"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, November 20, 2013

Seharian Di Parit Baru, Pontian

Dihari wedding anniversary, kami bukannya pergi jalan-jalan, makan-makan celebration TAPI kami balik kampung abah di Parit Baru, Pontian Johor

Agak lama tak balik ke sini, seronoknya merasai suasana kampung. Kami benar-benar menghabiskan masa bersama-sama. Kait rambutan, memancing & menghayati keindahan kampung yang penuh kehijauan.. segarnya rasa walau sedikit panas..hihi



Rumah kampung ..

Paling mencuit hati bila mama berjaya snap gambar anak & abah ini sedang memancing di jambatan rumah.. Bukan selalu tau dapat best shot macam ni..





Dan ini shot paling cantik hari ini..
suka sangat dengan gambar ini..




Ok..hari dah beransur petang.. kita kena balik :)



Bonding time yang tak dapat dibeli dimana-mana..
bahagianya dihati
lapang fikiran

Alhamdulillah..

Balik pun dah penat. Malam ada bola pulak kan..Memang dah tak larat nak kemana-mana.. owh..rindu dengan rumah :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...