pada tarikh ini dan pada jam ini 4 tahun lalu mama & abah bersatu setelah lebih 6 tahun bercinta, 1 tahun setengah bertunang..
abah semasa selesai akad nikah. actually abah kata dia menggigil masa doa dibaca, sebab tu la abah buat tangan dia macam tu. takut orang perasan katanya...
upacara batal air sembahyang..
malam berinai
gambar-gambar bersanding
ini gambar perkahwinan kami berempat sebab mama bersanding sekali dengan adik mama yang sorang tu
Sayang.. I love you so much..Happy 4th Anniversary..
Ini Pokok Apa ye?
Tuesday, November 17, 2009
Parcel Again?
Inilah parcel yang mama maksudkan...
Pengirimnya..tengok nama mama tak kenal tapi mama terus je bukak dulu parcelnya.. jeng..jeng..jeng...
Alahai Tina..auntie Caroline & Angel la yang hantar. Baru mama teringat, caroline ada bagitau kat mama yang dia akan mintak mak dia poskan small pressie untuk Tina. Dia bagitau mama sebab dia tak dapat nak kirimkan hadiah tu awal masa birthday Tina coz dia sekarang berada di Shanghai, China bersama keluarganya..
Anyway..thanks to you Caroline for such a great gift... Tina was so happy seeing this. Hmm..Tina sangat bertuah pada birthdaynya tahun ini..ramai yang ingat dan mengirimkan hadiah buatnya.. Terima kasih semua..How I wish I can send something over .. nanti akan mama usahakan..Insya'Allah...
Restoran Black Canyon - Jusco Bukit Indah
Tina & abah..si cumei keriting ni asyik nak naik atas meja je..
Staff kat restoran ni semuanya bukan orang tempatan tapi service diorang beri boleh dipuji. First menu yang sampai ialah air tembikai diikuti oleh tomyam sup yang menjadi pengiring makanan yang kami pesan. Kami semua makan set yang RM12.90 setiap seorang. Dan setiap set datang dengan air dan tomyam supnya sekali. So, dah jimat kat situ. Kami juga order french fries dan 2 hidangan goreng-gorengan yang lain untuk anak-anak sekelian. Aiskrim pun ada gak. Order 1 cawan jek sebab nak melayan selera baby-baby ni ha..
Aksi-aksi Tina mendera abah dia main eskeletor.. pantang nampak menda ni kat shopping complex, dia dah tak nak dukung dah..nak main kat sini..
Bila keluar dari pintu Restoran Black Canyon tu, Tina terus pimpin tangan mama nak main kat playground yang ada air pancut tu. Tak ramai sangat kanak-kanak, mama cuma perhatikan dia je sebab abang-abang (anak-anak mummy azie) dia ada main kat situ. Dan I was impressed by this action by Tina..sungguh mama tak sangka..jom tengok..
see..how careful she is! Moving her hand slowly over the holder..selama ni dia tak pandai nak naik tangga ni. Kalau nak naik mesti mintak mama ke abah dukung dia. Nasib baik abah pun dapat tengok this precious moment jugak sebab masa tu abah ada.. uiiyoo.. my cutie is reached another milestone!!
Monday, November 16, 2009
Hadiah Dari SCA Drypers
1 pack L 24pcs Drapers Wee Wee Dry
1 silly shapes tiny animal sticker book
1 plush toys - squirrel (agaknya la)
Terima kasih banyak-banyak kepada SCA kerana sudi menghadiahkan ini semua untuk sembangan mama yang tak seberapa tu. Ini yang menambahkan semangat mama nak response lagi ni.
Kalau nak tau, parent circle ini ialah seperti sebuah newsletter berbentuk booklet yang dikirimkan oleh SCA. Didalamnya penuh dengan informasi dan soalan dari ibu bapa yang turut dijawab oleh para ibu bapa juga melalui pengalaman dan pengetahuan masing-masing. Memang sangat bermanfaat.
Selain parent circle ni, mama turut join Drypers Milestone Program untuk Tina. Dan dalam Drypers Milestone program ini, mama dapat sebuah hardcover file yang cantik untuk mama compilekan setiap milestone yang SCA kirimkan. So far, mama dah terima sehingga Milestone 8 (24 - 27 bulan). Nantilah bila-bila senang mama upload gambar file yang cantik ni.. dan apa yang mama ada didalamnya..
SCA jugak ada jalankan redemption program tapi untuk baby yang lahir pada tahun 2008 sahaja. So, Tina tak qualified untuk sertai program yang ini..
Eh..dah macam promotion post pulak untuk drypers kan! Tak pe lah..apa yang baik patut kita kongsi bersama..apa info yang mama ada..ibu-ibu lain pun tentu nak tahu jugak..so kita share..bukan ke sharing is caring....
Untuk sebarang pertanyaan ke info terkini ke bolehlah emailkan ke consumer.care@scahygiene.com.my atau telefon terus consumer care dept mereka di 03-51016677.
Thanks Again SCA!!
Saturday, November 14, 2009
BlogKu DiSerang!!
Thursday, November 12, 2009
Mak..
Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara mereka masih hidup..
Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut Hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar Dan berkerja...
-bolehkah kau kirim Wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air Mata jika Kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... SGT RINDUUU
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat Dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... .....
SAYA.....
Love Is In The Air ...
<>
Wednesday, November 4, 2009
Cutest Baby Photo Contest - Cutest Baby In Nature
Nama Baby : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
22 Oktober 2007
Gambar ini sebenarnya diambil pada bulan Jun lalu. Ini adalah pertama kali kami membawa Qistina ke pantai. Dan pantai ini pula adalah pantai yang masih belum mempunyai nama dan belum diwartakan. Pantai yang masih kaya dengan ciri-ciri semulajadinya ini terletak di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Kira-kira 45 minit perjalanan dari Pantai Teluk Mahkota atau nama lamanya Jason Bay.
Perjalanan ke pantai ini melalui hanya pemandangan pantai dan hutan pantai sahaja. Penuh dengan segala bentuk kehijauan dikiri dan kanan jalan. Rumah-rumah penduduk pula kebanyakannya masih menggunakan atap nipah kerana mereka semua adalah nelayan.
Qistina sebenarnya masih belum biasa dengan bunyi air laut, desiran ombak dan unggas-unggas dipantai. Malahan dia tidak mahu turun dari dukungan sewaktu kami baru sahaja sampai kesini. Hanya selepas beberapa ketika dia mahu menjejakkan kakinya pada pasir pantai.
Kami membawanya ke pantai ini kerana mahu menunjukkan kepadanya keindahan pantai yang sebenar. Ya, mungkin dia masih kecil untuk memahami kepentingan alam semulajadi kepada manusia tetapi sekurang-kurangnya kami mahu dia tahu betapa cantiknya pemandangan air laut, batu-batu dipantai dan hutan-hutan kecil yang masih ada di sekitarnya.
Kami mahu dia menghirup udara segar semulajadi agar minda dan fikirannya turut sihat dan segar. Dan kami amat berharap kunjungan seperti ini akan membuat dia tahu menghargai keindahan alam semulajadi apabila dia besar nanti.
Sewaktu dibawa mencecahkan kaki pada air laut, dia sangat takut. Melihatkan keadaannya begitu kami bawa dia melihat keindahan pasir dan batu-batu ditepian pantai. Satu yang kami suka dengan pantai tidak bernama ini ialah, ia mempunyai koleksi batu-batu dan pasir laut yang sangat cantik dan ianya sentiasa berubah-ubah setiap kali kami mengunjunginya. Dan pada waktu kunjungan kali ini, batu-batu berwarna kelabu keputihan dan batu-batu putih bersih memenuhi pinggir laut. Pada kunjungan lalu, batu-batu hitam berkilat bersinar-sinar disiram cahaya matahari.Qistina dengan selambanya duduk dan bermain batu-batu pantai yang cantik ini.
Lucu pula kami melihatkan wajahnya yang berkerut menahan panas matahari pagi dengan peluh membasahi seluruh kepala dan badan.
Cuma satu yang kami kesalkan, ada sesetangah tetamu yang masih kurang kesedaran tentang kebersihan. Pasir pantai yang cantik memutih ini ada yang dicemari dengan plastik bekas makanan dan botol-botol kosong.
Jika ada yang berkenan mengunjungi pantai yang belum bernama ini, kami dengan senang hati memberikan lebih informasinya. Keindahannya memang layak di kongsi bersama. Hebat sekali ciptaan Allah bukan?
***************************************
Kepada semua blogger, jomlah sertai contest ini! Sila klik pada contest banner untuk informasi lanjut ya!
Tajaan bersama :
Hello...Hello...
Seronok tengok bila anak kita dah capai satu lagi milestone. Dia sedang cuba memahami dan menggunakan perkataan untuk berbual. Walaupun kita tak berapa faham apa dia cuba nak katakan tapi sekurang-kurangnya kita tau dia cuba bercerita tentang sesuatu..
And mama selalu biarkan dia bercakap dengan mak & atuknya kat telefon. Cute sangat tengok dia berbual kan..
Apa Jenis Pompuan Nih??
Tuesday, November 3, 2009
Walaupun Kecil..Tetapi Sungguh Bermakna..
Flash Card & Upin Ipin Pencil Case - Hadiah dari Auntie Angel & Oscar Boy
Hadiah dari mama& abah - Duckie Bath Robe bought from Angel
From Aunty Joanne & Sarah - Glow in the dark deco & lantern.. (hikhik...this is so special tau...)