"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, November 12, 2013

Akhirnya Blood Test Menentukan..

Isnin ( 11.11.2013 ) panas badan Tina naik semula dari 37++ ke 38++.. huh..mama dah risau balik. Risau takut menjelang malam kepanasan akan naik lebih tinggi.

Bincang2 dengan abah untuk gi farmasi cari ubat lain menantikan siang nak pergi buat blood test. So kami keluar lah ke farmasi cari ubat demam & ubat alergi. Siap beli ubat Tina ajak balik, katanya 
"kepala saya dah goyang-goyang.." means dia pening..

Tapi tak jugak terus balik. Kami singgah rumah nenek dia dulu.. jumpa nenek & atuk. Berhari juga sejak demam tak tengok2 nenek & atuk. Tapi tak lama.. dia masih kata pening. Jadi kami balik.

Malam tu..bagi ubat yang beli.. tepuk-tepuk dia tidur lena sekali. Badan tak panas tapi berpeluh-peluh. memang sengaja on aircond tak sejuk supaya udara beredar ..

So paginya dia bangun lebih sihat nampaknya. Ada parents day.. takpe itu kita cerita post lain ye.. After amik exam result, abah hantar mama & tina balik. Dan abah terus gi sekolah. Mama pulak siap2 terus start kereta bawak tina gi Klinik Kesihatan Taman Universiti..

Biasalah..kk ni orang ramai kan. Sape tak sanggup menunggu memang takkan pergi. Tapi mengenangkan pernah pergi sekali & sangat membantu, mama nak jugak menunggu :) lagipun jimat duit. Kalau buat kat private mau puluhan atau ratusan jugak nak kene keluar kan. Ada yang khidmat nya sama..kita manfaatkanlah.. 

Tina dah mula takut sebab ini 2nd time buat kan.. tapi masa menunggu pun tak lah lama..


Tangan montel kan..susah sangat misi nak cari urat. Try sekali cucuk tangan kanan tapi tak dapat..huhu.. menangis dah.. kakak misi surrender, panggil MA pulak buat. Hampir 10 minit juga mencari urat..tepuk-tepuk..akhirnya dapat kat tangan kiri.. huhuh..banjir kk tu dia menangis hahaha..

Bawak darah gi makmal..result within 10 minutes jek

Proceed ke bilik dokte. Pun tak lama menunggu.. setengah jam la kot..

Dokte kata kuman demam tinggi, darah pekat. So kene bagi makan ubat dan minum air banyak-banyak.. kalau tak berjaya bagi minum air banyak.. terpaksa datang semula & diorang akan forward ke hospital untuk masukkan air. Darah menjadi pekat itu BAHAYA ye.. 

So, mama rasa boleh kot bagi minum air. So dokte bekalkan ubat. If tak ok datang semula..

So, kami tunggu turn ambil ubat..


Sepanjang demam ni makan & minum sangat susah sebab dokte klinik biasa aritu kata jangan bagi goreng-goreng, pedas-pedas..jadi setiap kali makan Tina akan makan sangat sedikit. tak ada selera agaknya sebab biasa makan pedas..

So, nak pancing dia minum air banyak adalah dengan memancing dia makan. Mama buat jelah apa dia suka makan, dan ingatkan dia minum air.. jap2 suruh minum air..

Lega bila dengar dia dah mula membebel-bebel macam biasa..hopefully dia akan sembuh cepat..

Ni baru lepas makan ubat :)

Doakan my sweetheart sembuh cepat ye korang.. tq!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...