"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Monday, August 25, 2008

Main Air






Semalam kami meluangkan masa melayan Qistina main air. Qistina suka sangat duduk dalam air. Masukkan bola-bola dalam tu..seronoknya dia. Bila tapak kakinya dah putih kesejukkan barulah mama sabunkan badan dia untuk mandikan dalam tu sekali. Biar kesejukan tapi dia tetap nak main air lagi. Abah yang teman kat tepi pun rasa macam nak masuk main air sekali tapi kesian abah..tak muat la..nanti kita beli yang besar sikit ye..mama & abah boleh masuk sekali.

Penat main air, tak lama lepas mandi Tina tidur. Dia bangun je kami pun bersiap-siap nak pergi makan nasi ayam dekat dengan ofis mama. Bukan kami je yang makan tapi Tina pun mama suap nasi ayam dengan sup. Tapi tak bagi minum air kat kedai je sebab air kat kedai biasanya air yang tak dimasak betul. Jadi Tina kena minum air kosong yang kami bawa dari rumah. Bila dia dah kenyang, dia dah tak bising-bising lagi. Dia main sendiri dalam baby chair sampailah kami semua siap makan. Sebab hari hujan malas nak bawa Tina jalan-jalan ke tempat lain..terus balik rumah.

Minggu ni pun seronok..dapat luang masa untuk Qistina..kan abah kan..







5 comments:

Sarah's Daddy and Mommy said...

Tina did had some fun in the pool. I also thought to buy one for Sarah. But just afraid she is cold in there, so still hold on to it.

Sha@Mama TinaAzra said...

In first place we also think like that. But just give a try...better to see the weather first. You might suprise with their action..qistina is so happy in that pool

Sarah's Daddy and Mommy said...

Ai yo...when you said like that, really wish to buy one for Sarah to try. I think as you said, maybe I let her play in the hot weather is better..
Tina really feel happy in the water.

Sha@Mama TinaAzra said...

ya ya..you should. Put some toys in there..do share your experience ok..eager to know sarah's action!

Sarah's Daddy and Mommy said...

Yea, thanks Sha for suggestions. Will try to get one for her and share with you her reaction.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...