"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Saturday, November 21, 2009

Project Mega Blogger- Care for Kak Yong

Terima kasih pada sitisifir10 kerana ajak mama join kempen. Mama baru mengenali kak yong dan blognya kalau tak silap puasa aritu. Blog dia meriah dengan cerita tapi belum abis ramadhan lagi kak yong dah tak kelihatan. Blog tak berupdate..tertanya-tanya juga tapi bila nampak post kat blog miela77, mama baru tau kak yong tu rosak lappynya..

Ini adalah projek untuk membantu kak yong. Bagusnya ada blogger-blogger prihatin macam ni kan. Dan ini yang mama copy paste dari blog sitisifir10

PENGENALAN Kakyong72 :
-adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
-ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
-bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
-menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
-Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
-Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.

Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
-kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
-jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
-kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan

Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??

-Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.

Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:-

1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.

Note : Bagi yang tak bekerja macam mama ni..tak janji dapat bantu walau hati teringin tapi mama tolong hebahkan projek ni dalam blog. Mama belum pernah buat sticky mode tapi mama nak cuba buat sticky mode untuk 1 minggu.. semoga niat yang murni ini akan diberkati oleh-Nya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...