"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, October 13, 2009

Baby In Gown Contest



Syarat Penyertaan


1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..( Sempena My Besday )

2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda.. - ok

3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini - ok

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby.. - ok

5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun ja.. -ok



Nur Ain Qistina Bt Mohd Noor Hisham
22 Oktober 2007


Actually mama tak ada banyak gaun untuk Tina, yang ini dihadiahkan oleh Pak Su Tina tahun lepas. Mama pakaikan Tina gaun ni masa kami on family trip ke Kuala Lumpur hujung tahun lalu. Dan gambar ini mama ambil sewaktu singgah di Putrajaya. Mama suruh berdiri tapi Tina tak nak sebab dia nak main pasir. Nampak comel sangat so, mama snap je sekeping gambar. Macam matching pulak dengan sandal 'nyet nyet' yang baru beli kat Bata.. hehehe... tapi muka tengah masam sebab baru lepas jatuh dalam parit.

Mama suka gaun ni sebab ianya dibuat dari material yang tak panas dan Tina sentiasa selesa bila memakainya. Tapi gaun ni Tina dah tak boleh pakai lagi sekarang sebab dah singkat.. ye la.. anak mama dah besar kan!


P/s - satu lagi contest mama masuk untuk Tina. hehehe..seronok pulak masuk contest ni kan. Harap-harap ada luck lagi kali ni. Thanks to mamaalieya sebab anjurkan contest yang menarik ni

Monday, October 12, 2009

Parcel From Huiwern


Ini ialah parcel dari Huiwern, hadiah untuk Little Bookworm yang Tina menang 3rd prize tu. Baru je sampai tengahari ni. Tina tido, so mama je la yang bukak parcel dia. Apa dalam tin box tu mama tak tengok lagi. Tunggu Tina bangun nanti la.. tengok sama dengan dia..

Bila mama belek-belek tin tu, nampak tulisan 4yr..hmm..masih awal lagi nak bukak mainan ni. Lego pun dia lom pandai nak main lagi. Tak pe lah..mama simpan dulu la hadiah ni. Harap-harap mama tak terlupa yang baucer tu sampai disember ni jek...

Sunday, October 11, 2009

Menghitung Birthday Ke-2 ... Tina Demam & Masa Untuk Berpisah Sudah Tiba...

Mama, abah & Tina ikut balik rumah mak mama semula hari jumaat lepas. Sekali dengan adik mama tu la. On the way beraya kerumah nenek TUTA, abah perasan yang badan Tina panas, mata dia berair dan dia macam nak tido je. Memang badan dia panas giler masa tu..

Sampai kat rumah kota, Tina dah mula merengek tak sedap badan. Tapi lepas mama kasi ubat lagi, Tina berpeluh dan mengantuk. Tengah malam tu, Tina merengek lagi. Mama & abah angkat Tina tido atas comforter.. tapi dia masih bergolek-golek, menonggeng dan macam-macam aksi dia buat. Mama bangun pergi dapur dan bancuh air asam jawa untuk sapu atas kepala dia. Kepala panas sangat ni bahaya.. Alhamdulillah lepas mama siap sapu kepala dia dengan air asam jawa, tina tidur lena sket sampai pukul 5 pagi. Pukul 5 pagi tu dia merengek lagi sebab air asam jawa dah kering kat kepala..mama rasa kepala dia masih panas..

Mama angkat dia pergi kat tilam mak & abah mama. Masa ni abah dah tidur. Tak sedar sebab terlalu mengantuk. Tina sibuk nak susu. Mama buatkan susu dan baring sebelah Tina. Mak tepuk dia. Mama tertidur rupanya. Mak kejutkan mama beralih ke bawah sikit..sama dengan Tina sebab dia lom tidur lagi. Mak kat dia asyik tarik tangan mama letak kat leher dia. Mama pun beralih, peluk sambil tepuk Tina.. sedar dah terang. Tina lom bangun. Pukul berapa abah gi mancing pun mama tak sedar tapi mak kata sebelum pergi abah dah tukarkan cool fever kat dahi Tina, dan belakang badan dia..



Ni gambar Tina pagi sabtu tu. Dia tak nak bangun. Nak baring je sambil tengok cd upin ipin berulang kali. Mama ikutkan je la..asalkan dia tak merengek..pening kepala mama dengar dia merengek.


Masa ni badan dia memang tengah panas sangat. Tapi sebab dia tengok cd upin ipin, dia diam la baring




Yang ini mangkuk air asam jawa & minyak bawang. Malam tu Tina kembong perut teruk. Tak nak kentut atau sendawa..so jalan terakhir, letak minyak bawang ni. Tengah malam tu dia kentut..kembong perut pun kurang..

<>

Tapi dalam pada Tina demam, mama sempat keluar ke bandar kota hantar mak & adik ipar mama beli buah tangan untuk orang perak. Tina tak banyak ragam cuma dia nak berdukung je. Ikutkan hati mama tak nak keluar tapi kesiankan adik ipar mama tu.. sempat la dia beli jubah & t-shirt untuk mak & adik dia..

Kemudian kami ke Kipmart Kota Tinggi pulak sebab mak nak beli lauk untuk esok. Si kecik 2 orang ni sempat main benda ni ha..

Gambar yang ini mama ambik pagi tadi. Kurang sikit dah panas, cuma selsema masih teruk sket. Asyik melelah jek.. Tina pun risau sebab kepala dia sakit..Ni dia tengok upin ipin la ni.. perasan tak dahi Tina yang kuning tu? Kalau kat kg mama orang buat tanda tu pada dahi untuk ubat kanak-kanak yang 'tetegur'. Mama tak taulah kat kg orang lain ada ke tak. Ada la bacaannya, buat pada kunyit.. antara percaya dan tidak..terpulanglah..


Setahun sekali berjumpa, selepas beberapa hari bersama.. kini sampai lah harinya untuk berpisah kembali. Adik mama & familynya balik tengahari tadi. Masa bersalam-salam masing-masing menangis-nangis sedih..ye la.. tahun depan la agaknya jumpa lagi. Alangkah seronoknya bersama-sama tapi atas desakan tugas masing-masing kami terpaksa berpisah sementara disini dulu.. Ye la..kami cuma berdua beradik je tapi terpisah jauh. Yang paling sedih tentulah mak & abah.. hanya yang melalui faham perasaan seorang ibu & bapa yang terpisah dengan anaknya. Sesedih-sedih mama..sedih lagi mak & abah. Apalah daya.. tugas kepada negara memanggil..

Si kecik zulaikha pelik sebab semua orang menangis. Sempat dia cakap dengan mama..
"Along tak nak salam dengan kaka ke? Kaka nak balik rumah opah ni.." Aduhai..sayunya hati dengar. Mama cakap kat dia "nak sayang..kaka salam along, along nak cium kaka sikit"

Dia salam mama, mama cium dia..pesan jgn nakal-nakal. Nanti kita jumpa lagi..

Dan baru sekejap tadi, adik ipar mama sms.. diorang dah selamat sampai kat rumah bagan serai perak.. alhamdulillah..

Semoga tuhan sudi berikan ruang masa lagi untuk kami berjumpa kembali.. bersatu sebagai sebuah keluarga.. ok lah..selesai coretan malam ini.. mama sedih la.. dah terasa rindu pada mereka sekeluarga..



Friday, October 9, 2009

Makan Pizza Hut

Masa raya ke 2 petang, mama balik jb tengok-tengok rumah. Pas tu kan terus pergi pontian pulak, beraya kat kg.abah... so lepas tu that weekend kami balik ke kota tinggi semula. Cuti sekolah kan masih ada. Menghabiskan beraya rumah pakcik sarip & mak lang (masa tu diorang tak de kat rumah), abis tu je kami pun pergi makan kat pizza hut kota tinggi.

Actually dari start puasa mama ajak abah makan pizza tapi bila time berbuka ada je agendanya dengan family yg lain so..terpaksa postponed makan pizza sampai lah raya.

Pizza favourite kami tentulah Island Supreme...mama bukannya makan banyak..2 keping je tu pun dah kira banyak dah. Tina pun makan pizza jugak. Then mama kasi dia suap sendiri soup.. breadstick. Tengok dia makan memang seronok. Comot-comot tapi eh..tetap maintain suap soup guna sudu okeh. Berangan gak nak makan pizza guna pisau dengan garfu tu.. tapi eh..lom pass lagi tu yang oi..

Nenek & atuk bukannya makan sangat pizza tapi mama sengaja bawak pergi makan. Biar jangan pelik nanti bila orang kata makan pizza. Biasalah kan.. kalau kat kg mama..makan pizza tuh boleh dikira best sangat tuh.. kalau kita-kita ni memang dah bisa la kan. Bagi orang yang lom pernah kan macam grand sangat jek pergi makan pizza.

Teringat masa abah jadi manager kat dominos pizza dulu, pernah suruh nenek bawakkan kawan-kawan kerja dia pizza. Ada yang teringin sangat nak rasa tapi tak mampu nak beli. So masa abah datang rumah mama (masa lom kawen) abah bawak banyak pizza untuk bagi kat makcik-makcik tu. Suka sangat diorang...

Uiskh...sedapnya



Abah & atuk .. sape lagi control hensem?


Mama & mak.. rasa mcm dah tembam pulak bila tengok gambar ni



Tina & abah..



Sedapnya makan soup..siap cicah breadstick dalam soup tu..



Nenek sibuk mengelap dagu..comot sungguh makan soup


Anak & abah..sama naik kalau makan pizza


So, mama puashati lah dapat makan pizza akhirnya...hehehe... oh island supreme...!!

Setahun Sekali Bertemu... Apa Aktivitinya?

Khamis minggu lepas adik mama yang kat perak sekeluarga balik ke Johor selepas setahun tak balik. Adik mama ni anggota PDRM..selalu jek cuti dibekukan..tak dapat balik. Maklumlah..pangkat tak tinggi. Asyik kena buli jek dengan orang atasan.

Dia balik dengan isteri dan anak dia zulaikha. Si zulaikha ni umurnya setahun lebih tua dari Tina. Tapi dah nama sepupu kan..sekejap jek diorang pelik-pelik..lepas tu hmm..berlari-larian bersama-sama. Kali nih adik mama balik bawak kawan dia sekeluarga. Kawan dia nih kami dah kenal sejak dia mula bertugas kat perak lagi. Kawan baik dia lah ni..kitaorang panggil kawan dia nih panjang je..wife dia ida, anak dia lelaki 2 orang - abang long & tek mok (nama betul dia pe ntah..panggil tek mok senang)

Bila sesekali balik, mula la adik mama ni..macam-macam dia nak makan..menda-menda yang dia tak boleh dapat kat perak sana. Seronok la makan sama-sama..keluar jalan-jalan sama-sama..kerenah anak-anak sekelian..harap maklum je la. Kalau dah ada 4 orang budak..hmmm... sabar je la banyak-banyak..

Barbeque..ini aktiviti wajib sebab adik mama, si paksu ni cukup suka main api. Kalau balik Johor, tak sah kalau tak bakar ikan. Tu diorang sambil main mercun dan bunga api. Pam pom pam pom..macam orang perang

Masing-masing bukannya main bunga api yang kecik-kecik pulak tu..yang gedabak-gedabak..satu kampung bergegar bunyik dia.. tu tengah bakar mercun raya cina yang panjangnya lebih sedepa..aduhai sampah dia..punyalah banyak. Macam dah nak pekak telinga...

Tina, zulaikha, abang long & adiknya tek mok


Tina dan zulaikha kongsi naik bot sebab tina takut naik sorang..

Aksi pemandu bot yang ganazz..


Sempat gak diorang tido kat rumah mama 2 malam.Kami sempat keluar melayan Tina dan zulaikha main kat Jusco Bukit Indah, pas tu makan kat Bentara (tun aminah) tempat mama selalu makan lai chi kang dulu masa mengandungkan Tina. Lai chi kang diorang nih sedap la dari tempat lain.. Tina masa dalam perut dulu memilih sket..kat sini jek lai chi kang yang pass kat tekak dia agaknya..hehehe...ke mama yang demand.. :)

Ok ok...cukup untuk aktiviti sehingga malam ini. Dah tak de mood nak citer pasal raya dah..boring la..hmmm..nanti update lagi la ye..


Tuesday, October 6, 2009

MOBS & Fashionista Mom Giveaway Contest

Calling all pretty 'N' fashionable mummies out there...!!!!




Wanna win a

OiOi Messenger Diaper Bag in Pink Coral worth RM250?


Come and Join this

MOBS & Fashionista Mom Giveaway Contest ..


Brought to you especially by

MOBS & FASHIONISTA MOM




All you have to do is...

1. Be MOBS (http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/ ) follower

2. Blog about this contest with the title " MOBS & Fashionista Mom Giveaway Contest"

( Only this title will be accepted )

3. Make sure mention about MOBS ( http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/ )&

Fashionista Mom (http://fashionistamom.com/)

and link it back.

( No linkback will be disqualified )

4. Put our contest banner on your sidebar with a link back to this contest page. (http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2009/10/mobs-fashionistamom-giveaway-contest.html )

5. Leave a comment here with your link page.



Simple enough?Send in those entries NOW !!


Contest runs from NOW till 16th October 2009.


Winner will be chosen at RANDOM using random.org



GOOD LUCK and most of all HAVE FUN !!!

We Won 3rd Prize on Little Book worm Contest!!

Dah beberapa hari mama tak online sebab kami balik kampung. So, mama memang lupa betul tentang Little Bookworm Contest tu. Balik je hari ni, lepas makan malam mama terus bukak pc nak online. Mama pergi tengok blog dulu... tetiba ternampak kat chatbox blog nama lily azliyana @mama zara.. baca punya baca...

YAHOO!!!! tina menang hadiah ke-3 dalam little bookworm contest. Alhamdulillah.. tak sia-sia mama susah payah masuk contest tu.. hehehe..happy sangat..


Dan mama pun baru je reply email dari Huiwern yang mintak shipping address. Tak sabar nak tengok hadiah yang tina menang. ...Dan kepada Zara & mama zara, tahniah jugak. Terima kasih sebab inform kat mama tentang contest ni.. TQTQ...


p/s : teringin sangat baca post yang menang grand prize tu so mama pergi tengok.. hmm..memang patut pun post tu menang. Memang menarik sangat nak dibaca. Anyway congrats to Lady Qay..

Thursday, October 1, 2009

Layan Gambar Raya La Pulak Ye...

Si comelku ini..dah cute dah berbaju raya..hisap puting tak mahu tanggal..isy..hilang
ke'cute' tannya


Sian abah kan..masa ni kepala abah panas giler. tampal jek la dengan kool fever tu, letak tuala lembap.. tengok la muka dia..siannya..


Malu-malu kucing pulak..tau la comel pakai baju kurung..




Jambangan Bunga Baru Ku..

Jambangan ni kat umah mutiara rini, khas untuk hari raya. Bukan mama wat, mak yang buatkan. Mama lom expert lagi la..

Yang ini pun sama, mak jugak buatkan. Cerialah sikit rumah comelku ini ada bunga kaler kuning n oren..




Lihatlah bunga-bungaku sudah pun kembang!

Ni bunga carnation merah, cilok 2 pasu kat rumah mak teh masa pergi beraya aritu. Masa tu lom ada bunga lagi. Sekarang dah keluar dah bunga dia..cantik kan. Mama letak sebelah pintu masuk.....WELCOME!




Ni pulak orkid yang mama dan abah beli masa pameran orkid kat Danga Bay bulan 6 aritu. Masa beli tu satu keratan RM12. Balik je mama terus tanam.. hehehe.. dah keluar bunga jugak..letak kat beranda sliding door..hmmm....puas hati tengok

Yang ini pulak bunga kemboja merah. Beli masa bulan 4 aritu, tak de bunga pun. Letak kat porch, tak naik-naik..daun banyak tu jugak. Mama terbaca kat dalam majalah laman impiana..pokok bunga kemboja perlukan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga, so mama angkut, alih kat tengah halaman. Bunga ni kembang tepat-tepat hari raya..
Mama suka bunga kemboja nih..dah lama teringin nak tanam. Pas ni boleh cari yang kaler kuning n pink pulak.


Sorry ye.. tengah tak de mood nak menulis sambungan cerita raya la.. excited nak balik rumah mak kota nih, adik mama yang dok kat perak baru sampai pagi tadi. Dah setahun tak jumpa dia..rindu sangat..

Tuesday, September 29, 2009

Cerita Raya 2009

Tahun 2009 giliran beraya kat rumah mama. So, since last sekolah hari khamis, kami gerak balik kampung mama lepas sembahyang jumaat. Memang target nak berbuka kat rumah mak mama la. Tapi abah pulak dah janji dengan kawan dia nak deliver pc kat rumah orang tu.. so nak tak nak kena lalu bandar jugak sebab rumah orang tu kat area kg. melayu jb. Selalunya balik ikut kulai jek..senang.

Siap pasang pc orang tu jek dah pukul 5 petang. Jalan dah start jammed. Kan orang balik keje.. nak pusing balik lalu kulai terasa makan masa, mama ajak abah terus ikut tiram jek. Amik kau.. baik2 before 1 hr boleh sampai.. ni dah sampai waktu berbuka kami baru sampai kat Taman Saujana Kota Tinggi.. jauh lagi nak sampai umah mama. Tina masa tu tengah lena tido kat pangku mama. Kami berbuka air mineral jek la.. sabo je..

Dekat kul 8 batu kami sampai umah mama.. Tina mak amik..terus jek kami makan dulu..lapar beb..

Malam tu tak buat pape pun sebab mak biasanya masak awal pagi raya. So malam tu bakar kek aje.. 6 biji ke 8 biji.. penuh satu rumah bau kek..hehehe.. Jiran sebelah kanan dah tak de..balik muar. Jiran sebelah kiri riuh dengan anak-anak dia yang baru sampai.. pam pum pam pum main mercun. Sudahnya Tina tak nak turun dari dukung. Dia memang takut dengan segala jenis mercun, bunga api dan menda-menda yang berapi lah senang cite. Dengan lighter pun takut.

Mama sebenarnya kan 2 beradik jek. Adik mama bertugas kat Bagan Serai, Perak .. tak dapat balik raya tahun ni. Cuti kena tarik. 2 ke 3 ari sebelum raya dah telefon kat mak n abah .. dia dah sedih dah..tak boleh nak bagitau dia tak dapat balik raya. Mama pun sedih gak tapi control je..tu puns ebab mama tak dengar suara dia..kalu dengar sure nangis gak. Mama tengok mak n abah dah nangis...wah.. ni kena wat keje lain ni.. kang terlibat pulak.. Mama tinggalkan abah mama n mak layan perasaan. Ye la.. setahun sekali jek dapat jumpa dia...dah la ada adik sorang jek..jauh lak tu..

Abah, husbandku yang tersayang tu.. sakit tekak..demam..panas.. dan tak boleh makan. Bila nak telan makanan tekak sakit. Alahai..tapi masih dapat puasa pada hari yang terakhir. Berbuka hari last tu..abah dah teruk jugak. Badan dia panas giler..agaknya lebih 40 darjah celcius.. tapi tak nak gi klinik. Takut kena kuarantin..

Malam tu pun abah dah tak sihat.. sian sangat tengok tapi mama pun tak tau nak wat pe. Tolong picit kepala n sapu minyak jek..



Hari Raya Pertama 2009


Tahun ni abah tak dapat pegi sembahyang raya. Kronik jugak dia panas sampai tak boleh berdiri. Masih ada ati nak gi tu.. mama tak kasi..kang pengsan kang sape pulak nak mengangkat..bukannya ringan..

Makan pun abah tak boleh.. sian dia..suka sangat makan..yela..raya kan..tapi semua menda berempah dan pedas tak boleh masuk tekak..kata abah pedas makanan buat kepala macam nak pecah sebab tekak terlalu sakit. So abah makan nasi impit dengan kuah lodeh je. Kami-kami ni makan la dengan seronoknya..yela..orang tak sakit kan. Tina pun sama..makan jugak dengan kenyangnya. Sampai dia dah kata.. nyenyang ma..

Dalam pukul 11 pagi macam tu..mama tanya abah boleh tak kita beraya? Larat tak? Abah kata boleh tapi tak nak drive sebab kepala masih pening. Kami siap-siap dan abah mama yang bawak kereta. Kami gi rumah kakak dan abang abah mama kat kg. Sepak hulu, pergi rumah mak long (kakak mak) kat kg. Temenin lama dan last sekali pergi rumah seorang pakcik.. kat situ-situ jugak la.. Yang lain tu adik-adik je..mak n abah tunggu diorang datang rumah.

Rasanya tu je agenda raya rumah mama.. teringat arwah nenek, arwah atuk, arwah acik marina dan arwah pak teh. Ramai dah tak de raya ni. Teringat segala kenangan dengan mereka.. mama masih simpan baju kurung batik tulis tangan warna hijau pucuk pisang yang arwah acik marina pesan suruh kasi kat mama sebelum dia meninggal. Baju tu memang cantik. Mama pernah tegur masa arwah pakai dulu. Tak sangka dia nak wasiat baju tu kat mama. Bukan murah baju tu..

Bila teringat semua orang yang dah tak de..rasa sedih.. Raya ni dah banyak kekurangannya. Mama dah tak rasa nak raya.. cuma seronok untuk Tina yang baru nak seronok sambut raya. In fact mama n abah tak beli baju baru pun. Abah pakai baju konvo diploma dia warna hitam, mama pakai baju 2 tahun lepas yang tak sempat pakai sebab mengandungkan Tina, cuma Tina je yang berbaju kurung baru ..mama buat.



Abah, tengahari raya pertama. Nampak macam ok tapi muka 'tempe' jek


Tina dengan mak mama.. Ni la baju kurung Tina yang mama buat..


Susah nak amik gambar dia pakai baju kurung ni..



Gambar mama mana? Hahaha... next post ye..sekali dengan gambar kami sekeluarga. Gambar raya 2009 family mama, tunggu adik mama balik dulu dengan family dia. Baru seronok amik gambar.. continue to the next post..tunggu!

Tuesday, September 22, 2009

Masih Dalam Mood Raya



Hai...Hai...Hai....

Balik rumah sekejap jek ni. Esok nak balik kampung abah kat pontian pulak..

Raya.. Raya ... Raya...

Thursday, September 17, 2009

Tina, Upin & Ipin


Upin & Ipin kini adalah minat terbaru Tina. Sejak sebulan dua ni Tina pantang nampak gambar upin & ipin kat mana-mana. Semalam masa pergi skudai parade tu, lalu kat kedai cd Tina tepuk-tepuk abah tunjuk kat tv kedai yang tengah mainkan cd upin & ipin geng. Kecoh betul dia. Adik yang keje kedai cd tu bagitau sekeping cd rm5... cetak rompak la ni.. kami beli sekeping cd upin & ipin tu. Tina bukan main suka sampai asyik nak pegang cd tu setiap masa.

Balik kat umah jek dah tak sabar-sabar nak tengok. Bila mama pasangkan cd tu..Tina tahan duduk atau baring depan tv hampir separuh movie. Apa yang mama perhatikan, cd upin & ipin ni ada banyak memaparkan haiwan dalam cerita. Ada ayam menari-nari, ada katak, lembu, pepatung dan macam-macam lagi..

Semalam je dah bukak hampir 4 kali cd tu..


Pandai pulak dia sebut tu... upin ipin .. alahai comei sangat bunyi dia..

About last month mama dah belikan Tina t-shirt upin & ipin 2 helai.. sehelai merah dan sehelai lagi kuning. Uiskh.. pantang nampak baju tu..nak pakai aje.. kat JB ni mahal so mama beli kat kota tinggi murah sikit. Sehelai t-shirt..separuh harga kat Jb ni. JB ni apa la yang tak mahal..semua pun mahal..

Syok gak layan Tina tengok upin & ipin... mama pun suka..

Wednesday, September 16, 2009

Bersantai Ditepi Divider Parking Lot Skudai Parade..

pandai anak dara ni posing dengan abah dia..

Tina ni memang excited dengan handphone..pantang nampak


Tunggu apa tu cik kak..?

Bukan sengaja nak bersantai-santai kat sini ni..ni pun sebab abah nak tunggu penyewa kedai pakcik dia datang ambik dokumen. Kalau tak..tak kuasanya nak santai-santai kat sini de la...
Tina pun tau bosan bila lama tunggu..orangnya tak sampai-sampai..

So sebelum tu sempat gak la mama n abah jalan-jalan dalam skudai parade..singgah kat hong kong express..eh..ye ke..confuse la..hong kong ke king kong express..balun jek la.. Mama beli baju lubang-lubang untuk Tina sebab minah ni kalau cuaca tak betul-betul sejuk, tak boleh tido dengan t-shirt..jawabnya t-shirt abis basah dek peluh. And sebab tu jugak la bawah leher Tina ada rashes yang teruk..tak baik-baik..dah macam-macam mama letak. Tapi sebab Tina berpeluh kuat sangat semua ubat tak jalan. Leher berlipat-lipat lak tu. Susah nak baik..

Pukul 10pm lebih gak baru gerak balik. Walaupun dekat, tapi kan dah malam..skudai parade dah nak tutup pun...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...