"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, November 19, 2013

19.11.2013 Wedding Anniversary



Sudah menjejak tahun ke 8
kasih sayang tetap utuh
malah rasanya semakin tebal hari demi hari

Hanya kami yang tahu 
dalam ranjau duri perkahwinan
ada bahagia tak berpenghujung

Ya Allah..
Kuatkanlah ikatan hati kami
tabahkan lah kami menempuh hari-hari mendatang
dengan penuh syukur
dan penuh cinta
kepadaMu

Sayangku..
Sesungguhnya
Hanya dikau ku cinta selamanya






Kekasih hati selamanya :)




Hadiahnya?
Dia tak buat kejutan. Tapi mama yang memang sangat-sangat tak sangka.. katanya ajak ke sutera Mall.. nak beli "baldi"
Ingin nak bertanya, kenapa tak beli "baldi" kat kedai RM2 depan ni je..kan lagi murah. Tapi.. ah mungkin menyambil nak jalan-jalan.. tak kisahlah..

Rupa-rupanya..

gambar sekadar hiasan..hahaha


Uiii... "baldi" lah sangat

Aduhai.. sungguh-sungguh tak duga, nak dapat hadiah ye..
mana boleh tak suka kan..

Wahai incik kekasih hati..
Terima kasih sangat-sangat..
"baldi" awak menjadi ye kali ni..

Terima kasih kerana menunaikan impian saya
saya akan guna& manfaatkan "baldi" pemberian awak tu sebaik-baiknya ye..

Love you
much and much and soooooo.... much..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...