"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, November 17, 2009

Restoran Black Canyon - Jusco Bukit Indah

Semalam petang, kami (mama,abah & tina) serta Mummy Azie dan putera-putera sekelian gi ronda-ronda kat Jusco Bukit Indah. Saja window shopping je sebenarnya. Merehatkan minda dan otak..

Bila anak-anak sekelian dah buat perangai jek..baru sedar rupanya masing-masing dah kelaparan. Tina pun dah asyik wat fussy action jek..kami turun ke tingkat bawah melihat-lihat apa yang sedap untuk dimakan.. kaki masing-masing terhenti di depan Restoran Black Canyon. Mama lom pernah makan kat sini tapi mummy azie kata dia dah pernah makan..and makanannya boleh tahan. So..jom masuk...

Tina & abah..si cumei keriting ni asyik nak naik atas meja je..

Kita posing lak Tina..ehh...happynya mama

Anak dara & abah yang sama-sama vogue gitu..hehehe

Staff kat restoran ni semuanya bukan orang tempatan tapi service diorang beri boleh dipuji. First menu yang sampai ialah air tembikai diikuti oleh tomyam sup yang menjadi pengiring makanan yang kami pesan. Kami semua makan set yang RM12.90 setiap seorang. Dan setiap set datang dengan air dan tomyam supnya sekali. So, dah jimat kat situ. Kami juga order french fries dan 2 hidangan goreng-gorengan yang lain untuk anak-anak sekelian. Aiskrim pun ada gak. Order 1 cawan jek sebab nak melayan selera baby-baby ni ha..

Ini aksi si cumei kami minum air tembikai. Memang anak-anak ni suka meniru apa kita buat la.. tengok la kat video tu. Bila minum kan kita kacau-kacau air dengan straw.. dia pun buat jugak malah dengan aksi yang sangat comel dan cute.. kami sama-sama ketawa melihat telatahnya..Tina..Tina..


Pas tu, dia boleh minum banyak sekali pulak tu..orang sedut sikit-sikit..berhenti..ni tak de..jalan terus macam LRT.. dah banyak kali..sedar-sedar dah tinggal separuh gelas je..

Ha..inilah dia aksi makan aiskrim. Tina dengan abah dia memang 'hantu aiskrim'. Diorang berdua ni memang sama naik la..pantang nampak aiskrim. So abah dengan rela hatinya melayan Tina makan aiskrim. Mama sambil-sambil suapkan baby kimi makan aiskrim sebab mummy dia dok hujung meja yang sebelah sana..jauh..

Tina ni tak lokek tau. Dia suap abah dia..tengok la..

Aksi-aksi Tina mendera abah dia main eskeletor.. pantang nampak menda ni kat shopping complex, dia dah tak nak dukung dah..nak main kat sini..

Bila keluar dari pintu Restoran Black Canyon tu, Tina terus pimpin tangan mama nak main kat playground yang ada air pancut tu. Tak ramai sangat kanak-kanak, mama cuma perhatikan dia je sebab abang-abang (anak-anak mummy azie) dia ada main kat situ. Dan I was impressed by this action by Tina..sungguh mama tak sangka..jom tengok..


see..how careful she is! Moving her hand slowly over the holder..selama ni dia tak pandai nak naik tangga ni. Kalau nak naik mesti mintak mama ke abah dukung dia. Nasib baik abah pun dapat tengok this precious moment jugak sebab masa tu abah ada.. uiiyoo.. my cutie is reached another milestone!!

1 comment:

Dilla Ady said...

impressednye tgk Tina..macam2 aksi dia wat ye..da besar da dia..

beshnye dapat present lagi...tahun ni bufday tina mewah ngan hadiah la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...