"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Thursday, November 12, 2009

Mak..

Sesuatu yang baik untuk di renungkan bersama.....
Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara mereka masih hidup..

Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut Hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar Dan berkerja...
-bolehkah kau kirim Wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air Mata jika Kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... SGT RINDUUU



-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat Dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... .....

SAYA.....
*************************************
Mama rasa terpanggil nak kongsikan email ini dengan kawan-kawan blogger mama. Memang menyentuh hati email ni. Mama ada sorang kawan sekolah rendah yg mama jumpa semula tahun ini dalam facebook. Diala yang hantar email ni. Dia rajin forward email yang cantik-cantik kat mama..

Mama rasa dah buat yang terbaik untuk mak abah tapi mungkin ada yg mama boleh perbaiki. Teringat mama berhenti kerja kerana nak temankan mak dan abah tengok adik mama yang sakit kena santau kat perak. Pukul 2 pagi gerak dari rumah..sesat kat KL..sampai perak pukul 2 petang dengan tak makan..bukan tak nak makan tapi selera tertutup.

Bos memang tak bagi cuti tapi mama nekad.. adik aku sorang je..mak abah aku pun sorang je..kalau jadi apa-apa kat jalan dengan aku kat tempat keje..nanti aku menyesal. So mama tak nak menyesal..kerja boleh cari..mama berhenti notis 24jam..

Satu je yang mama pegang sampai hari ni..untuk selamanya.. "aku tak nak menyesal kemudian hari. aku nak bagi mak abah apa yang diorang belum pernah rasa dalam hidup. mungkin aku tak mampu nak lambakkan duit tapi aku janji diorang takkan kurang perhatian dan kasih sayang. aku akan cuba sebaik mungkin..ketabahan diorang adalah semangat untuk aku jalani hidup berkeluarga.Kalau abah yang gaji RM800 boleh hantar aku sampai ijazah..takkan la aku tak boleh hantar anak aku sekurang-kurangnya ijazah jugak.."

Mak selalu pesan..sayang mak dan bapak mertua macam mama sayang mak dengan abah jugak. Ye..mesti..mama sayang dua-dua in law..

Dan sebagai isteri..mama wajib ingatkan abah agar tak lupa mak dan bak dia. Berdosa pulak kalau dia terlalu melebihkan mama sangat. Mama tak nak dia dipersalahkan 'disana' nanti. Hmm... mama harap email ni dapat sekurang-kurangnya menyedarkan kita kalau kita terleka selama ni..

Mak dengan abah selalu kata..mak dengan abah bukannya nak duit..ingat dengan mak abah..balik tengok..tu pun dah cukup..

Berat sangat ke permintaan diorang? Mama rasa tak..

Mama baru balik kampung minggu lepas. Abah pulak amik cuti hari isnin tu..huh..sungguh seronok..dapat balik rumah mak..jumpa..cerita-cerita..keluar jalan-jalan dengan mak dan Tina..hehehe...besh..dulu lom kawin selalu angkut mak gi sana-sini..jalan-jalan..window shopping..makan-makan.. Dah kawin ni boleh gak tapi tak selalu macam dulu la..but still..kalau balik..mesti keluar jalan-jalan..

Mama suka duduk dengan mak..peluk mak..nak balik mesti cium pipi dua-dua belah..sebab..mama tak nak menyesal tak cium dia puas-puas.. dah jadi mayat baru nak cium dah tak de makna. Nak cium baik cium sekarang..

Kami cuma dua beradik je..sape lagi nak sayang mak abah kan..

3 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Ermm..samala kite Sha..dulu sblum kahwin mmg berkhidmat sepenuhnya utk mak.. setiap kali weekend mesti balik kg. hantar mak mane die nk pergi. beli brg ker, kenduri kawin ker, jalan2 ker. now dh kerja, dh kawin n ade anak, mase ngan mak sgt terhad. balik kg pon skali skala dgn mase yg terlampau singkat. rindu sgt nk berkhidmat dgn mak mcm dulu..huhu (tetibe rase syahdu sgt. nasib baik esok mmg plan nk balik kg. leh jumpe mak!!)

Dilla Ady said...

sedihnye entri akak kali ni..bergenang airmata ni ha..

hmmm...dilla ni pun rasanya tak mampu nk berkhidmat sepenuh masa sebab masa yg terhad. Cuma berusaha yg termampu yg boleh dan sebolehnya buat mak dan abah tersenyum. dgn duit dan kemewahan mmg tak boleh, tp balik jenguk bawak sasha main2 pun diorang da tersenyum lebar da..

Sha@Mama TinaAzra said...

akak bukan apa dilla..kadang2 kita terlupa menda-menda penting macam ni. Yela..bak kata org tua2 dulu..dah ada suami..semuanya suami je..

harap kita semua dapat menggembirakan hati mak abah kita kan..yela..selagi nyawa dikandung badan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...