"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, November 14, 2009

BlogKu DiSerang!!

Hehehe... gempak jek bunyi tajuk post. Tapi sebenarnya tak de apa pun..begini ceritanya...

Pagi semalam masa mama tengok blog..masih elok posisi column dia. Cantik jek..

Malamnya lepas Tina tido mama pun pergi lah tengok blog lagi.. Ehh...apa dah jadi???? Middle column dengan right sidebar blog mama dah gi menyorok kat bawah left sidebar.. mama pun pelik la kan. Mama tak wat pape pun pagi tadi. Takkan lah menda ni bergerak sendiri. So sibuk la cari jawapan dalam blogger help la..blog doctor la..tapi sambil menunggu reply dari mereka, mama godek-godek sendiri blog mama tu. Hehehe...konon-konon pandai la sangat..


Bila tengok dah ada reply mama terus baca and try nak fahamkan. Then mama cuba la ikut apa solution yang dicadangkan. Untuk setengah jam..tak ada apa berlaku. Maknanya kesilapan bukan disana..kena cari kat tempat lain pulak..hish..

So, dengan sabarnya mama mencari..mama cuba kembalikan blog kepada 2 templete..tapi tak menjadi. Left sidebar jadi sebesar alam! ..Ohoh..kepala dah naik berasap..pening memikir nak balikkan semula 3 column templete tu..

Tetiba mama dapat satu idea. Mama tengok setiap satu widget yang pernah mama add kat dalam blog. Dengan yakin delete satu demi satu..sehinggalah...

Bila mama delete widget glitter-graphics yang "come again" tu..middle column dan right sidebar balik semula ke tempat asalnya..Fuh! Lega!! Terus senang hati dan save..tapi tertanya-tanya jugak..kenapa hari ni baru dia nak jadi silap..selalunya tak pun. Tapi ah..malas la nak fikir lagi..

So, now dah pukul 4 pagi dah..mama dah senang hati..nak tido..mengantuk..!!!

7 comments:

Dilla Ady said...

isk..bahaya gak ek kak..kalu dilla da berubah2 camtu konpem tak reti nk adjust balik..silap2 ubah background baru..berminggu2 baru la siap..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

hik...

mesti risau gilerz kan time tuh...so untuk tidak hilang ape yg kita ada kat dlm blog nih. kita kena save code HTML tuh kat mana2. if hilang kita ada code tue kan?

mamapp said...

wow kaedah troubleshoot yg berkesan

Sha@Mama TinaAzra said...

Dilla - confirm dilla..akak pun tak tau nak buat apa sebenarnya. Ntah kenapa dia mcm tu. Nasib baik dah betul balik tau...

Mama Adam - Hmm.tu la menda yg paling penting nak buat dulu sebelum apa-apa berlaku. Tapi tak dinafikan..berasa gak kepala rasanya..hehehe

Adda - ye la kan..tak sangka cempedak menjadi nangka!

Diamilikku said...

ooowhh terkujat den....ingatkan kena serang ngan lalat aka langau tadi...hehehhe

Sha@Mama TinaAzra said...

Hehehe...sorry..

zieha said...

salam perkenalan:)tks ye ziarah blog myfiras..soweeyy lmbt reply..coz this lately jarang menghapdet blog my son,,hope we can keep in touch always..tks:)
Pasal blog tu..mmg kadang2 n tiba2 leh jd something wrong kt blog..zieha pun tak tau nak wat camne..salute la kat u..boleh perbaiki semula..boleh la ajar next time:)) hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...