"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, October 23, 2013

The 6th Birthday Story..

 Weekend last week dah start mencari barang-barang untuk goodies si sweetheart yang ke 6 tahun.. buat yang simple-simple je untuk dia meraikan dengan kawan-kawan dia di sekolah :)

Buat goodies tak banyak pun. Just 30 pack je. Classmates dia cuma 24 orang sahaja. Class teacher sorang :)

Ini goodies yang mama siapkan isnin pagi



Then selasa pagi..on the birthday date tu mama hantar semuanya ke sekolah & mintak tlong teacher dia snap2kan gambar sket :)

Yang ni gambar pagi.. dirumah..



Then waktu balik sekolah.. mama bluetooth gambar dari teacher kelas dia.. thanks a lot teacher :)

























Teacher siap ada amikkan video tapi tak compatible dengan hp mama kot.. nanti kita tunggu lah teacher bagi video kat FB mama ek.. :)

Then.. waktu balik rumah mama cakap..tunggu abah balik then mama & abah akan bagi birthday present. Dia keep asking mana hadiahnya.. hihihi.. 

Sebaik sahaja abah balik, mama pun keluarkan hadiah :)







Apakah hadiahnya ??




Jangan tanya mama kat mana.. haha mama camerawoman :)

Alhamdulillah selesai sudah majlis disekolah.. dia happy sangat makan kek & bergembira dengan kawan-kawan dia. 

" Masa berlalu tak terasa. Hari ini genap 6 tahun umurnya jam 1.10 tghari nnt. 
 HAPPY BIRTHDAY NUR AIN QISTINA BINTI MOHD NOOR HISHAM.. semoga membesar menjadi anak yang berjaya di dunia & akhirat,jadi saham syurga mama & abah insya Allah. Semoga dijauhkan dari perkara-perkara yang tak elok, dilindungi dari kejahatan manusia & syaitan, diterangkan hati & minda untuk menimba ilmu dunia & akhirat sebanyak mungkin. Sayang kakak sangat-sangat walaupun tak taulah ada rezeki ke tidak nak jadi kakak

We love you.. more than ever you can imagine sayang.. Have a wonderful 6th birthday"

** masihterbayangsakitbersalinitu**

Amin..

Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha

Buat semua kawan-kawan
&
Pengunjung blog Tina, Mama, Abah..

Kami ucapkan..




Saturday, October 12, 2013

Soya & Kesuburan.. Baguskah??

Ini apa yang mama jumpa.. site ni memang bagus. Banyak info dia tentang kesuburan.. Tapi artikel dia dalam bahasa inggeris.. korang kene translate sendiri lah ye.. bahasa yang digunakan bahasa mudah faham je pun. 

Banyak kali abah kata soya tak baik untuk kesuburan.. elakkan ambil soya.. gulp! huhu..

Nah.. Link dia..korang baca sendiri ye..





Gambar dari yahoo images

So.. fikir-fikirkanlah :)

Thursday, October 10, 2013

Siput Sedut Tumis Cili Padi..

Incik kekasih hati beli siput sedut.. banyak.. 6kg katanya nak makan ramai-ramai dekat rumah mak dengan semua orang. Ok lah.. yang pastinya akan masak lemak lah kan siput tu..

Jadi sebelum hantar gi rumah MIL.. mama ambil je sikit. Cadang nak tumis cili padi..

2 malam juga mama biar dia dalam bekas bertutup lubang-lubang.. alhamdulillah tak mati. Mak mama pesan jangan kenakan air..kalau kena air yes..dia akan mati

So sampailah hari ni baru masak..takde seekor siput pun yang mati :) hooray!

Incik kekasih hati risau sangat camner mama nak potong hujung siput tu.. mama kata guna parang pun boleh..hihi dia risau kene tangan okeh.. sayang jugak u kat ai ye ;)

Tapi mama hati-hati je potong alhamdulillah..ok..tanpa kecederaan :)

Tumis siput cara mama belajar dengan mak senang je

~ siput dipotong hujung & dibersihkan betul2
~ tumbuk cili padi, bawang putih, bawang merah sampai lumat
~ tumbuk last sekali halia (bagi pecah je)

~ Tumis bahan yang ditumbuk sampai wangi, masukkan sedikit air & masukkan siput. Kacau rata kemudian masukkan serai & daun kunyit.. tutup biar dia masak dengan wap
~ bila dah masak.. boh la garam, gula & aji .. perasakan..
~siap :)



Bestnya siput!!

Lauk siput ni buat mama teringat mak & abah yang jauh diutara sana. hari-hari call pun rindu. Dulu masa mama sakit thyroid.. every week mak akan masakkan siput tumis ni.. waktu tu mama kene makan siput & kerang lebih sebab kekurangan iodin ..

Bila dah sembuh.. lama juga mama tak lalu makan siput & kerang.. dek sebab dah terlalu muak.. sekarang ni je baru slow-slow makan balik..

Mak.. abah.. miss both of u

Tuesday, October 8, 2013

Fruits Today..

Mama tak boleh tengok buah-buahan.. hihi.. sangat suka makan buah..
Masa pregnant qistina dulu tak boleh tak ada buah.. rasa macam ada benda tak lengkap.

Tadi gi pasar.. sudah habis membeli-beli.. hantar barang masuk boot kereta dulu then jalan lagi kat gerai buah pula.. :)

Makanya.. berplastik juga  dijinjing ke kereta..



Ternampak pulasan besar-besar ni.. RM10 untuk 3 kilo.. ok lah tu. Susah tau nak jumpa yang besar-besar macam ni. Picit2 rasa kulit masih keras..ok la tu..

Abah suka pulasan kan kan kan...:)



Pisang & jambu batu ni memang all time fevret.. hihi.. 
Suka pisang yang kecik-kecik macam ni.. comel & senang nak makan. Kalau beli pisang montel kang macam rasa nak potong separuh plak..

Tapi sesekali bila teringin amik juga pisang montel yang sememangnya lawo-lawo kan tengok kulitnya. harganya pun lebih sket arr.. tapi takpe..bukan beli banyak :)

Apa buah-buahan yang korang suka ek?

Monday, October 7, 2013

YES.. Saya Consume Shaklee Supplement


Baru berkenalan.. tapi dah jatuh chenta :)
Bila kenal lebih dalam.. lebih suka nak amalkan

Proudly say now.. I am
SHAKLEE Independent Distributor

Ok hari ni mama share satu supplement yang 1st mama kenal dengan SHAKLEE ye..
supplement itu adalah..


B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? 
Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda.
 Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, 
mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
tenaga.*
Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang
mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

*******************

Tang Asid Folic tu yang mula-mulanya buat mama berminat nak tau..nak baca lagi & nak cuba. Besar gunanya Asid Folic tu pada pasangan yang merancang nak pregnant lagi..macam mama..

Plus.. malas nak ambil yang asing-asing..nanti lupa ;) so this is the best way :)

Korang doakan rezeki mama & abah nak dapat tambah zuriat tu cepat ye.. amin..thanks korang :)

Ok lah..nnt kita share2 lagi pasal vitamin ye.. SHAKLEE ada banyak vitamin tau..


Do contact me jika anda mencari supplement bersesuaian ye.. :)
Nor Aisah Binti Abdan ( sha)
Shaklee Independent Distributor
ID : 1065969
SMS / CALL : 014-9120893
EMAIL : shasham3932@yahoo.com.my



Menu Nak Mudah..


Bila bahan dalam peti sejuk tak memberangsangkan..maka.. mama mula lah cari jalan paling mudah.. buat nasi goreng je :)

Tapi mama akan sentiasa ingat pesan arwah nenek tersayang.. walaupun menu cuma nasi goreng, pastikan nasi tu bukan nasi sejuk (bermalam).. pesannya.. nasi sejuk tak elok untuk anak-anak..

So, setiap kali mama masak nasi goreng.. most of the time nasi tu adalah nasi yang dimasak baru. Khas untuk buat nasi goreng..

Tadaa.. menu malam ini paling ringkas..
Nasi Goreng Kampung BerUdang :)

Alhamdulillah.. rezeki hari ini..

Saturday, October 5, 2013

Our Supplement



Supplement yang menjadi sebutan ini kini menjadi sebahagian regime harian mama & abah :) bukannya apa.. dengan tugasan seharian yang menuntut tenaga yang lebih.. badan perlu lebih sihat untuk mengharungi setiap hari..

Dan kini mama adalah ID shaklee yang sah ok :)
Yeay! 

Menjadikan diri sihat itu adalah pilihan sendiri :)

Thursday, October 3, 2013

Owh.. Hoodie.. hihi

Hoodie ni pun banyak kali tengok & fikir
sebabnya..
tak pernah ada..
tapi macam sangat selesa & sangat cantik..

Setelah fikir banyak2 kali..
Maka beli saja :)
sebab harganya pun mampu milik
plus..mama dah beli tudung dengan seller ini beberapa kali dah.
semuanya ok.. semuanya selesa
menepati kehendak hati hihi





Haritu hoodie ni ada banyak kaler.. 
ada banyak cara juga model gambar tu gayakan..
kalau korang berminat nak beli..

korang cari seller tudung fevret mama..
nama FB dia Izuraibah Mohamad

Then korang pandai-pandailah deal ye.. dia sangat ok.. servis pun elok je.. :)

Sekali sekala tukar cara bertudung.. nampak lain.. nampak fresh :)

Wednesday, October 2, 2013

Meh Ber DWI TONE TWO PIECES SHAWL..

Mulanya memang takde niat nak beli shawl sebab utamanya adalah TAK PANDAI NAK PAKAI..huhu tapi lepas tengok beberapa kali shawl made by kak Fizan WP ni.. terasa mcm teringin plak nak pakai shawl hihihi..

Makanya shawl pun da sampai..
Memang terbaeek lah handmade by her.. sungguh kemas

Mama modelkan untuk dia la ye..hihi ni model sukahati namanya..
shawl ni mama pakai dua2 belah kaler.. korang tengoklah..memang cun..cantik beralun..





Sesiapa berminat bolehlah cari kak Fizan WP kat Face Book. Dia bukan buat shawl saja.. dia buat tudung ala-ala F****da jugak.. yang dipanggil pijalandah..hahahaha

Macam2 dia buat.. crochet pun ada kalau nak tempah..

Eh.. senang korang cari dia ye.. best sangat shawl ni

Thanks kak Fizan WP

Tuesday, October 1, 2013

Masak Lemak Ketam & Peria


Inilah menu lunch hari ini.. simple je & mudah nak masak..
nak makan je leceh sket huhu.. 
Masak resepi sendiri yang belajar dari mak :) hihi.. tumbuk2 campak2 saja..senang :)

Resepi 

1 kg ketam
Santan sebungkus ( beli siap RM1 @ RM2 boleh )
Minyak masak
1 biji bawang sederhana besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi ( nak pedas boleh tambah lagi )
1 inci halia
1 inci kunyit
sedikit air @ santan cair
Daun kunyit ( jika ada)
Garam
Aji
Gula

Sayuran :
peria cina
terung
apa sayur pun boleh jika nak :)

Cara :
1. Blend bawang besar, cili padi, bawang putih, halia & kunyit sampai halus
2. Panaskan minyak dalam kuali, minyak takmo banyak sangat ye
3. Tumis bahan yang dah blend sampai naik bau
4. Masukkan sedikit santan cair, masukkan ketam & peria cina sekali gus
5. Tutup seketika bagi mendidih, buka sesekali & kacau rata
6. Bila dah separuh masak, barulah masukkan santan pekat & kacau selalu
7. Masukkan bahan2 perasa.. ikutlah selera anda :)
8. Biar mendidih sambil kacau
9. Agak2 ketam cukup masak..peria pun cukup masak boleh tutup api

** kalau guna santan kotak.. kene guna air untuk cairkan sket. santan kotak sangat pekat

** Masak dalam kuali besar supaya senang nak kacau. Walaupun 1 kg ketam tu nampak sikit je tapi bila terjongkang dengan sepit2 semua susah nak kacau nanti hihi

** Agak2 lah penggunaan santan ikut citarasa. Dirumah tak berapa suka pekat.. jadi masak kene cairkan sket kuah :)

Yeay!! Selamat Mencuba :)

Thursday, September 19, 2013

Anugerah Brain Booster - Buat Buah Hati


Terjumpa produk ini semasa browse pasal produk Anugerah.. looks good :), kebetulan mencari "sesuatu" untuk membantu kecergasan minda si buah hati mama kan..

Produk ni menepati ciri-ciri yang mama perlukan sebab..

1 - bukan dalam bentuk pil @ coklat sebab Tina susah sket kalau kita nak suruh dia makan pil2 nih..vitamin c pun macam nak suh telan racun..huhu.. plus.. kalau benda yang dia kene makan ..kunyah2 ni dia memang banyak alasan..

2 - berasaskan pemakanan sunnah & Al-Quran..

3 - Ok la..senang nak cari & harga berpatutan

Ha..jangan lupa plak.. bila dah bagi brain booster macam ni kene la follow up dengan revision kat rumah jugak.. kalau tak.. telan sebotol sehari pun takkan ada hasilnya..huhu.. peringatan untuk diri sendiri la tu mama weh..

Ok la.. nak baca lebih lanjut boleh gi site diorang ni ye.. sila..sila

Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak kan.. macam tu lah juga mama & abah..:)

Sunday, September 8, 2013

Terurai Sudah Rindu..

Tengok gambar je pun saya pasti anda dah boleh agak kan.. betapa rindunya dia pada abah.. :) , Mama ingatkan tak ada sessi air mata.. ehh.. ada rupanya..

Buat bapa2, ayah2, papa2 walid2, daddy2 sekelian.. anak ni kadang-kadang kita nampak diorang macam tak kisah pun bapa dia ada ke tak .. tapi jauh disudut hati mereka.. akan tetap terasa bila anda tak ada disisi.. lebih-lebih lagi jika berpisah berhari-hari..

Boleh mama nampak lebarnya senyum sampai ke telinga..manis lebih dari madu lebah tualang gitu la.. dan masih terbawa-bawa lagi perasaan takut kene tinggal sebab jika kami sebut abah kene "work jauh" lagi.. nada suara dah lain..muka dah merah..

Hihihi.. macam tu lah kan.. budak-budak.. :)

Wednesday, September 4, 2013

Tragedi Rindu Yang Kritikal..

Bukan tak pernah kene tinggal.. tapi tak pernah kene tinggal lama. Bukan abah tak pernah gi kursus tapi biasanya kursus balik hari je.. or kursus dekat yang boleh balik rumah

Tapi kali ni agak lama.. 4 hari.. tak boleh balik sebab jauh.. merentas negeri..

Isnin 2 september,

Abah gerak awal pagi dari rumah. Waktu dah siap2, abah kejut tina.. cakap nak pegi.. dan dia takmo bangun..takmo tengok muka abah jugak. Pas cium2 dia abah angkat2 barang..

Mama kejut & ajak dia salam abah.. payah sekali nak bangun. Bukan dia tak sedar dah.. tapi dia memang tak nak hantar abah ke pintu.. Pujuk lagi.. dia bangun juga..

Salam & peluk cium abah, dia dah bergenang air mata.. Allah.. 

Lepas abah pegi, dia sambung tido sebab isnin tu dia cuti.. demam sejak semalamnya..Bangun pagi tu.dia ok je lagi  . Mungkin sebab baru pegi pagi tu kan.. malamnya pun dia ok..cuma asyik tanya kenapa abah belum balik.. 

Abah call.. dia masih ok

Jalan terbaik..ajak tido cepat sket..


Selasa 3 september

Bangun pagi dah tanya abah..  dia dah start nangis dah..mama ambilkan kain pelekat abah kat bilik bagi dia.. tengok lah tu apa dia buat..



Puas menangis.. dia ok.. sepanjang hari memang on off bertanya itu dan ini tentang abah.. sabar je lah melayannya..

Tengahari & petang abah call.. dia ok je..

Malam tu..maghrib je dia start balik dah 


 Menangis & menangis.. mata bengkak-bengkak dah.. abah call pun digasaknya menangis kat phone.. 

Lama juga nak bagi dia tenang..asyik bertanya & bertanya.. soalan yang sama juga..

Ringkas cerita .. dia bagi nombor macam ni..
1 - malam ni, tido
2 - bangun pagi esok gi skolah
3 - petang gi ngaji iqraq
4 - malam, tido lagi
5 - bangun lagi ..sekolah lagi
6 - ngaji iqraq lagi
7 - malam abah balik

itu je dok diulang-ulang tak jemu-jemu.. 

Ok sket, ajak baring-baring je.. tak lama dia tertido..selamat 


Rabu 4 september

Bangun pagi dah start tanya & cerita pasal abah. Mama tak layankan.. terus ajak siap-siap nak gi skolah.. nak turun kereta sempat tanya.. mama hari ni nombor berapa? Ooo hari ni no.2..

Petang nak gi ngaji tanya lagi.. mama, ni nombor berapa? Nombor 3..

Tengahari & petang abah call.. dia ok je.. siap cakap, malam nanti saya nak cakap dengan abah lagi tau. Saya tak nangis dah..

Maghrib menjelang..

Datang kat mama dan cakap..

" mama, cuba mama tengok..mata saya ni ada air lah.. "

baru je nak tengok.. alolo.. dah peluk dah.. nangis okeh..sama macam maghrib semalam.. lagi abah call.. dengar suara abah lagi kuat dia menangis..katanya " saya tak payahlah cakap dengan abah.. nanti saya sedih"

Kritikal okeh hari ni.. lama betul dia menangis..





Abah hantar gambar kat phone mama.. dia siap besarkan sampai satu skrin & letak kat pipi.. aduhai..meruntun jiwa mama okeh.. anak..anak..

Penat menangis dia dah pun tertido tapi tidurnya tak lena malam ni.. mengigau entah apa..

Cepatlah abah habis kursus.. cannot tahan la weh nak handle this..

Friday, August 23, 2013

Fevret Terbaru Dia..

Tinani sentiasa develop minat yang baru. Kali ni dah sejak sebelum puasa asyik tengok My Little Poney.. kat youtube itu.. download tubemate pun itu juga.. hari-hari itu..

Sampailah masa kami terjumpa My Little Poney ni kat AEON.. wah suka betul dia..bertunggu tanggalah mama & abah kat rak mainan tu.. addehh..

Last-last tersangkut juga 3 biji poney kecil tu kat dia.. beli kat Toys R Us..

Ni gambar terbaru.. Mencari lagi 6 ekor poney.. hai la anak..

tapi poney2 ni memang cecomel giler la korang.. mama pun suka tengok :)
Harga dia..kusmangat gak.. beli kat AEON ada dapat diskaun sket..kat Toys R Us.. takde diskaun..







Jangan dia mintak yang ini sudah.. siap berlampu-lampu..bersuara.. kaki boleh gerak-gerak.. Harga dia.. RM199.90 hukhuk..


Hat ni pun dia suka sangat.. PINKY PIE nama dia.. comel kaler pink.. pun ada suara kaki boleh gerak-gerak.. guna bateri..huhu..

Setakat termampu & tak membazir boleh lah. Minat dia.. sabar tu dia menunggu abah dia gaji hihi..

Jalan-Jalan..Makan-Makan

Bila mak & atuk datang.. muahaha..jom kita bawak diorang jalan-jalan.. sambil makan-makan. Tina suka la mak & atuk datang.. hihi mama lagi la suka :)

Kalau mak & atuk ada.. sket-sket mak..sket-sket atuk.. mama & abah kurang popular la masa ni ;)





Wednesday, August 21, 2013

Aktiviti Beraya Di MPH

Penatberaya kat rumah sedara..kami beraya di AEON.. saja la.. kalau tak mau muntah kuih & lauk raya kang. Bagi recharge si tina ni..

Dia kalau masuk AEON mesti cari MPH atau POPULAR jek.. jadi tersangkutlah sebuah buku..membayo nak cepat saja..pastu sibuk nak duduk kat mana. Mama suh aje duduk kat depan MPH tu.. sebab kazen-kazen sekalian masih memilih buku.. :)

Tengoklah tu.. khusyuk betul dia..



Minat yang disemai sejak baby kecil.. moga terus mencintai buku ye sayang.. :)

Tuesday, August 20, 2013

Sharing Is Caring 1


Tersangatlah betul.. tak payahlah tanya..

Alhamdulillah juga dah kurang sangat dengar pertanyaan-pertanyaan yang macam ni..yang bunyi lain sket tu.. huhu " bila lagi nak tambah anak? sorang je?" ha..yang tu..

Kalau ditanya dek orang yang kita tak kenal.. ok lagi.. tapi kalau soalan yang sama ditanya dek orang yang sama.. macam sengaja nak menyakitkan hati.. boleh jadi juga sengaja nak dapat penampar free huhu..hanya perasaan semata-mata..

Saya pilih untuk tak menjawab..senyum saja..
Mudah-mudahan ianya menjadi doa..
Amin..

Kazen Forever

Tina dengan kazen-kazen sekelian.. macam la ramai hihi 
kazen-kazen tina belah mama semua princess ok.. :)

Nur Ain Qistina
Nurul Ain Zulaikha
&
Nur Izzah Zahirah (yang comel lotte baju pepel)




sape geram dengan budak baju pepel?? comel sangat.. keletah sangat.. eyyy geram betul hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...