"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, March 5, 2015

Akhirnya... Demam..

3 dan 4 Mac 2015 adalah hari ujian pentaksiran pertama kat sekolah sweetheart. Bangun pagi 4hb tu badan dia suam2.. tapi dia nampak ok je.. maka gi sekolah macam biasa. Mama kat rumah hati tak sedap.. sekali masa jemput balik.. haaa.. tu dia.. dari pintu pagar dah nampak muka yang merah padam..

Nafas pun dah semacam je.. tanda2 tak sihat. Balik umah suh dia rehat..minum susu. Bila dia dah rilex dalam setengah jam.. try temping suhu dia.. 38.7 ..

Cepat2 lah amik tuala basah tekap kat kepala & letak kat badan terutama kat pelipat2. Dia nampak rilex dan terlelap sekejap. Temping kedua kali 39.2 aduhai.. makin naik.

Kerapkan tukar tuala basah.. dia terlelap semula dan dalam sejam macam tu temping semula.. turun dah 38.5.. fuh.. lega sekejap..

Makin petang..makin turun suhu dan akhirnya badan dia suam2 je. Berpeluh2..

Malam tadi tak berapa lena nak tido.. risaukan dia. Beberapa kali bangun rasa dahi dia alhamdulillah tak panas..

Pagi ni..5hb.. abah kata tak payah sekolah. Bawak kakak pegi klinik. 

Jumpa dokte.. dapatlah ubat :)


Semoga baby mama sihat dapat berehat this weekend. Cuaca sekarang memang panas.. kene banyak minum air & elakkan berada di luar jika tak perlu. Strok haba sangat bahaya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...