"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, August 30, 2008

Pergi Pasar Malam ...



Balik je keje semalam terus mandi dan siap-siap nak pergi pasar malam. Nak bawak Tina sekali hari ni. Selalunya dia tinggal dengan atuk je kat rumah. Lagipun sebab hari ni tak hujan, mama kesian nak tinggalkan dia. Jom Tina..kita gi pasar malam!
Sebab dah biasa bawak dia gi pasar malam, dia tak banyak kerenah sangat cuma dia kan tak duduk diam jadi penat sikit lah dukung dia. Dia mengomel ntah apa-apa tengok orang dan barang-barang yang banyak kat pasar malam tu. Mama pun apa lagi..beli keropok lekor yang lembut..sejukkan..bagi kat tangan dia. Tapi dah make sure tak de tulang atau apa-apa yang boleh bahayakan mulut Tina la. Lepas tu je dia sibuk makan keropok lekor dan diam-diam atas dukung nenek..mama dah nak pitam dah dukung dia..hehehe..
On the way nak jala keluar pasar malam, Tina asyik tengok atas je..pas tu buat bunyi-bunyi. Bila mama pandang atas rupanya dia tengok patung plastik yang boleh terbang-terbang macam belon tu.. Satu patung RM5 ..mama beli satu untuk dia. Ceria giler warna patung tu!
Dalam kereta pun Tina masih lagi asyik tengok patung tu sebab patung tu bergerak-gerak kena tiup angin. Sampai kat rumah..ikat je patung tu kat walker..macam tu.. suka Tina main sendiri..



2 comments:

Sarah's Daddy and Mommy said...

That tweety bird really is so big. I think it is bigger than Tina.

Sha@Mama TinaAzra said...

yes it is but what i am impress that she's not afraid of that tweety..she like it

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...